Selasa, 1 Februari 2011

aurat wanita

Assalamu’alaikum Sekiranya suami melafazkan talak, mereka masih boleh tinggal sebumbung sehingga habis tempoh iddah. bagaimana pula aurat isteri kepada suaminya? perlukah dia menjaga aurat sama seperti aurat terhadap lelaki ajnabi? minta penjelasan
jawapan:
alJawab:
Fiqh Syafi’iyah menetapkan mereka (yang baru bercerai) tidak boleh duduk sebumbung, dan isteri diwajibkan menutup aurat sebagaimana lelaki bukan muhrim. Alasannya: Perkahwinan menghalalkan persetubuhan dan memandang aurat yg ditegah melihatnya, manakala perceraian mengharamkan persetubuhan dan memandangnya. (Prof Dr Wahbah azZuhaili, Fiqh Islam, VII/587, edisi terjemahan DBP) WA

berkongsi minuman dgn pmpn bkn muhrim nya!!!

Assalamualaikum….
Adakah boleh berkongsi air minuman satu gelas atau satu straw dengan kawan perempuan (bukan muhrim) ? Pasal ada ustaz mengatakan tidak mengapa kerana air liur bukan aurat kalu tak silap saya lah. Mungkin soalan pernah ditanya tapi saya mencarinya tapi tak jumpa. Minta tolong kalau boleh jawab kembali.

jawapan:
Jawab: Isu di sini bukan hukum feqah air liur perempuan itu najis atau aurat, tapi dilihat dari sudut akhlak Islam. Ini kerana perbuatan berkongsi air minuman dengan anak dara orang tanpa terlebih dahulu berkahwin adalah suatu yg tertolak. Jika dah kahwin, bukan setakat berkongsi air liur, malah anda boleh menikmati batang tubuhnya. Jika belum kahwin, usahkan nak kongsi air liurnya, nak pandang pun ditegah. Jika ada ustaz yg berkata air liur anak dara itu bukan aurat, maka lucutkanlah title ustaznya itu. Allahu a’alam

pakai seban jew>>pahala besar

Assalamu’alaikum,
Adakah terdapat dalil yang mengatakan memakai serban akan dikurniakan pahala seperti pahala 70 orang yg mati syahid? Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil tersebut.
Terima Kasih.

jawapan:
su serban sudah dibahaskan sebelum ini. Kita rumuskan memakai serban jika dikaitkan dengan fadhilat yg melampaui batas, maka ia sudah pasti hadis palsu (maudhu’), spt yg anda sebutkan itu, pakai serban sama dgn 70 syuhada’. Dari segi logik akal pun langsung tidak menasabah, seolah-olah darah syuhada’ itu terlalu murah.
Serban atau sebarang tutup kepala sudah diiktiraf oleh uruf (budaya Islam sebagai simbol kemuliaan), tambahan pula bila dibawa solat, maka ia lebih terpuji kerana berhias kerana mengadap Allah swt. Sedangkan orang yg akan menyertai majlis Raja-raja di istana pun kena memakai dastar dan baju melayu lengkap, maka untuk mengadap Tuhan yg Maha Tinggi, sudah tentu amat baik sekali memakai tutup kepala.
Walaupun tidak dikaitkan dgn fadhilat, tapi memakai tutup kepala ini ketika solat adalah suatu fesyen yg dipuji dan disahkan oleh uruf. (Fatwa Imam Syaraf anNawawi, dan Fatwa alMadinah alMunawarah oleh Albani. WA

korban Ntk si Mati

apakah hukum atau bolehkah org yg hidup melakukan korban bagi org yg telah meninggal dunia.

jawapan:
a. Jika si mayyit berwasiat agar melakukan kurban atas namanya, maka wasiat itu wajib ditunaikan kerana ia keta’atan kpd Allah dan sesuai dgn syari’at-Nya.
b. Jika tidak berwasiat, ia perlu dilihat siapa yg melakukan ibadah itu. Jika yg melakukan ibadah itu anaknya, maka dibolehkan kerana anak adalah hasil usaha si ayah. Dalil: “bahawa sanya seeorang tidak memperoleh selain apa yg telah diusahakannya.” AQ anNajmi: 39
Dalil Hadis (Muslim dan ashab Sunan),” jika meninggal anak Adam,putuslah segala amalnya kecuali tiga hal: anak soleh yg sentiasa mendo’akannya….”(Fatawa Medina alMunawarrah lil Muhaddith Albani); Fiqh Sunnah, allamah Sayyid Sabiq) WA

lafaz taklik

Assamualaikum
Adakah jatuh lafaz taklik sekiranya suami berkata “…pergilah kahwin dengan orang lain yang setaraf dengan awak”, tapi tidak mempunyai niat untuk menceraikannya?
Wassalam.

jawapan:
Ungkapan suami itu tidak dinamakan taklik tapi lafaz kinayah (ungkapan sindiran) yg memerlukan niat. Jika tidak ada niat talak, maka tidak apa-apa. Adapun lafaz taklik bermaksud lafaz talak yg digantungkan dengan sesuatu, cth: Jika engkau keluar dari rumah ini, jatuhlah talak satu.” Maka jika isterinya keluar dari rumah pada hari itu, maka jatuhlah talak.” Allahu a’alam

OOOO..PAndai ia

Seks Malam Jumaat!


Assalammualaikum…
Ustaz….apakah ada dalil AlQuran atau hadis yang menerangkan hari-hari dan waktu yang disunatkan melayani suami…..Apakah betul suami-isteri tidak digalakkan bersama melainkan malam Isnin, Khamis dan jumaat… juga tidak digalakkan bersama… pada waktu gerhana, malam 15 (bulan penuh)kerana kemungkinan mendapat anak cacat. semoga mendapat penjelasan daripada ustaz… Jazakallah….

jawapan:
Tidak benar.
Urusan seks tidak diperincikan oleh syara’. Dalilnya: alBaqarah: 223 (Isteri2 kamu adalah ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah ladang kamu itu sebagaimana yg engkau sukai..)
Mungkin jika panduan yg terperinci hanyalah petua sahaja dan petua ini mestilah disokong oleh dalil yg qat’iy (putus) untuk sah diterima sebagai syari’at. Myth malam Juma’at adalah suatu metos yg amat popular, di mana disebut sahaja malam Juma’at, semua orang mengaitkan dengan seks. Ini tidak benar. (Ustaz Ali Mahfudz, Sunan wal Mubtadi’at)
Manakala kepercayaan jima’ pada malam gerhana atau malam bulan penuh dan kaitan dengan kacacatan janin, maka itu suatu kepercayaan khurafat yg tiada asalnya (Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam) Allahu a’alam


nk poligami boleh..tp kene la ckup syarat nya..faham ya!!!

A’kum Ustaz,
Di sini ingin saya menyuarakan beberapa soalan. Contoh di dalam satu permasalahan. A (seorang suami), menyatakan pada isterinya (B) untuk berkahwin seorang lagi (C). B amat tidak bersetuju dan menentang habis-habis atas alasan A tidak mampu. A bukanlah seorang suami yang tidak mampu, tetapi dia tidak dapat memberikan kemewahan seperti yang diminta oleh isterinya dalam persepsi orang sekarang. Dan lagi A & C mempunyai sebab yang mewajibkan mereka berdua untuk berkahwin. Kemudian secara senyap-senyap A & C berkahwin. Walaupun telah berkahwin dengan C, A tidak sekalipun mengabaikan B & anak2nya. Dan C redha gilirannya untuk bersama A hanyalah seminggu sekali memandangkan jarak tempat tinggal dan masih dalam keadaan rahsia. Walaupun secara sembunyi, A mampu melayan kedua-dua isterinya dengan baik. Namun belum sampai masa yang sepatutnya, rahsia telah terbongkar. B telah mengetahui rahsia itu. B mengamuk habis-habis dan memberi kata dua kepada A untuk memilih salah satu. Dia tidak rela di madukan. Pun begitu, B lebih mendesak supaya A menceraikan C. B memaki, menghina, menghasut anak2 supaya membenci A. B juga menggunakan kekerasaan yang melampau. A menjadi begitu tertekan. Lantas menceraikan C, sedangkan C tidak bersalah apa-apa dgnnya. Soalan saya:
1. Adakah A dianggap sebagai lelaki yang dayus? Apakah nilai lelaki dayus di sisi Allah.
2. Bagaimana pula kedudukan B, adakah dia berdosa kerana memaksa suaminya menceraikan madunya hanya atas alasan dia tidak mahu bermadu. Apakah hukumnya tindakan B ini.
3. Apakah pula yang patut dilakukan dan hak-hak C dalam hal ini.

jawapan:
Wassalam
Sebelum kita menjatuhkan hukum dayyus kpd lelaki malang itu, saya beranggapan, suami itu (Si A) berada dalam keadaan keliru kerana amalan masyarakat di setengah-tengah tempat seolah-olah memahami kuasa poligami ini berada di tangan isteri. Jika isteri tak beri tandatangan, maka poligami itu tidak sah dan menjadi batal.
Yang sebenarnya: hak poligami itu adalah hak suami. Isteri boleh menghalangnya dengan syarat ia dijadikan syarat aqad nikah, di mana isteri berhak baik secara lisan atau bertulis menghalang suaminya dari berpoligami dan jika suaminya meneruskan juga, maka jatuh talaq. Ini boleh dilakukan sebelum akad nikah dulu dan amalan ini biasa dilakukan di negara-negara teluk (Khaleej) Arab.
Dalam kes di atas, si A boleh berpoligami dan dikehendaki memenuhi syarat-syarat yg telah ditetapkan oleh pendaftar nikah. Keizinan isteri pertama itu menjadi syarat poligami bertujuan menjaga hak isteri pertama. Walaupun syara’ tidak menetapkan syarat ini, tapi ia suatu yg wajar dilakukan kerana menghormati wanita yg juga manusia dan statusnya sama di sisi Islam. Isteri pertama (si B) perlu diberitahu terlebih dahulu supaya dia diberi hak untuk menyuarakan bantahan dan diberi peluang untuk menuntut cerai jika enggan bersetuju. Inilah prosedur yg benar di sisi Islam. Maka perbuatan menikah secara rahsia dari isteri pertama adalah suatu yg tidak baik.
Kita ringkaskan: Suami ada hak penuh untuk berpoligami, tapi sebaiknya dia hendaklah memaklumkan dulu kepada isteri pertama sebagai menghormati hak isteri sebagai muslimah dan manusia yg sama taraf di sisi Allah, hak untuk dimaklumkan dan hak untuk dia menyuarakan bantahan dan memfailkan perceraian kerana tidak setuju dimadukan.
Itulah kedudukan di sisi Islam. Hak isteri pertama dijamin oleh Seksyen 23, Akta keluarga Islam Wilayah Persekutuan, di mana hakim Syari’iy hendaklah dimaklumkan terlebih dauhulu sebelum pernikahan hendaklah dilangsungkan. Hakim akan memaklumkan kepada isteri dan mendengar kes ini dalam mahkamah tertutup untuk melihat kelayakan suami dan bantahan dari pihak isteri. Apa yg dilakukan oleh suami itu adalah lazim dalam masyarakat hari ini yg keliru dengan hukum sebenar poligami dan kuasa poligami itu sebenarnya berada di tangan siapa? (Rujukan: Fiqh Islami)

dye Rambut yea....ish2

Assalamualaikum :
1. Hukum mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang
2. hukum perkahwinan khunsa adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau perempuan.
3. Bagaimana dengan masalah tarjih yang berbeza pada satu-satu masalah. Maksudnya pada satu masalah khilafiah ada beberapa tarjih yang berbeza daripada beberapa pertarjih. Bagaimana boleh berlaku masalah seperti ini.
4. Apakah buku rujukan yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam masalah talfiq dan fiqh muqarran. Kalau boleh pihak Al Ahkam kemukakan bahan rujukan terkini, penulis jurnal dan syarikat yang mencetak.

jawapan:
1. Isu dye rambut yg dibahaskan fuqaha’ ialah apakah boleh mendye rambut yg uban bagi lelaki? Manakala isu mewarnakan rambut bagi orang muda tidak ada perbahasannya kerana ia isu yg baru muncul. Hukum kaum lelaki mewarnakan rambutnya yg uban mengikut jumhur adalah harus asalkan bukan dengan warna hitam. Dalilnya HR alJama’ah dari Jabir ra mengenai larangan Nabi saw supaya Abi Qahafah (ayahnya Abu Bakar ra) tidak didyekan rambutnya dengan warna hitam. Inilah juga pendapat anNawawi. Pendapat jumhur ini disahkan oleh Fatwa alAzhar (S Atiyah Saqr) dan Fatwa Mufti Wilayah (SS Dato’ Hashim Yahaya. Pentahqeeq Nusantara, Prof Hasbi Siddiqiey (Hukum Fiqh Islam Jld 1) berpendapat pendapat yg rajih ialah makruh sahaja hukumnya.
1.b) Apakah boleh isteri dye rambutnya untuk menyukakan suaminya. kebanyakan rumah fatwa mengharuskan asalkan ia diredhai suami dan pewarna itu halal dan tidak menghalang air (Rumah Fatwa alAzhar dan Mufti Wilayah)
1. c) Apakah boleh remaja (anak gadis dan pria) mendye rambut2 mereka dengan pelbagai warna dan menunjukkan kepada masyarakata. Ini suatu perbuatan yg menyalahi illat (sebab) dye rambut yg disebut Nabi saw HR alJama’ah dari Abi Huraira ra,” Orang Yahudi dan nasara tidak dye rambut, maka lainlah dari mereka dan dyelah rambut kamu.” Illat di zaman dulu, dye rambut ini untuk membedzakan dengan seteru ketat orang Islam. Hari ini mereka dye rambut mereka, maka reverse (lawan) kpd perbuatan itu, umat Islam hendaklah tidak mewarnakan rambut mereka. Apatah lagi gadis-gadis Islam yg tidak bertudung dan memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni sungguh telah derhaka dan melampau. Allahu a’alam

2. Perkahwinan khunsa.
Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah dibereskan terlebih berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormone dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.

3. Khilaf dalam tarjeeh.
Ini suatu yg lumrah dalam Islam bahkan di kalangan sahabat sekalipun berlaku khilaf, misalnya Ibn Umar di Medinah, Mu’awiyah di Syria, Ibn Mas’ud di Kufah. Seterusnya di kalangan mujtahid mutlak spt Imam Hanafi, Maliki, Syafi’iy dan Imam Ahmad ibn Hanbal. Bahkan di kalangan sesama madzhab, misalnya dalam madzhab Syafi’iy ada khilaf dikalangan pentarjihnya (Imam Nawawi dan Imam Rafi’iy; Syaikh Rimli di Mesir dan Syaikh Ibn Hajar alHaithami di semenjanjung Arab. Oleh itu ahli tarjih dan ahli tahqiq dalam fiqh muqarran juga berselisih dalam tarjihan mereka dan tahqeeqan mereka kerana mereka adalah manusia biasa dan unsur-unsur yg menimbulkan khilaf ini banyak sekali, antaranya zaman (masa), tempat, ilmu, latarbelakang akademik, pengkhususan (misalnya Qardhawi dan Nasiruddin Albani), Imam Ibn Qayyim kekadang mengeluarkan hukum menyalahi gurunya Ibn Taymiyah. Allahu a’alam (Prof Hasbi Siddiqiey, Pengantar Ilmu Feqah, Pustaka Rizki Putra, Semarang)
4. Sila lihat kembali jawapan kami pada SJ 1641

KEKasih ALLAH swt

Kekasih Allah

Assalammualaikum..
Saya ada sikit persoalan utk akhi2 di al-ahkam…istilah ‘kekasih Allah’ tu hanya digunakan utk para Nabi dan Rasul aje ke?Boleh tak kita rujuk diri kita sbg kekasih Allah?Contohnya macam dalam doa.Saya sedikit musykil sbb saya ada terbaca komen yang menyatakan hanya para Nabi dan Rasul yang boleh digelar sbg kekasih Allah…sekian Wassalam.

jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr irzan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Seorang hamba juga oleh digelar kekasih Allah swt jika Allah swt mencintainya. Hamba Allah swt boleh mengharapkan agar Allah mencintainya dengan melaksanakan syarat2 yang dikehendaki oleh Allah swt, cuma Allah swt sahaja yang boleh mengesahkan cinta tersebut. Firman Allah swt :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal-Imran :31]
Mengikuti sunnah2 Nabi saw merupakan jalan pembukaan Allah swt mencintai seseorang. Seseorang juga digalakkan melakukan ibadat2 sunat. Ibadat2 sunat ini membawa kepada kecintaan kepada Allah swt sebagai sebuah riwayat didalam Hadith Qudsi, Allah berfirman :-
وما زال عبدي يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبَّه
“Hambaku masih menghampiri kepadaKu dengan melakukan amalan sunat (nawaafil) sehingga aku mencintainya”
Untuk seseorang itu dikurniakan kecintaan Allah swt, dia juga hendaklah mencintai sesama Islam, menghulurkan bantuan kepada mereka dsb. Sabda Nabi saw, bahawa Allah berfirman :-
حقَّت محبتي للمتحابين فيَّ ، وحقت محبتي للمتزاورين فيَّ ، وحقت محبتي للمتباذلين فيَّ ، وحقت محبتي للمتواصلين فيَّ
“Cintaku dijamin bagi dua orang yang mencintai satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menziarahi satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menhubungkan silatulrahim keranaKu” [Hadith diRiwayatkan oleh Ahmad, 4/236, dan hadith dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib].
Kesimpulannya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt dengan mentaati suruhannya dan sunnah2 Nabi saw, melakukan banyak amalan2 sunat, mencintai sesama orang Islam dsb. Insyaallah, dengan izinnya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt.
——————

Mengenai Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah swt; terdapat ulama’ mengatakan bahawa pada hakikatnya, ia lebih daripada cinta. Ulama’ menganggap bahawa gelaran “Rakan Karib Allah” lebih utama dari “Kekasih Allah”. Ini telah dibincangkan oleh beberapa ulama’, contohnya Majmu’ Fataawa Ibn Taimiyah (10/204) dan Rawdat al-Muhibbiin karangan Ibn Qayyim (1/49). Ibn Qayyim mengatakan bahawa “Cinta” itu umum akan tetapi “Rakan Karib” itu lebih khusus. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh :-
النبي صلى الله عليه وسلم حبيب الله لا شك فهو حاب لله ومحبوب لله ، ولكن هناك وصف أعلى من ذلك وهو خليل لله ، فالرسول صلى الله عليه وسلم خليل الله كما قال صلى الله عليه وسلم : ” إن الله اتخذني خليلاً كما اتخذ إبراهيم خليلاً ” رواه مسلم ( 532 ) . والخلة هي كمال المحبة .
“Nabi saw tidak syak lagi adalah kekasih Allah, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya. Akan tetapi disana ada diskripsi yang lebih tinggi daripada itu itu Khalillullah (Rakan Karib Allah), maka Rasulullah saw adalah Khalillullah sebagaimana sabda baginda saw :’Sesungguhnya Allah telah mengambilKu sebagai Rakan Karibnya sebagaimana mana Nabi Ibrahim Rakan Karibnya” [Hadith riwayat Muslim #532]. Rakan Karib adalah lebih sempurna dari kekasih” [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin, 1/319].
Kata Syeikh Utsaimin rh lagi :
وهذا أعلى من قولنا : حبيب الله لأنه متضمن للمحبة ، وزيادة لأنه غاية المحبة
“Dan ini lebih baik dari berkata : Kekasih Allah kerana sesungguhnya (Rakan Karib) ia memasukkan (include) cinta, dan lebih, kerana ia merupakan matlamat cinta”
—————-
Kesimpulannya, orang Islam yang mukmin boleh berharap (berdo’a) menjadi kekasih Allah dengan melaksana perkara2 yang menyebabkan Allah cinta kepadanya. Akan tetapi gelaran Khalillullah hanya dikhususkan kepada Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw. Wallahu A'lam
wassalam

tertibNya solat..IndahNya solat!!!

Tertib Bacaan Surah Ketika Solat


tertib bacaan surah ketika solat
salam kepada semua…
surah lepas fatihah dalam solat, kenapa kita kena baca ikut tertib kalau ikut quran dari kanan ke kiri. contohnya rakaat pertama baca surah qulhuallahu ahad. jadi rakaat kedua, kena baca surah al-falaq, atau an-naas. x bleh baca surah al-kafirun atau yg sebelumnya.
apakah hukum kalau kita buat sebaliknya? status solat?
trma kasih. wassalam
jawapan:
wa’alaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Ulama’ khilaf mengenai susunan surah didalam al-Quran. Beberapa mushaf mempunyai aturan surah yang sedkit berbeza, contohnya Mushaf Ibn Mas’ud ra.
Mengenai aturan surah didalam solat, berikut adalah beberapa dalil bahawa membolehkan membaca surah tidak menurut susunannya.
a. Terdapatnya dalil dari Hudhaifah ra. yang pernah bersolat dengan Nabi , dimana baginda membaca al-Fatihah, diikuti dengan surah al-Baqarah, di ikuti dengan surah al-Nisaa’ , dan barulah surah Aal ‘Imran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim (# 772).
Didalam mensyarahkan hadith ini, Imam Nawawi memetik kata2 Qadi Ayyad : larangan salaf membaca al-Quran terbalik ditafsirkan sebagai mereka yang membaca dari hujung surah ke awal surah, dan bukannya aturan surah, yang merupakan permasalahan ijtihad.
b. Telah diriwayatkan oleh Anas ibn Malik ra., terdapat seorang lelaki dikalangan Ansar yang menjadi Imam di Masjid Quba, yang membaca surah al-Ikhlas pada 2 rakaat pertama solatnya. Apabila ditanya oleh baginda , dia menjawab “Aku mencintainya”. Maka Baginda pun berkata :
حبك إياها أدخلك الجنة
“Cinta kamu membenarkan kamu memasuki Syurga” [Hadith riwayat al-Bukhari secara mu'allaq].
c. Para sahabat juga pernah membaca ayat tidak mengikut susunan. Al-Ahnaf pernah membaca dalam rakaat pertama al-Kahf, dan surah Yusuf atau Yunus dalam rakaat kedua, dan beliau mengatakan bahawa dia pernah bersolat dibelakang Umar ra. dan beliau melakukan bacaan yang sama [berkata al-Bukhari).
Kesimpulannya, tidak ada masalah jika surah yang dibacakan terbalik dan solat tersebut sah. WA.
Sekian, wassalam

aurat wanita

BATASAN AURAT BAGI WANITA
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
[Syaikh Masyhur Hasan Salman -hafizhahullah-)
Pertaanyaan:
Apa batasan aurat bagi wanita terhadap wanita lain dan juga terhadap
mahramnya?
Jawapan:
Apa yang difahami kebanyakan orang bahawa aurat wanita terhadap wanita lain dan juga mahramnya adalah yang antara pusat dan lutut, merupakan perkara yang keliru. Yang benar adalah sebagaimana yang Allah sebutkan di dalam surah An-Nur: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya & janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka…” kemudian disebutkan sesiapa sahaja yang menjadi mahramnya. Nah
berdasarkan ayat ini, dibolehkan bagi wanita untuk memperlihatkan anggota badannya yang boleh diletakkan perhiasan baik kepada mahramnya ataupun kepada sesama kaum wanita. Adapun anggota badan yang tidak biasa diletakkan perhiasan maka tidak boleh diperlihatkan kecuali kepada suami. Hal ini didasari oleh keumuman hadits: “Sesungguhnya wanita itu aurat.”
Rambut misalnya, rambut boleh dipasangi perhiasan sehingga boleh diperlihatkan. Demikian juga leher ke atas biasa dipasangi perhiasan sehingga boleh diperlihatkan. Juga tangan dan bahagian bawah betis (pergelangan kaki) juga
biasa dipasangi perhiasan sehingga boleh ditampakkan. Adapun menampakkan paha, buah dada, punggung dan semisalnya baik kepada sesama wanita ataupun mahramnya, hukumnya haram.
Demikian juga tidak diperbolehkan mengenakan pakaian yang menampakkan bentuk anggota tubuhnya  di hadapan mahramnya seperti seluar panjang yang ketat atau pakaian yang tipis. Ini semua haram hukumnya. Namun boleh baginya
melakukan hal itu di hadapan mahramnya ketika melakukan pekerjaan rumah apabila dia membalutkan kain atau mengenakan pakaian panjang yang menutupi seluarnya itu sampai kedua lututnya.
Apabila dia ingin menyusui puteranya, maka dekatkan si anak ke teteknya di balik tudungnya/kain penutup dan jangan dia tampakkan buah dadanya di hadapan ayahnya atau saudara lelakinya. Inilah rasa malu yang seharusnya dipegang teguh oleh setiap wanita

cara MenUnAIKAN soLAt TuabAt

 Assalamu’alaikum Wr.Wb.
Barangkali ada diantara ikhwan dan akhwat yang mengetahui tentang tata cara sholat taubat beserta dengan do’a nya.
Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
jawapan:
Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh,
Tatacara shalat taubat sama dengan shalat sunnah yang lain, yang membezakan hanyalah niatnya.  Jadi jika seseorang melakukan perbuatan dosa maka disunnahkan untuk segera melakukan shalat taubat dan berdoa meminta ampun kepada Allah Ta’ala.  Semoga tulisan berikut dapat bermanfaat.
Shalat Taubat

Allah Ta’ala berfirman,
Dan (juga) orang – orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa – dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (QS. Ali Imran : 135)
Sudah sepatutnya bagi seorang muslim untuk sentiasa berusaha bertakwa kepada Allah Ta’ala, juga selalu merasa dalam pengawasan-Nya, serta tidak terjerumus ke dalam maksiat. Jika pun seorang muslim berbuat dosa, maka sudah menjadi kewajipan baginya untuk segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah Ta’ala. Dan Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam telah mensyari’atkan shalat ini ketika saat bertaubat.

Dari Ali radhiyallaHu ‘anHu, bahawa Rasulullah ShallallaHu alaiHi wa sallam bersabda,

Tidaklah seseorang melakukan perbuatan dosa lalu dia bangun dan bersuci, kemudian mengerjakan shalat, dan setelah itu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan memberikan keampunan kepadanya” (HR. At Tirmidzi no. 406, lafazh ini miliknya, Abu Dawud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395 dan lainnya, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam Shahih Sunan At Tirmidzi I/128)
Berikut beberapa doa mohon ampunan kepada Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah shalat :
Rabbanaa dzalamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa war hamnaa lakuunanna minal khaasiriin” yang ertinya “Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi” (QS Al A’raaf : 23)

AllaHumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim” yang artinya “Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (HR. Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)
Maraji’ :
Meneladani Shalat – shalat Sunnah Rasulullah, Syaikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul, Pustaka Imam Syafi’i, Bogor, Cetakan Kedua, Rabiul Awal 1425 H/ April 2004.

gambar keksh

Gambar Kekasih



Diharapkan panel di sini sudi menjawab. Apakah hukum merenung gambar kekasih dgn perasaan rindu dan sayang :love sedangkan pemakaiannya di dalam gambar adalah sopan/menutup aurat? Adakah ianya juga dilarang? Diharap panel di sini dapat memberikan jawapannya. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.

jawapan:

Jawab:
Islam tidak melarang cinta dan kasihsayang. “Dijadikan indah pada manusia kecintaan pada apa-apa yg diingininya yaitu perempuan..” Ali Imran: 14
Walaupun Islam tidak menghalangnya, tapi Islam memantau dan membuat pagar-pagar cinta agar tidak menjerumuskan pasangan itu pada kecelakaan.
perihal memandang pasangan masing2, ia disuruh oleh agama.
HR Bukhari-Muslim dari alMughirah ra, ” adakah kamu melihat (bakal tunang kamu)? jawab alMughira,” Belum.” Sabda Nabi saw,” Lihatlah perempuan itu kerana dgn melihat membuka jalan kasihsayang antara kamu.”
melihat berulang kali itu pulak ditegah: HR Abu Daud dan atTermidhi dari Ali ra,” Wahai Ali, janganlah kamu susuli pandangan pertama dgn pandangan yg seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama adalah milik kamu, tapi pandangan kali kedua bukan lagi milik kamu.” WA

kuatkan dr kalian..ayuhhh!!!!baNgKiTLAHHH..whai anak2 ku...dan shabt2...MARI

NAK BUAT SSTU PERKARA NIE KITA KENA LA IKHLAS ...JGN laa..ASYIK NK UNGKIT2 JEW,,,tak baik tau..kata org..heheheh...kita lau nk ganjaran tu biar la ALlah Yang bg..bukan mnghrpkan pujian... xkemana pun dgn pujian tu. lau slh gunakan...

REMAja!remaja! kini dan selamanya

apa isitilah remaja bg kita
 bagaimana pula dgn istilah belia pula
aduh pening nya...kita remaja k belia????
hahahah...mst ada yg kebinggugan.hahah...tak th status kita nie apa
jommm...kita tgk kan video ini...
apakah kalian inginkan kebebasan dlm khdupan sama mcm org lain tanpa berlandaskan islam...
kalian inignkan apa sebenarnya..
bagitahu kpd dr anda....
begitu jugalah hati anda yg ingn mmbrontak..
belajar byk bersbar..wahai shbtku kalian...
jgn ikut syaitan yg mnjd duri kpd hati kita supaya mmbnci pd kbaikan...
kshn lah pd dr kalian...kalian pwaris bngsa dan negara mlysia 1 hari nnt..
adakah kalian ingnkan kehncuran negara dgn prbuatan sndr..masyAllah...