Ahad, 27 Februari 2011

kelebihan wanita

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Kami akan cuba bawakan teks asal kata-kata tersebut dalam Bahasa Arab, beserta sedikit ulasan setakat yg kami sempat temui.
Quote:
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
Teks Arab:
هي أرحم من الأب ودعوة الرحم لا تسقط
Ulasan:
-al-Iraqi: Aku tidak menjumpai asal bagi hadis ini.
-Imam Subkiy juga menilai hadis ini sebagai hadis yang tidak didapati asal baginya. (Tabaqat Syafieyyah Kubra).
Quote:
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Kami tidak menjumpai teks yang tepat seperti ini. Yang ada ialah: “Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin”.
Teks Arab:
وبر المرأة الصالحة كعمل سبعين صديقا
Ulasan:
-Tidak didapati dalam kitab-kitab utama sunnah. Disebut dalam Kanzul Ummal (16/408): Diriwayatkan oleh Abu Syeikh (Al-Ashbahani) daripada Ibn Umar.
Quote:
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Teks Arab:
من أفرح أنثى فكأنما بكى من خشية الله ومن بكى من خشية الله حرم الله بدنه على النار
Ulasan:
- Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.
Quote:
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
Teks Arab:
أيما امرأة قعدت على بيت أولادها فهي معي في الجنة
Ulasan:
- Dinilai dhaif oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 2472)
Quote:
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Teks Arab:
من حمل طرفة من السوق إلى عياله فكأنما حمل إليهم صدقة حتى يضعها فيهم وليبدأ بالإناث قبل الذكور
Ulasan:
- Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’aat 2/276, dan Suyuti dalam ‘Al-Laali al-Mashnu’ah’ (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.
Quote:
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Lafaz yang masyhur ialah:
الجنة تحت أقدام الأمهات
Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu:
Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).
Quote:
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Teks Arab:
من كان له ثلاث بنات أو ثلاث أخوات أو ابنتان أو أختان فأحسن صحبتهن واتقى الله فيهن فله الجنة
Ulasan:
- Direkod oleh Tirmizi (no: 1916) dan beliau menilainya DHAIF. Katanya: Hadis Gharib.
Quote:
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
Teks Arab:
وإذا دعاك أبواك فأجب أمك
Ulasan:
- Direkod oleh Dailami 1/282
- Dibawakan oleh Zahabi dalam Mizan 3/324, dan Ibn Hajar dalam Lisan 3/112 ketika menyebut biografi Sulaim bin Amru al-Ansari. Kata mereka berdua: ALi bin Ayyasy meriwayatkan daripadanya khabar yang batil.
- Disebut dalam Kasyful Khafa 2/68 dan al-Maqasid al-Hasanah m/s 462: Diriwayatkan oleh Ibn Mandah dalam Makrifah, dan al-Dailami.. Sanadnya Dhaif, tetapi ada syawahid.
Quote:
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Teks Arab:
من ابتلي من هذه البنات بشيء كن له سترا من النار
Ulasan:
-Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).
Quote:
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Teks Arab:
إذا صلت خمسها ، وصامت شهرها ، وأحصنت فرجها ، وأطاعت زوجها ؛ فتحت لها أبواب الجنة الثمانية ؛ تدخل من أيها شاءت
Ulasan:
- Direkod oleh Ibn Adiy 1/141, dan Dailami 4/234.
- Dinilai oleh Albani sebagai: Amat Dhaif. (Silsilah Dhaifah 10/36).
Quote:
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Teks Arab :
المرأة في حملها إلى وضعها إلى فصالها كالمرابط في سبيل الله
Ulasan:
- Direkod oleh Thabarani (sebagaimana disebut dalam Majmak Zawaid 4/560), dan juga oleh Abu Nuaim dalam Hilyah 4/298.
- Terdapat perawi yang didhoifkan, dan yang tidak dikenali (Majmak Zawaid 4/560).
Quote:
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Teks Arab:
No (18) dan (19) adalah gabungan satu hadis, matannya ialah:
فإذا وضعت لم يخرج من لبنها جرعة ولم يمص من ثديها مصة إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة ، فان أسهرها ليلة كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهم في سبيل الله سلامة
Ulasan:
- Direkod oleh Abu Nuaim dalam Makrifah al-Sahabah, Thabarani dalam Mukjam Ausath.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam Maudhuuat 2/274, Suyuti dalam al-Laali 2/148, dan oleh Albani dalam Silisilah Dhaifah 5/76.

Rabu, 23 Februari 2011

kurang minat mmbaca la

Sebab apa ramai pelajar sekolah tidak suka membaca buku?
Sebab apa mereka kurang minat mahu belajar?
Mungkin, mereka tidak ada matlamat. Jika Anda salah seorang daripada pelajar sebegini, inilah saat yang paling ngam untuk Anda teliti hati Anda.
Ilmu yang kita pelajari di dalam kelas akan masuk ke fikiran.
Hati yang bersih akan membuat kita senang memahami apa yang di ajar oleh guru.
Hati yang kurang bersih membuat fikiran kita bercelaru.
Hati ‘kotor’ akan membuat kita tidak tahu apa matlamat kita sebagai seorang pelajar.
Kita akan malas belajar, malas mahu membaca buku, terasa berat nak mengulangkaji.
Masuk ke kelas pun malas-malas saja. Kesan paling ketara, kita tidak akan minat untuk belajar. Bangun pagi pergi ke sekolah hanya semata-mata untuk memenuhi tanggungjawab menjadi seorang pelajar sekolah sahaja.
Untuk memupuk minat pada pelajaran, terlebih dahulu berlatihlah selalu membersihkan hati.
Rajin-rajinkan lidah beristighfar, rasakan bahawa kita sudah banyak membuat kesalahan di masa lalu kemudian kita betul-betul minta ampun. Selain meminta ampun daripada Allah swt, minta ampun daripada ibu dan bapa kita.
Kegembiraan mereka merestui usaha kita, pembuka jalan kejayaan buat pembelajaran kita.

kawal diri

Untuk berjaya dalam pelajaran, Anda perlukan lebih dari sekadar kerajinan.
Anda perlukan kekuatan hafalan, ketahanan melawan nafsu, stamina mental, matlamat hidup.
Seorang pelajar tugasnya adalah untuk memahami pelajaran kemudian mengingatinya. Sebab apa nak ingat? Sebab Anda akan menduduki peperiksaan.
Kecemerlangan seorang pelajar di ukur dari keputusan peperiksaannya.
Ke’genius’an seorang pelajar bergantung pada keputusan peperiksaannya, tanpa mengira latar belakang keluarganya dan siapa dirinya.
Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda kena menjadi seseorang yang lain daripada yang lain.
Anda kena ada ketahanan melawan nafsu orang muda, iaitu keinginan mahu bersuka-suka dan bermalas-malasan. Sebagai pelajar, pasti Anda di kerumuni oleh kawan-kawan.
Kawan-kawan Anda ni pula ada citarasa masing-masing. Ada yang funky, moden, ada juga yang menggunakan pendekatan simple.
Citara berbeza ini akan mempengaruhi Anda, kesannya Anda akan jadi terikut-ikut. Lantas, dek terikut-ikut Anda akan keliru dengan diri sendiri. Anda tidak tahu apa stail yang sesuai dengan Anda.
Satu lagi, Anda akan tergoda dengan sikap orang muda yang suka ber’enjoy’, berhepi-hepian, leka berhibur dan bersuka-sukaan.
Apabila Anda mahu menjadi pelajar cemerlang, Anda kena lupakan kenikmatan berenjoy. Anda akan banyak meluangkan masa mengadap buku, menghafal, membuat latihan.
Menjadi orang berjaya memang banyak cabarannya. Bila Anda mahu berjaya, Anda perlu bersedia menempuh cabaran-cabaran itu satu persatu, kesemuanya.

motivasi pembakar semngt

Jika Anda seorang pelajar (pelajar universiti, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah atau pelajar dewasa) berikut adalah 2 tips bagaimana untuk menjadi pelajar bersyukur. Tips ni berguna untuk menjadikan diri Anda seorang pelajar bersemangat.

1. Bersyukur kerana Anda diberi peluang menimba ilmu
.
Tak semua orang berpeluang belajar di universiti. Kala Anda sedang belajar di dalam kelas, pada masa yang sama ada puluhan ribu orang lain di luar sana berhempas-pulas membanting tulang untuk menyara hidup hingga terpaksa melupakan hasrat untuk belajar (seperti Anda) simply sebab kurang mampu. Jika Anda berpeluang belajar di kolej atau universiti, Anda patut bersyukur sebab Allah beri Anda peluang untuk belajar secara formal, bukannya secara tidak formal tanpa ada sijil diploma mahupun ijazah. Sekurang-kurangnya Anda belajar di dalam sebuah kelas, ada rakan-rakan lain di dalam kelas itu dan ada seseorang mengajar di depan Anda sebagai seorang lecturer. Anda tak perlu belajar dari kegagalan hidup. Anda tak perlu mengharungi kesengsaraan berdepan dugaan untuk mematangkan fikiran menjalani kehidupan. Anda patut bersyukur!
                                                                                    
2. Bersyukur kerana Anda diberi peluang mengubah hidup melalui ilmu.

Ilmu dapat mengubah hidup Anda. Dengan kelulusan formal yang Anda perolehi dari universiti, kolej atau institut tempat Anda belajar, Anda berpeluang untuk mendapat kerja yang lebih baik. Pasti dari situ Anda dapat taraf gaji yang juga baik. Selepas itu Anda boleh mengubah hidup Anda – beli rumah, kereta dan berkahwin. Anda patut bersyukur kerana Anda diberi peluang untuk memperoleh semua itu. Ada puluhan ribu orang hidupnya susah daripada Anda. Mereka tak berpeluang menyambung pelajaran seperti Anda, kesannya mereka tak bergaji, terpaksa cari makan dengan berniaga dan terpaksa melupakan hasrat untuk hidup senang seperti Anda simply sebab pendapatan mereka tak menentu.
Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada puluhan ribu orang jauh lebih susah hidup mereka daripada Anda, syukurilah hidu Anda sekarang ni kerana hidup pula tak menjadi seperti hidup mereka. Anda kerja dalam ‘air-cond’, mereka pula kerja di bawah kepanasan terik mentari.
Syukurilah hidup Anda sekarang ni sebab ada pulughan ribu orang jauh lebih senang hidup mereka daripada hidup Anda. Anda patut bersyukur sebab Anda berpeluang untuk menjadi seperti mereka satu hari nanti.
Lihat ke atas, lihat ke bawah.
Lihat ke atas maksudnya perhatikan orang yang lebih berjaya daripada Anda supaya Anda terinspirasi untuk berjaya seperti mereka.
Dalam pada itu ambil pengajaran dari orang yang berada di bawah tahap Anda supaya Anda bersyukur hidup Anda lebih baik daripada hidup mereka dan tak sesusah mana seperti hidup mereka.
Allah menjadikan hidup kita semua berbeza-beza, supaya kita menggali hikmah yang tersirat di dalamnya.

Ya Allah..mudah nya

Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran


Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

"(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung."

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, "Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu" [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya."[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan "fast-cash" untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu'alam.

masalah yang perlu diambil berat

Masalah keputihan, macam mana nak solat?


assalamualaikum…
sekiranya slps habis menunaikan solat… kita dapati terdapat cecair keputihan… tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat… adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita…?
sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu’ semula…?
jawapan:

Quote:
tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat… adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita…?
Tidak. Krn sdr hanya menyedari selepas solat itu selesai. Kemungkinan keputihan itu keluar seleaps selesai solat. Maka, solat anda sah. Maka berdasarkan kaedah fiqh iaitu ‘Keyakinan tidak dihilangkan dgn syak’, solat anda sah krn keputihan itu tiada kpeastian bila keluarnya. Maka dikira ia keluar pada tika sdr melihatnya sahaja.(Fiqhus sunnah 1)
Quote:
sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu’ semula…?
Org yg mengalami penyakit keputihan yg sentiasa keluar ataupun selalu keluar, fuqaha’ telahpun menggariskan cara penyelesaiannya iaitu dia hendaklah membersihkan kemaluan setiap kali akan solat dan menyumbatknya dgn kapas atau panty-liner, Dalil: HR Abu Daud (no 614), Ibn Majah (#614),”..ambillah kapas dan letakkan pada tempat keluar darah (kemaluan)..”(Dr Soleh alFawzan, Tanbihat)
Maka diqiaskan darah dgn segala benda yg keluar sehingga menyebabkan sukarnya dia mengekalkan wudhu’.
Oleh itu, di sini ada dua perkara yg perlu diketahui. sekiranya sdr tidak melakukan sptmana di atas, maka solat sdr batal dan wudhu’ perlu diperbaharui. Sekiranya sdr telah menyumbat atau seumpamanya, solat sdr sah dan abaikan apa saja yg mungkin keluar.
Sekian. WA.

RUJUKAN LAIN
Fiqh Islami
Dr wahabh al-Zuhaily

Fiqhus sunnah
Sheikh sayyid sabiq

Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim

Tamamul Minnah
Sheih Nasiruddin al-Albani

Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah
Muhammad Nuruddin Al-Makki


Selasa, 22 Februari 2011

Menjdai pelajar Cemerlang Bukan Sahaja di Dunia Tetapi Di Akhrt Jua

35 Petua Pelajar Cemerlang


boystudy
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

berjuang ,bertunang dan berkahwinlah dgn ILMU

Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:
1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

read

Menceritakan keburukan calon suami/isteri


Dalam satu ceramah baru2 ni, saya ada mendengar satu hadis yg saya tidak dapat kemukakan matannya secara tepat, cuma saya nyatakan secara butiran yang dapat saya ingat. Penceramah ada menyatakan bahawa suatu ketika seorang sahabat wanita RA (tak ingat nama) datang berjumpa dengan Rasulullah SAW bertanya tentang 2 orang sahabat RA melamar beliau. Penceramah ada menyebut bernama Mu’awiyah dan Abu Huzaifah.
Rasulullah SAW menyatakan kepada wanita tersebut untuk menolak lamaran tersebut dan mengatakan Abu Huzaifah adalah seorang yang memukul perempuan dan Mu’awiyah pula saya tak berapa jelas tapi perkataan penceramah tersebut sesuatu yang tidak elok jugak tentang Mu’awiyah.
Saya jadi musykil, sebab ia melibatkan 2 orang sahabat besar, lebih2 lagi Mu’awiyah. Penceramah tersebut kemukakan hadis ini sebagai dalil bahawa harus untuk menyebut keburukan orang lain sekiranya untuk kebaikan dan maslahat umum.
Saya pohon penjelasan tentang hadis tersebut.
Saya mohon keampunan ALLAH kalau saya silap.
jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Kisah tersebut berlaku kepada wanita bernama Fatimah binti Qees r.a. yang telah diceraikan tiga talak oleh suaminya Abu Amr bin Hafs r.a. Kemudian, selepas habis eddahnya, beliau menceritakan kepada Nabi SAW bahawa beliau dipinangi oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, dan Abu Jahm (Amir bin Huzaifah). Lalu baginda memberi nasihat kepadanya, dengan sabdanya:
“Adapun Muawiyah, dia seorang yang papa tidak berharta. Manakala Abu Jahm, dia seorang yang tidak melepaskan tongkatnya dari bahunya (sering memukul wanita). Kahwinlah dengan Usamah bin Zaid”.

Kisah ini sahih, direkod dalam Sahih Muslim (no: 1480), dan lain-lain.
Pengajaran hadis ini:
- Seseorang yang diminta pandangan tentang seorang yang meminang, HARUS memperkatakan tentang peribadinya sekalipun dengan menyebut keaiban, jika ia satu maslahat, dan satu nasihat. Ia tidak termasuk dalam umpatan yang diharamkan.
- Seseorang yang diminta pandangan hendaklah bercakap benar, dan memberi nasihat dengan ikhlas.
Wallahu A’lam

qawiyah

Menjaga Lidah


Sesungguhnya persoalan memelihara lidah adalah satu persoalan besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Ramai yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang orang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya.

Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda:


 إن الرجل ليتكلم بالكلمة من رضوان الله تعالى، ما يظن أن تبلغ ما بلغت يكتب الله عز وجل له من رضوانه إلى يوم يلقاه، وإن الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله تعالى ما يظن أن تبلغ ما بلغت، يكتب الله تعالى عليه بها سخطه إلى يوم يلقاه   Maksudnya: “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Alah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.”[1]    Demikian betapa pentingnya memelihara lidah. Namun begitu ramai di kalangan kita yang mengabaikannya. Ramai di kalangan kita yang tidak jemu mengingatkan anak-anaknya dengan keburukan mencuri dan seumpamanya, perasankah kita, bahawasanya kita masih di peringkat tidak bersungguh mengingatkan anak-anak kita untuk memelihara lidah. Barangkali hakikat ini boleh dijadikan petanda aras yang kita masih belum cukup bagus memelihara lidah kita sendiri, kerana bagaimana mungkin seekor itik boleh mengajar anaknya berjalan betul? Kita memohon kepada Allah swt untuk menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga lidah mereka.     Berjanji Tetapi Tidak Melaksanakannya    Salah satu musibah yang sering menimpa lidah kebanyakan orang apabila dia mengatakan sesuatu sedang dia tidak melaksanakannya. Perkara ini sering berlaku terutamanya di dalam kempen-kempen pilihanraya. Tambahan pula pada tempoh ini, iaitu selepas berlansungnya hari penamaan calon pada 24 febuari yang lalu, semua parti dan calon yang bertanding akan berkempen untuk memperoleh sokongan ramai.   Terkadang di dalam kempen pilihanraya, ramai yang sengaja menabur janji itu dan ini sedangkan dia tidak melaksanakannya. Apatah lagi sememangnya dia tahu yang dia tidak dapat melaksanakannya tetapi ditaburkan juga janji untuk mengaburi mata orang ramai. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ” (al-Saff : 2-3) Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “(Ayat ini berupa) pengingkaran terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu janji atau mengucapkan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.”[2]

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula Nabi saw bersabda:

  آيَة الْمُنَافِق ثَلَاث إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا اُؤْتُمِنَ خَانَ   Maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila dia berjanji dia tidak melaksanakannya, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia diberi amanah dia khianat.”    Bahaya al-Ghibah Dan al-Namimah    Al-Ghibah (الغيبة) ialah: menyebut tentang seseorang apa yang tidak disukainya. Manakala al-Naminah (النميمة) pula ialah: memindahkan percakapan sebahagian orang tentang sebahagian orang yang lain dalam bentuk memberi keburukan. Hukum kedua-dua jenayah lidah ini adalah haram dengan kesepakatan semua para ulama disebabkan banyak dan jelasnya dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang mengharamkannya, antaranya:   Allah swt berfirman:
 وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ   Maksudnya: “Dan jangan sebahagian kamu mengata sebahagian yang lain, sukakah salah seorang daripada kamu, memakan daging saudaranya yang sudah mati?, maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.” (al-Hujuraat: 12) Demikian buruknya perbuatan mengata dan mengumpat sehingga Allah swt mengumpamakannya dengan memakan daging saudara kita sendiri yang telah mati. Di dalam firmanNya yang lain, Allah swt menempelak pengumpat dan pencela dengan kecelakaan:
 وَيْلٌ لِكُلّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ   Maksudnya: “Dan kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (al-Humazah:1) Dari Abu Hurairah ra. Nabi saw bersabda:
 أتَدْرُونَ ما الغِيْبَةُ؟” قالوا: اللَّهُ ورسولُه أعلمُ، قال: “ذِكْرُكَ أخاكَ بِمَا يَكْرَهُ” قيل: أفرأيتَ إنْ كانَ في أخي ما أقولُ؟ قال: “إنْ كانَ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ   Maksudnya: “Apakah kamu semua ketahui apa itu al-Ghibah?”: Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Kamu menyebut tentang saudara kamu apa yang dia tidak sukai.” Lalu ditanya kepada Nabi saw: “Bagaimana kalau apa yang disebut itu ada padanya?” Jawab baginda: “Kalau apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka itulah kamu telah melakukan ghibah kepadanya, jika apa yang kamu sebut itu tidak ada padanya, maka kamu telah mendustainya.”[3]    Menjelang pilihanraya ke-12 ini, umat Islam perlu lebih memerhatikan lidah mereka, supaya mereka tidak terjebak dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan di dalam agama seperti membuat janji kosong, mengata dan mengaibkan orang, mengadu domba, dan seumpamanya. Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dari Ilahi, insyaallah. 


[1] HR Malik di dalam al-Muwatta’ dan al-Tirmizi, katanya pula hadith ini Hadith Hasan
[2] Tafsir al-Quran al-‘Azim
[3] Hadith riwayat Al-Tirmizi berkata hadith ini Hasan Sahih

mADU lg bgus DR GUla

Tukar Imam Solat


1) Boleh ker kita tukar imam,wlupun dah bersolat??
2) kalau boleh,camne klu imam pertama tu dah solat utk rakaat kedua(atau lebih)??
camne dgn hadith di bawah ni?
Dari hadith dibawah..
Dari Sahal bin Sa’ad As Sa’idi r.a., katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَهَبَ إِلَى بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتْ الصَّلَاةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّي لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ قَالَ نَعَمْ فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسُ فِي الصَّلَاةِ فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِي الصَّفِّ فَصَفَّقَ النَّاسُ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لَا يَلْتَفِتُ فِي صَلَاتِهِ فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ امْكُثْ مَكَانَكَ فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَدَيْهِ فَحَمِدَ اللَّهَ عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَلِكَ ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِي الصَّفِّ وَتَقَدَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لِابْنِ أَبِي قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّيَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لِي رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمْ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُسَبِّحْ فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ
“Rasulullah SAW pergi ke kampung Bani ‘Amru bin ‘Auf untuk mengadakan perdamaian sesama mereka. Kebetulan waktu solat tiba.
Muadzin datang kepada Abu Bakar dan berkata, “Mahukah kamu mengimami solat?”Biarlah aku yang qamat.” “Baiklah!” jawab Abu Bakar. Ketika Abu Bakar sedang solat. Tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan terus maju hingga sampai ke saf (pertama).
Orang-orang bertepuk, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Ketika tepukan tangan bertambah banyak barulah dia menoleh dan terlihat kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap ditempatnya. Tetapi Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah ‘Azza wa Jalla atas suruhan Rasulullah SAW itu. Kemudian dia mundur hingga sejajar dengan saf, sedangkan Rasulullah SAW maju ke depan mengimami solat selanjutnya.
Setelah selesai solat, baginda bertanya kepada Abu Bakar, “Hai, Abu Bakar! Apa sebabnya kamu tidak mahu, ku suruh tetap ditempatmu menjadi imam?”
Jawab Abu Bakar, “Tidaklah elok bagi anak Abu Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah SAW.”
Kemudian baginda bertanya kepada jama’ah, “Aku lihat kamu semua ramai bertepuk tangan, mengapa? Siapa yang hendak mengingatkan sesuatu dalam solat hendaklah dia tasbih (membaca ‘subhanallah’) kerana apabila dia tasbih orang akan melihat kepadanya. Sedangkan bagi kaum wanita bertepuk tangan.” (H.R Bukhari & Muslim)
jawapan
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Soalan ini pernah dijawab dahulu didalam forum ini.
Quote:
1) Boleh ker kita tukar imam,wlupun dah bersolat??
Boleh, sebagaimana hadith Sahal bin Sa’ad As Sa’idi r.a. yang dipaparkan diatas.
Quote:
2) kalau boleh,camne klu imam pertama tu dah solat utk rakaat kedua(atau lebih)??
Siapa yang dilantik menjadi Imam, dia perlu meneruskan baki rakaat yang tinggal padanya. Makmum juga perlu mengikut Imam sebanyak mana baki solatnya yang tertinggal. Di riwayatkan dari Muaz ibn Jabal berkata : Nabi saw bersabda :-
إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الصَّلاةَ وَالإِمَامُ عَلَى حَالٍ فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الإِمَامُ
“Apabila salah seorang diantara kamu mendatangi solat dan Imam dalam keadaan apa sekalipun, maka lakukan sebagai yang dilakukan oleh Imam” [Hadith Riwayat Timudzi, #591].
Didalam hadith lain, Nabi saw bersabda :-
إِذَا أَتَيْتُمْ الصَّلاةَ فَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ , فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا , وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا
“Apabila kamu menyertai solat hendaklah dalam keadaan tenang (sakinah), apa sahaja yang dapat anda sertai, maka solatlah, dan apa sahaja yang anda tertinggal, sempurnakan” [Hadith Riwayat al-Bukhari #635].
Berikut kami petik jawapan yang lalu :-
SJ-05-0223 Solat ’2 imam’ in 1 masa … wrote:
1. Didalam al-Mughni (2/105 dan 222) ada menyatakan : setelah Imam selesai memberi salam, bangun salah seorang makmum dan bersolat dibelakang sahabatnya yang sama bersolat dengannya bagi menyempurnakan baki solatnya, dan perbuatan di dianggap sah. [al-Fiqh al-Islami wa adilatuh, 2/178, cet ke 3, 1989]. Perbuatan ini merupakan kaedah berpindah kepada jemaah yang lain, dengan mengambil dalil kisah Abu Bakar ra, Hadith Sahl bin Saad As-Saa’idiy r.a:
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ذهب إلى ‏ ‏بني عمرو بن عوف ‏ ‏ليصلح بينهم ‏ ‏فحانت ‏ ‏الصلاة فجاء ‏ ‏المؤذن ‏ ‏إلى ‏ ‏أبي بكر ‏ ‏فقال أتصلي بالناس فأقيم قال نعم قال فصلى ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏فجاء رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏والناس في الصلاة ‏ ‏فتخلص ‏ ‏حتى وقف في الصف فصفق الناس وكان ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏لا يلتفت في الصلاة فلما أكثر الناس التصفيق التفت فرأى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأشار إليه رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أن امكث مكانك فرفع ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏يديه فحمد الله عز وجل على ما أمره به رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من ذلك ثم استأخر ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏حتى استوى في الصف وتقدم النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فصلى ثم انصرف فقال يا ‏ ‏أبا بكر ‏ ‏ما منعك أن تثبت إذ أمرتك قال ‏ ‏أبو بكر ‏ ‏ما كان ‏ ‏لابن أبي قحافة ‏ ‏أن يصلي بين يدي رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من نابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما ‏ ‏التصفيح ‏ ‏للنساء
“Sewaktu Rasulullah s.a.w mengunjungi Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan pertikaian di antara mereka, maka tiba waktu sembahyang. Seorang tukang azan datang kepada Abu Bakar lalu berkata: Inginkah kamu mengimami sembahyang bersama orang ramai? Aku akan mengiqamatkannya. Abu Bakar menjawab: Ya. Kemudian Abu Bakar mendirikan sembahyang. Sewaktu orang ramai sedang sembahyang, Rasulullah s.a.w datang. Baginda menyelinap masuk ke saf pertama. Setelah melihat keadaan itu, orang ramai menepuk tangan, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Apabila orang yang menepuk tangan bertambah ramai, beliau menoleh dan melihat Rasulullah s.a.w. Baginda mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap berada di tempatnya. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah s.w.t sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w lalu Abu Bakar berundur ke belakang sehingga menyamai dengan saf pertama dan Nabi s.a.w pula maju ke hadapan lalu meneruskan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda: Wahai Abu Bakar! Apakah yang mencegahmu untuk tetap berada di tempatmu ketika aku menyuruhmu? Abu Bakar menjawab: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah sembahyang di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda lagi: Mengapa kamu semua menepuk tangan? Sesiapa yang mengalami sesuatu ketika sembahyangnya maka hendaklah dia bertasbih kerana apabila seseorang bertasbih dia akan menoleh. Menepuk tangan hanyalah untuk wanita” [hadith Sahih Riwayat Muslim].
Perbuatan menukar Imam adalah sah disisi Mazhab Hanbali dan Syafie.
2. Jika Imam terbatal, lalu dilantik makmum di belakangnya, maka didalam situasi ini makmum dibelakangnya harus kedepan bagi mengisi ruang kosong yang ada. Imam Ahmad rh. ada meriwayatkan bahawa seseorang hendaklah maju kedepan, dan dia tidak sepatutnya membiarkan ruang kosong dihadapannya. [Ibn Qudamah, al-Mughni, 2/101].

bicara penutup kata

salam..
nak tanye..
apakah bacaan sadaqallah pada akhir bacaan tuh dr nabi kita?
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr salleh_y dengan menggunakan jawapan dari arkib al-ahkam, Insyaallah.
Kalau di tanya samada Nabi saw ada memerintahkan membaca صدق الله العظيم selepas selesai membaca al-Quran, jawapannya : Tidak ada! ‘Ala kulli hal, disini kami memetik jawapan dari Arkib al-Ahkam mengenai dengan persoalan diatas :-
Quote:
1. Pendapat yang membaca Sadaqa Allah selepas membaca Al-Quran berdasarkan ayat Al-Quran surat Aal Imraan ayat 95 :
قُلْ صَدَقَ اللَّهُ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah” Shiekh Utsaimin (bekas Mufti Saudi) berkata bahawa :
أن يقول ( صدق الله العظيم ) وهذا ليس بمشروع لأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يفعله ولم يكن من عادة الصحابة رضي الله عنهم أن يفعلوه ، ولا كان ذلك في عهد التابعين
“Membaca Sadaqa Allah Al-Azim, ini tidak ada asalnya didalam Islam kerana Nabi saw tidak melakukannya, dan tidak juga dari adat para Sahabat, dan ia juga tidak diketahui dikalangan Tabien.”[1] Mengenai ayat Al-Quran surah Aal Imran ayat 95, beliau berkata :
وأما قوله تعالى: ( قل صدق الله ) فليس المراد أن يقولوها إذا انتهى من قراءته ولو كان هذا هو المراد لقال الله : فإذا انتهيت من قراءتك فقل صدق الله كما قال : ( فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم ) .
“Bagi firman Allah “Katakan : Allah bercakap benar” bukanlah bermakna bahawa perkataan ini harus diucapkan apabila selesainya [Al-Quran]. Jika benar terdapat kes seperti ini, sudah tentu Allah berfirman, “Apabila tamat membaca, hendaklah kamu berkata Sodaqa Allah Al-Azim, sebagaimana berkata : ‘Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam [ al-Nahl:98 ]‘ “ Menurut Shiekh Abdul Aziz bin Baaz [2]:
المقصود أن زيادة كلمة : ( صدق الله العظيم ) عند نهاية القراءة ليس لها أصل في الشرع . فالمشروع تركها تأسياً بالنبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه رضي الله عنهم ، أما إذا فعلها الإنسان بعض الأحيان من غير قصد فلا يضر ، فإن الله صادق في كل شيء سبحانه وتعالى . لكن اعتياد ذلك بعد كل قراءة كما يفعله كثير من الناس اليوم ليس له أصل كما تقدم .
“Maksud penambahan kalimah “Sadaqa Allah Al-Azim” – apabila selesai membaca Al-Quran bukanlah asalnya didalam syara’. Adalah elok ditinggalkannya bagi menturuti Nabi saw dan para sahabat. Akan tetapi jika seseorang itu melakukan kadang-kadang (Ahyaanan) tanpa sebarang niat, ia tidaklah memudharatkan. Sesungguhnya Allah bercakap benar bagi setiap perkara, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Tetapi jika menjadikan ia sebagai habit/adab/kelakuan setiap kali seseorang itu membaca Al-Quran sebagaimana yang dilakukan oleh orang ramai pada masa kini, tidak lah ada asas untuknya sebagaimana yang dikatakan sebelum ini” Kiranya amat jelas kedua-dua fatwa dari dua bekas Mufti Saudi dan ulama’ terkenal ini agar tidak digalakkan membaca “Sadaqa Allah Al-Azim” selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.
1] Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80).
2] Kitab Majmu’ Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz – 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342.
sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=14255&highlight=sadaqa
Menurut Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz lagi, jika seseorang membacanya kadang kala, maka tidaklah menjadi kesalahan. Akan tetapi menjadikan ia sebagai tabiat atau amalan bagi setiap kali membaca al-Quran, sepertimana yang dilakukan oleh orang sekarang, Tidak ada asas langsung perbuatan ini, sebagaimana yang dinyatakan diatas.
Ada juga keadaan dibenarkan membaca Sadaqa Allah, contohnya Sheikh Ibn Utsaimin menyebut :-
ومن قال: صدق الله عند المناسبات مثل أن يقع شئ من الأشياء التي أخبر الله بها فيقول: صدق الله تأكيدا لخبر الله فهذا جائز لورود السنة به فإن النبي صلى الله عليه وسلم كان خطب فأقبل الحسن والحسين فنزل من المنبر فحملهما ووضعهما بين يديه ثم قال صدق الله ( إنما أموالكم وأولادكم فتنة )
“Dan jika berkata ‘Sadaqa Allah’ ketika keadaan yang sesuai, misalnya apa yang dia telah beritahu datang didepannya, menegaskan kebenaran ‘Allah telah berkata benar’, adalah dibolehkan. Kerana ini telah datang dari sunnahnya, kerana sesungguhnya Nabi saw ketika berkhutbah, cucunya Hasan dan Husein datang bersamanya, maka beliaupun turun dari mimbar dan mengambilnya dan meletakkannya diantara baginda, kemudian baginda bersabda :’Allah telah berkata yang benar : ‘Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu merupakan fitnah (cubaan)…..’ -[al-Taghaabun 64:15]“. WA. wassalam
SALAMUALAIKUM!
pembuka bicara pada hari ini..
Alhamdlh pada hari ini aku diberikan 1 nafas baru dalam hidup aku sendiri.
aku diberikan segala2nya dalam hidup aku untuk beribadah pdNya..
akan aku gunakan kearah jalan kebaikan..inysaAllah..
pandula aku agar diriku ini tidak tersasar kejalan yang salah,
OH ..sebelum terlupa ana ingin mnceritakan detik diujibakat..aduhai...susah benar yea nk ujibakat ni..'
sukar btol para juri nk plih nie..huhuhu

ingtkan sng2 jew..heheheh..rupanya payah kena plk persaing dgn pljr2 mesir yang mngambil kesmptan becuty ni..huhu
lg a..
tp ana xjdkan alasan itu sbgai pnghalang untk ana..mnruskan perjuangan mngakkan syriah Allah
IM bukanlah medan untk kita mncr publisti..tp mngangkat islam untk dilihat oleh maysrkt bahwa IM bukan shja mlhirkan anak2 muda yang ada kebolhan..malah mnyebarkan dakwah..insyAaLLAH..SOKONGLAH IMAM MUDA ..

Khamis, 17 Februari 2011

Salam bertemu kembali dalam ruangan ini..hari ini ana rasa tidak berapa nk sihat.huhu..tapi ana akan kuatkan diri untk meneruskan perjuangan ini ntk diri ana sndr dan sahabat2 ana..kesihatan ana ,alhamdlh..baik ..cuma pening dgn dr ana sndr..biasa la..poblm...kadang2 ada,kadang xder...biasa...huhuhu...bagaimana la ana nk hadapi keadaan ini ya..hehehe...tolong bg ana energy...hahahah..boleh ana terbang untuk hilangkan bosan2 ni..hahah.liht permandangn dr ats langit tu..huhu..syok apa...btol x!!
esok ana exam...ohh tidak..!!tp alhmdlh la...jawab j esok...ana pasti boleh....yakin2...aminnn

Rabu, 16 Februari 2011

BICARA KETIKA SOLAT MNYBUT KALIMAH ALLAH

Jika seseorang itu menyebut ‘ALLAH’ secara lisan ketika solat yang mana sebutan tersebut tidak termasuk dalam bacaan solat, adakah batal solatnya? Begitu juga dengan sebutan-sebutan yang lain seperti ‘astaghfirullah’, ‘subhanallah’, adakah batal solatnya?

jawapan:


Bismillah
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,
Sebutan seperti ‘Allah’, ‘astaghfirullah’ dan ‘subhanallah’ adalah termasuk dalam kategori doa dan zikir yang tidak membatalkan solat.
Ini jika sebutan itu dengan tujuan untuk berzikir, berdoa atau membaca Al-Quran, jika ia disebut dengan sengaja dan saja-saja tanpa sebarang tujuan, maka ini termasuk percakapan yang membatalkan solat.
Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ هَذِهِ الصَّلَاةَ لَا يَصْلُحُ فِيهَا شَيْءٌ مِنْ كَلَامِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ

“Sesungguhnya solat ini tidak boleh di dalamnya percakapan manusia; kerana solat itu ialah tasbih, takbir dan membaca Qur’an.” (H.R Muslim)
Dari Sahal bin Sa’ad As Sa’idi r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَهَبَ إِلَى بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ لِيُصْلِحَ بَيْنَهُمْ فَحَانَتْ الصَّلَاةُ فَجَاءَ الْمُؤَذِّنُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَتُصَلِّي لِلنَّاسِ فَأُقِيمَ قَالَ نَعَمْ فَصَلَّى أَبُو بَكْرٍ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسُ فِي الصَّلَاةِ فَتَخَلَّصَ حَتَّى وَقَفَ فِي الصَّفِّ فَصَفَّقَ النَّاسُ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ لَا يَلْتَفِتُ فِي صَلَاتِهِ فَلَمَّا أَكْثَرَ النَّاسُ التَّصْفِيقَ الْتَفَتَ فَرَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَشَارَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ امْكُثْ مَكَانَكَ فَرَفَعَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَدَيْهِ فَحَمِدَ اللَّهَ عَلَى مَا أَمَرَهُ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَلِكَ ثُمَّ اسْتَأْخَرَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى اسْتَوَى فِي الصَّفِّ وَتَقَدَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَثْبُتَ إِذْ أَمَرْتُكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مَا كَانَ لِابْنِ أَبِي قُحَافَةَ أَنْ يُصَلِّيَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لِي رَأَيْتُكُمْ أَكْثَرْتُمْ التَّصْفِيقَ مَنْ رَابَهُ شَيْءٌ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُسَبِّحْ فَإِنَّهُ إِذَا سَبَّحَ الْتُفِتَ إِلَيْهِ وَإِنَّمَا التَّصْفِيقُ لِلنِّسَاءِ

“Rasulullah SAW pergi ke kampung Bani ‘Amru bin ‘Auf untuk mengadakan perdamaian sesama mereka. Kebetulan waktu solat tiba.
Muadzin datang kepada Abu Bakar dan berkata, “Mahukah kamu mengimami solat?”Biarlah aku yang qamat.” “Baiklah!” jawab Abu Bakar. Ketika Abu Bakar sedang solat. Tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan terus maju hingga sampai ke saf (pertama).
Orang-orang bertepuk, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Ketika tepukan tangan bertambah banyak barulah dia menoleh dan terlihat kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap ditempatnya. Tetapi Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah ‘Azza wa Jalla atas suruhan Rasulullah SAW itu. Kemudian dia mundur hingga sejajar dengan saf, sedangkan Rasulullah SAW maju ke depan mengimami solat selanjutnya.
Setelah selesai solat, baginda bertanya kepada Abu Bakar, “Hai, Abu Bakar! Apa sebabnya kamu tidak mahu, ku suruh tetap ditempatmu menjadi imam?”
Jawab Abu Bakar, “Tidaklah elok bagi anak Abu Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah SAW.”
Kemudian baginda bertanya kepada jama’ah, “Aku lihat kamu semua ramai bertepuk tangan, mengapa? Siapa yang hendak mengingatkan sesuatu dalam solat hendaklah dia tasbih (membaca ‘subhanallah’) kerana apabila dia tasbih orang akan melihat kepadanya. Sedangkan bagi kaum wanita bertepuk tangan.” (H.R Bukhari & Muslim)
Jumhur Ulama membenarkan tasbih dan tahmid selain dari waktu rukuk dan sujud, samada dengan tujuan mengingatkan orang lain ataupun tidak. (al-Majmu’:4/93-99)
Wallahu a3lam

solat istikrah(memohon petunjuk)

Shalat Istikharah

Oleh
MUHAMMAD
FAYYADH BIN AZMI

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan mereka, dan supaya mereka memohon kebaikan didalamnya. Yaitu, dengan mengajarkan kepada mereka shalat istikharah sebagai pengganti bagi apa yang biasa dilakukan pada masa jahiliyyah, berupa ramal-meramal, memohon kepada berhala dan melihat peruntungan.
Shalat ini adalah seperti yang disebutkan di dalam hadits berikut.
Dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, dia bercerita ; ‘Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengajarkan istikharah kepada kami dalam (segala) urusan, sebagaimana beliau mengajari kami surat dari Al-Qur’an. Beliau bersabda:
“Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua rakaat di luar shalat wajib, dan hendaklah dia mengucapkan : (‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasan-Mu, dan aku memohon karunia-Mu yang sangat agung, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak kuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedang aku tidak, dan Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (kemudian menyebutkan langsung urusan yang dimaksud) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan, dan akhir urusanku” –atau mengucapkan : “Baik dalam waktu dekat maupun yang akan datang-, maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku” –atau mengucapkan: “Baik dalam waktu dekat maupun yang akan datang-, maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkan aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada, kemudian jadikanlah aku orang yang ridha dengan ketetapan tersebut), Beliau bersabda : “Hendaklah dia menyebutkan keperluannya” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1).
Dapat saya katakan, di dalam hadits tersebut terdapat beberapa manfaat yang dapat dipetik, yaitu:
Pertama : Di dalam hadits ini, shalat istikharah disyariatkan. (2)
Kedua ; Di dalamnya juga terkandung pengertian bahawa shalat istikharah itu disyariatkan dalam segala urusan, baik urusan itu besar maupun kecil, penting maupun tidak
Imam Nawawi rahimahullah mengatakan :”Shalat istikharah itu disunnatkan dalam segala urusan, sebagaimana yang secara jelas disampaikan oleh nash hadits shahih ini’ (3)
Juga perlu saya katakan, bahawa mengerjakan semua kewajiban dan meninggalkan semua yang diharamkan serta menunaikan semua yang disunatkan dan meninggalkan yang makruh tidak perlu shalat istikharah
Memang benar, shalat istikharah ini mencakup yang wajib dan yang sunnat yang harus dipilih serta hal-hal yang waktunya cukup luas. (4)
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan :”Shalat istikharah ini mencakup urusan-urusan besar maupun kecil. Berapa banyak masalah kecil menjadi sumber masalah besar?” (5)
Ketiga : Di dalamnya juga terdapat pengertian bahawa shalat istikharah itu dua rakaat di luar shalat wajib.
Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan :”Yang tampak bahawa shalat istikharah ini dapat dikerjakan dengan dua rakaat shalat sunnat rawatib, tahiyatul masjid, dan shalat-shalat sunnat lainnya. (6)
Perlu saya katakan, maksudnya –wallahu a’lam- jika ada keinginan untuk melakukan suatu hal, maka hendaklah segera mengerjakan shalat istikharah ini. Dan menurut lahiriyah ungkapan Imam An-Nawawi rahimahullah, sama saja shalat itu diniati dengan niatkan istikharah maupun tidak. Dan itu juga yang tampak pada lahiriyah hadits.
Al-Iraqi mengemukakan : jika keinginan melakukan sesuai itu muncul sebelum mengerjakan shalat sunnat rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan shalat dengan tidak berniat untuk beristikharah, kemudian setelah shalat muncul keinginan untuk memanjatkan do’a istikharah, maka secara lahir, hal tersebut sudah mencukupi. (7)
Keempat : Di dalamnya disebutkan : “Istikharah itu tidak mampu dilakukan pada saat ragu-ragu, kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda.
“Jika salah seorang di antara kalian mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu. Dan, kerana semua do’a menunjukkan kepada hal tersebut”.
Dan jika seorang muslim merasa ragu dalam suatu hal, maka hendaklah dia memilih salah satu dari kedua hal tersebut dan memohon petunjuk dalam menentukan pilihan tersebut. dan setelah istikharah, dia biarkan semua berjalan apa adanya. Jika baik, mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan padanya dan memberikan berkah kepadanya dalam hal tersebut. Dan jika tidak, mudah-mudahan Dia memalingkan dirinya dari hal tersebut serta memudahkan kepada yang lebih baik dengan seizin-Nya yang Mahasuci lagi Mahatinggi.
Kelima : Selain itu, di dalamnya juga terkandung pengertian, tidak ada penetapan bacaan surah atau beberapa ayat tertentu pada kedua rakaat tersebut setelah bacaan Al-Fatihah. (8)
Keenam : Di dalamnya juga terkandung pengertian bahawa pemilihan itu terlihat dengan dimudahkannya urusan itu dan diberikannya berkah padanya. Dan jika tidak demikian, maka orang yang beristikharah itu akan dipalingkan darinya dan diberikan kemudahan padanya untuk memperoleh kebaikan dimana pun kabaikan itu berada.
Ketujuh : Selain itu, jika seorang muslim mengerjakan shalat istikharah, maka akan terlihat apa yang dia inginkan, baik dadanya lapang atau tidak. (9)
Az-Zamlakani mengatakan :”Jika seseorang mengerjakan shalat istikharah dua rakaat untuk suatu hal, maka hendaklah setelah itu dia melakukan apa yang tampak olehnya, baik hatinya merasa senang maupun tidak, kerana padanya kebaikan itu berada sekalipun jiwanya tidak menyukainya”. Lebih lanjut, dia mengatakan, “Di dalam hadits tersebut tidak ada syarat adanya kesenangan diri’ (10)
Kelapan : Saat pemanjatan do’a istikarah itu berlangsung setelah salam. Yang demikian itu didasarkan pada sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan shalat dua rakaat di luar shalat wajib, dan hendaklah dia mengucapkan ..”
Kerana lahiriyahnya do’a itu dipanjatkan setelah mengerjakan shalat dua rakaat, yaitu setelah salam. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berpendapat bahawa do’a istikharah itu dipanjatkan sebelum salam. (11)
(Disalin dari kitab Bughyatul Mutathawwi Fii Shalaatit Tathawwu, Edisi Indonesia Meneladani Shalat-Shalat Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Penulis Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi’i)
__________
Foote Note
(1). Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di beberapa tempat yang di antaranya adalah di dalam Kitaabut Tahajjud, bab Maa Jaa-a fi Tathawwu Matsna Matsna (no 1162). Dan lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul (VI/250-251)
(2). Nailul Authaar (III/88) dan juga kitab, Tuhfatudz Dzaakiriin (hal. 134)
(3). Al-Adzkaar (III/355 –dengan syarah Ibnu Allan)
(4). Fathul Baari (XI/184)
(5). Idem
(6). Al-Adzkaar (III/354 –dengan syarah Ibnu Allan)
(7). Beliau nukil dalam kitab Nailul Authar (III/88). Namun, pendapat tersebut ditentang oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar di dalam kitab, Fathul Bari (XI/185), di mana dia mengatakan, ‘Dapat dikatakan, jika dia berniat mengerjakan shalat tersebut dan shalat istikharah secara bersamaan, maka hal tersebut dibolehkan. Berbeza jika dia tidak berniat sebelumnya dan terpisah dari shalat tahiyatul masjid misalnya. Sebab, yang dimaksudkan dengan shalat istikharah di sini adalah pemanfaatan kesempatan untuk berdo’a. Dan yang dimaksud dengan shalat istikharah adalah dikerjakannya shalat yang disertai dengan bacaan do’a setelahnya atau pada saat shalat itu dikerjakan. Dan terlalu jauh untuk dipenuhi bagi orang yang mengajukan permintaan setelah shalat. Kerana lahiriyah hadits tersebut, hendaknya shalat dan do’a itu dilakukan setelah adanya keinginan.
Dapat saya katakan, bahawa lahiriyah khabar ini tidak terdapat pensyaratan tentang penetapan dua rakaat. Yang jelas, kedua rakaat itu bukan shalat fardhu. Jika seorang muslim menginginkan sesuatu, lalu dia mengerjakan dua rakaat shalat rawatib Zhuhur misalnya, lalu setelahnya dia membaca do’a istilkharah, maka telah tercapai apa yang dikerjakannya itu, dan itu lahiriyah yang tampak, sebagaimana yang telah dikupas oleh Imam An-Nawawi dan Al-Iraqi terdahulu. Wallahu ‘alam.
(8). Di dalam kitab Al-Adzkaar, (III/354 –dengan syarah Ibnu Allan), Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa di dalam kedua rakaat tersebut dibaca surat Al-Kaafiruun dan surat Al-Ikhlas.
Al-Iraqi mengatakan : “Saya tidak mendapatkan satu pun dari beberapa jalan hadits ini tentang penetapan bacaan dalam kedua rakaat shalat istikharah, tetapi apa yang disampaikan oleh Imam An-Nawawi sudah tepat ..’ Syarh Al-Adzkaar, Ibnu Allan(III/345).
Dapat saya katakan, ketetapan tersebut tidak disebutkan pada pensyariatan dan penetapan. Wabillahit taufiq
(9). Hal ini jelas berbeza dengan Imam An-Nawawi saat dia mengatakan :”Dan jika dia mengerjakan shalat istikharah, maka setelahnya, dadanya akan terbuka lebar untuknya”. Al-Adzkaar (III/355-356 –dengan syarah Ibnu Allan-). Dan dia telah bersandar pada hadits dhaif jiddan dalam hal tersebut. Fathul Baari (XI/187).
Dan Al-Izz bin Abdis Salam telah mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh An-Nawawi, bahawa orang yang beristikharah itu akan berjalan kepada apa yang dikehendaki, baik dirinya terbuka untuk itu atau tidak. Al-Iraqi menarjih fatwa tersebut dan menolak pendapat Imam An-Nawawi. Dan dia disetujui oleh Ibnu Hajar. Syarh Al-Adzkaar li Ibni Allan III/357.
(10). Thabaqaat Asy-Syafi’iyyah, At-Taaj Ibnus Subki (IX/206)

petua ..mari baca

Petua Agar Dapat Melakukan Shalat Tahajjud

Oleh
fayyadh

Ada beberapa tips yang dapat membantu seseorang untuk bangun di malam hari guna melakukan shalat Tahajjud. Di antaranya adalah.
(1). Mengetahui keutamaan shalat Tahajjud dan kedudukan orang yang melakukannya di sisi Allah Ta’ala serta segala apa yang disediakan baginya berupa kebahagiaan di dunia dan akhirat, bagi mereka disediakan Syurga.
Allah Ta’ala bersaksi terhadap mereka dengan kesempurnaan iman, dan tidak sama antara mereka dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Shalat Tahajjud sebagai sebab masuk ke dalam Syurga, ditinggikannya derajat di dalamnya, dan shalat Tahajjud merupakan sifat hamba-hamba Allah yang shalih serta kemuliaan bagi seorang Mukmin.
(2). Mengetahui perangkap syaitan dan usahanya agar manusia tidak melakukan shalat malam.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda mengenai seorang laki-laki yang tidur hingga datang waktu fajar,
“Itulah seseorang yang syaitan telah kencing di telinganya -atau beliau bersabda- di kedua telinganya.” (1)
‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallaahu ‘anhuma mengatakan, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Wahai ‘Abdullah, jangan kamu menjadi seperti si fulan, dahulu dia biasa melakukan shalat malam, kemudian meninggalkannya” (2)
(3). Memendekkan angan-angan dan banyak mengingat mati.
Hal ini dapat memberi semangat untuk beramal dan dapat menghilangkan rasa malas, berdasarkan hadits ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang yang asing atau orang yang sedang menyeberangi jalan.”
Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma mengatakan, “Apabila berada di pagi hari, janganlah engkau menunggu waktu petang. Dan apabila berada di petang hari, janganlah engkau menunggu waktu pagi. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, dan pergunakan waktu hidupmu sebelum datang kematianmu.” (3)
(4). Tidur di awal malam agar memperoleh kekuatan dan semangat yang dapat membantu untuk melakukan shalat Tahajjud dan shalat Shubuh.
Hal ini berdasarkan hadits Abu Barzah radhiyallaahu ‘anhu.
“Bahawasanya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam membenci tidur sebelum shalat ‘Isya’ dan berbincang-bincang setelahnya.”(4)
(5). Mempergunakan kesihatan dan waktu luang (dengan melakukan amal shalih) agar pahala kebaikannya tetap ditulis pada saat ia sakit atau sedang safar.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam,
“Apabila seorang hamba sakit atau safar, ditulislah baginya pahala perbuatan yang biasa ia lakukan ketika mukim dan sihat.” (5)
Maka orang yang berakal hendaklah tidak terluput dari keutamaan yang agung ini. Hendaklah dia melakukan shalat Tahajjud ketika sedang sihat dan memiliki waktu luang serta melakukan berbagai amal shalih sehingga ditulislah pahala baginya apabila dia lemah atau sibuk dari melakukan amal kebaikan yang biasa ia lakukan.
(6). Bersungguh-sungguh mengamalkan adab-adab sebelum tidur.
Yaitu, dengan tidur dalam keadaan suci, apabila masih mempunyai hadats hendaklah ia berwudhu’ dan shalat sunnah dua raka’at, membaca dzikir sebelum tidur, mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiupkan serta dibacakan padanya surat al-Ikhlaash, al-Falaaq, dan an-Naas. Kemudian usaplah dengan kedua tangannya itu seluruh anggota badan yang dapat dijangkaunya (lakukan hal ini tiga kali). Jangan lupa juga membaca ayat Kursi, dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, dan membaca do’a sebelum tidur. Dia juga harus melakukan berbagai sebab yang dapat membangunkannya untuk shalat, seperti meletakkan jam loceng di dekat kepalanya atau dengan berpesan kepada keluarganya atau temannya atau tetangganya untuk membangunkannya.
(7). Memperhatikan sejumlah sebab yang dapat membantu untuk melakukan shalat Tahajjud.
Yaitu, dengan tidak terlalu banyak makan, tidak membuat badannya lelah dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermanfaat, bahkan seharusnya dia mengatur pekerjaannya yang bermanfaat, tidak meninggalkan tidur siang kerana itu dapat membantu bangun di malam hari, dan menjauhi dosa dan maksiyat. Disebutkan dari Sufyan ats-Tsauri rahimahullaah beliau berkata, “Selama lima bulan aku terhalang untuk melakukan shalat malam kerana dosa yang aku lakukan.” (6)
(Disalin dari buku Menuntut Ilmu Jalan Menuju Syurga “Panduan Menuntut Ilmu”, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka At-Taqwa, PO BOX 264 – Bogor 16001 Jawa Barat – Indonesia, Cetakan Pertama Rabi’uts Tsani 1428H/April 2007M)
__________
Foote Notes
(1). Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1144, 3270) dan Muslim (no. 774), dari Shahabat Ibnu Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu.
(2). Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1152) dan Muslim (no. 1159 (187)).
(3). Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6416), Ahmad (II/24, 132), at-Tirmidzi (no. 2333), Ibnu Majah (no. 4114), dan al-Baihaqi (III/369).
(4). Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 568) dan Muslim (no. 461), lafazh ini milik al-Bukhari.
(5). Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 2996), dari Shahabat Abu Musa al-Asy’ari radhiyallaahu ‘anhu
(6). Lihat kitab Qiyaamul Lail, Fadhluhu wa Aadaabuhu wal Asbaabul Mui’iinatu ‘alaihi fii Dhau-il Kitaabi was Sunnah (hal. 50-58).

apalah nsb kentut??jom baca

was-was kentut, camne ni?


`Abd Allah b. Zayd b. Âsim telah mempersoalkan kepada Rasulullah SAW bahawa seseorang boleh merasakan dia telah terkentut ketika didalam Solatnya. Berkenaan ini Rasulullah SAW berkata : “Jangan berganjak dari tempat kamu kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)” Hadith ini sahih diriwayatkan didalam Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim.
Terdapat hadith yang hampir sama diriwayatkan oleh Abû Sa`îd al-Khudrî bahawa Rasulullah Saw berkata “Jika Syaitan mendekati kamu dengan berkata “kamu telah terbatal wudhu kamu”, katakan kepada ia menipu, kecuali kamu dengar atau bau sesuatu(keluar kentut)” [Mustadrak al-Hâkim (1/134), Sahîh Ibn Hibbân (2663 and 2664), Musnad Ahmad (3/12), and Sunan Abî Dâwûd (1029)]

Dalam riwayat dari Sahîh Ibn Hibbân menyebut “……… kemudian dia perlu berkata pada dirinya sendiri ‘kamu telah menipu’……”
Ini adalah hadith masyhur yang menjadi bukti yang membentuk satu kaedah dalam hukum Syara’ iaitu “Sesuatu yang pasti tidak dapat dihapuskan dengan was-was”. Ini bermaksud apa-apa yang terbina atas keyakinan memerlukan bukti yang kukuh untuk menunjukkan sebaliknya. Ketidakpastian (was-was) tidak mencukupi untuk memansuhkannya(keyakinan). Hukum ini menjadi prinsip yang luas dan mustahil untuk menyebutkan kesemuanya.

Implikasi hukum terhadap Hadith tersebut.
Hukum terpenting yang dibentuk dari hadith ini adalah berkenaan seorang yang telah berwudhu dan tidak pasti adakah dia telah terbatal ataupun tidak.
Jumhur ulama’ termasuk Imam Abû Hanîfah, Imam al-Shâfi`î, dan Imam Ahmad b. Hanbal, menyatakan ketidakpastian (was-was) perlu diabaikan setiap masa. Ini juga disebut oleh Imam Mâlik.
Akan tetapi terdapat 2 pendapat lain yang disandarkan kepada Imam Mâlik tentang perkara ini. Salah satu pendapat itu ialah ketidakpastian(was-was) membatalkan wudhunya. Tetapi riwayat ini adalah dhaif dan bertentangan dengan maksud yang jelas dari hadith-hadith yang sahih.
Pendapat ke-3 yang disandarkan kepada Imam Mâlik ialah jika was-was berlaku diluar solat , maka dia perlu mengambil wudhu yang baru, tetapi jika was-was berlaku di dalam solat, maka dia perlu abaikannya. Pendapat ini amat pelik kerana apa yang membatalkan wudhu di luar solat sudah pastinya membatalkan wudhu didalm solat.
Menurut Ibn Hajar al-`Asqalâni di dalam Fath al-Bârî (1/287) : “Riwayat yang menerangkan penbahagian tersebut tidak boleh disandarkan kepada Imam Malik , Ia hanyalah perkataan pelajarnya”
Kita boleh katakan, tanpa syak lagi, pendapat yang benar tentang perkara ini adalah pendapat Jumhur Ulama – bahawa keraguan tidak membawa sebarang faedah. Seorang akan kekal dalam keadaan berwudhu sehingga dia pasti dia telah terbatal.

Aplikasi Hukum
1) Jika seseorang dalam keadaan bersuci , terasa dia telah terkentut, ini tidak membawa apa-apa makna.Dia perlu benar-benar pasti untuk membuktikan wudhu’nya telah terbatal.
2) Jika seseorang tahu dia dalam keadaan wudhu’ dan was-was bahawa dia telah membuang air, dia perlu abaikannya.
3) Jika seseorang dalam keadaan suci kemudian dia tertutup mata sebentar kerana mengantuk dan tidak pasti dia telah tertidur(lama) untuk wudhu’nya terbatal , maka dia perlu menganggap dia masih dalam keadaan suci.
Dalam keadaan ini atau situasi yang hampir serupa, seseorang perlu mengabai was-wasnya. Begitu juga, jika seseorang tidak pasti air kolah telah tercemar dengan najis atau tidak , dia perlu mengaggapnya ia masih bersih. Sama juga berkenaan baju, tempat solat, dan makanan yang ingin dimakan. Ini adalah hukum asas dalam semua masalah berkenaan bersuci dan keharusan, yang mana keyakinan(kepastian) adalah penting untuk mengisytiharkan sesuatu(kesucian) itu sebaliknya.

Hukum ini – cara fikir ini – menutup pintu kepada ketidakpastian(was-was) dan keraguan yang dialami oleh sebilangan besar umat Islam.
Tambahan, para ulama’ telah Ijma’ apabila Rasulullah SAW berkata: “Kecuali kamu mendengar bunyi atau bau sesuatu” Beliau bukanlah memaksudkan kepada 2 perkara itu sahaja, - Beliau hanyalah menerangkan tentang tahap keyakinan yang perlu ada dalam keadaan tersebut.

Al-Khattâbî menyebut dalam I`lâm al-Hadîth (1/227-228): “Rasulullah SAW tidak bermaksud hukum ini terhad kepada isu kentut dan 2 cara memastikannya. Jawapan Rasulullah SAW, bersesuaian dengan soalan yang dikemukakan. Maksudnya boleh diperluaskan kepada tahi , kencing, air madzi, air mani, darah, dana apa-apa yang boleh membatalkan kesucian seseorang.”
| Sheikh Salman al-Oadah|
Diterjemahkan oleh:
FAZH
Institut al-Imam asy-Syafie Consultant dan Training