Isnin, 31 Januari 2011

..alahai...nk masak...jom layaN sekitiKa>>>>

  • ntuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

syukur ALhmdlh!!Msh bernafas di Bumi ALlah s.w.t


Cara Makan Mengkikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalahkerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garamjuga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita  senang memproseskan makanan itu.
Anda mungkin juga meminati:

BIJAK



Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.
Pembuangan bayi semakin mendapat perhatian serius daripada masyarakat. Dalam sesi parlimen baru-baru ini (29 Jun 2010), YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu mengemukakan soalan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, Dan Masyarakat mengenai isu ini dan mendapat jawapan bertulis daripada pihak kementerian. Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah:

(a) Berapakah kes pembuangan bayi daripada tahun 2005 – 2009 dan tindakan pihak Kementerian ke atas ibu bapa yang dikenal pasti terlibat dalam pembangunan bayi dan

(b) apakah tindakan lanjut yang diambil oleh pihak Kementerian terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi.

Untuk soalan pertama, mengikut statistic Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kes pembuangan bayi mengikut negeri dari tahun 2005 hingga 2009 adalah sebanyak 407 kes. Negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 105 kes diikuti oleh Johor dengan 83 kes dan Sabah dengan 65 kes manakala Perlis mencatatkan jumlah kes terendah dengan 1 kes diikuti oleh Kuala Lumpur dan Melaka dengan 2 dan 3 kes masing-masing.

Di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 317, ibu bapa yang terlibat melakukan pembuangan bayi boleh didakwa dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 7 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-dua dan Seksyen 318 Kanun yang sama juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau dengan keduanya sekali bagi kesalahan membuang bayi yang telah mati.

Dalam soalan kedua, pihak kementerian menyatakan pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berperanan untuk menyelamat dan member perlindungan kepada bayi dibuang yang didapati masih hidup termasuklah melalui penyediaan tempat-tempat perlindungan kepada bayi-bayi tersebut. Kementerian mempunyai 55 buah institusi kebajikan, 104 buah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan 55 buah Klinik Nur Sejahtera yang bersedia menerima bayi-bayi tersebut yang memerlukan perlindungan. Selain itu, tindakan lanjut yang diambil oleh JKM terhadap bayi-bayi yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 melalui Program Anak Pelihara.

Megikut kementerian, bayi yang tidak dituntut oleh ibu bapa akan ditawarkan untuk dijadikan anak pelihara kepada pemohon yang memohon anak pelihara. Tawaran akan dibuat bagi mereka yang benar-benar layak dan dapat member penjagaan dan perlindungan yang terbaik kepada kanak-kanak serta berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM. Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan ibu bapa pelihara perlu memelihara kanak-kanak bagi tempoh dua tahun sebelum bayi dijadikan anak angkat sekiranya pemohon ingin berbuat demikian. Status anak pelihara akan kekal sekiranya ibu bapa pelihara enggan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat. Proses permohonan dan kelulusan untuk menjadikan kanak-kanak sebagai anak angkat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Selain itu, kerjasama dengan NGO juga diwujudkan untuk menempatkan kanak-kanak yang berusia 2 hingga 12 tahun melalui Program Anak Pelihara. Pemantauan sentiasa dijalankan oleh JKM sama ada urusan penyerahan kanak-kanak tersebut dilaksanakan oleh JKM sendiri mahupun NGO untuk memastikan kanak-kanak diberi penjagaan dan perlindungan selaras dengan ketetapan Konvensyen Bagi Hak Kanak-kanak

sentUhan Jiwa SEorANAg ANAK

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.",sambungnya."Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah

darurat bErubat

pills1Daruratnya berubat, iaitu ketergantungan sembuhnya suatu penyakit pada memakan sesuatu dari barang-barang yang diharamkan itu. Dalam hal ini para ulama fiqih berbeza pendapat. Di antara mereka ada yang berpendapat, berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat memaksa seperti halnya makan.
Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadis Nabi yang mengatakan: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)
Sementara mereka ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggapnya berubat itu seperti makan, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan kelangsungan hidup. Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan haram kerana berubat yang sangat memaksakan itu, ialah hadis Nabi yang sehubungan dengan perkenan beliau untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam yang justru kerana penyakit yang diderita oleh kedua orang tersebut, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah terlarang dan diancam.
 Barangkali pendapat inilah yang lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundang-undangan dan rekomendasinya.
Read the rest of this entry »

Ahad, 30 Januari 2011

kala HuJAN mendtng...!!! kala RIbUT TAufan menanti....Renungan brsama?

TERTEKAN DENGAN SITUASI RUMAHTANGGA ANDA ?

Krisis atau masalah dalam hidup lebih-lebih lagi dalam alam rumahtangga pasti tidak akan pernah berakhir. Di sini saya kongsikan rahsia untuk  menjadikan kepahitan yang anda rasai selama ini kepada suatu kemanisan dalam mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan…
Daripada: Fatimah Sham Idris
Tarikh: Rabu, 12 Ogos, 2009
RE: Jalan keluar kepada permasalahan rumahtangga anda!

Adakah anda sentiasa dalam keadaan marah, sedih, kecewa dan dukacita dengan kehidupan rumahtangga yang anda jalani? Sentiasa berselisih faham dengan pasangan walaupun hanya melibatkan hal kecil dan remeh-temeh? Sentiasa tertekan dengan sikap pasangan yang seolah-olah tidak memahami diri anda?
Sering beranggapan bahawa jodoh yang Tuhan telah beri adalah salah dan bukan yang terbaik untuk anda?
Teruskan membaca kerana saya akan tunjukkan anda jalan keluarnya…
 
Statistik di atas cukup menakutkan walaupun kadar perceraian yang dipaparkan hanya di negeri Johor. Inilah lumrah rumahtangga masyarakat Islam pada hari ini. Ini tidak termasuk mereka yang sedang mengikuti terapi kaunseling atau yang sudah tinggal berjauhan. Tidak termasuk juga mereka yang sedang bermain kayu tiga.

Rumahtangga berpecah-belah, keluarga berpisah, semua itu sudah menjadi kebiasaan hari ini. Setiap hari, ada sahaja suami yang melafazkan talak. Setiap hari juga, dianggarkan sebanyak 56 pasangan memfailkan perceraian.

Keadaan rumahtangga pada akhir zaman ini nampaknya begitu rapuh ibarat ranting kayu yang menunggu untuk gugur ke bumi. Semua ini salah siapa? Tepuk dada, tanya iman

Sebab Utama Berlaku Penceraian.

Menurut JAKIM, faktor utama perceraian berlaku di kalangan pasangan Islam adalah salah faham yang tercetus di mana hal yang kecil dan remeh dibiarkan menjadi hal yang besar dan berlarutan sehingga menyebabkan pertengkaran.

Namun sebenarnya bukan itu sahaja, perasaan ego, tidak mahu mengaku kalah dan beranggapan diri di pihak yang betul adalah juga penyumbang keruntuhan sesebuah rumahtangga.

Memang tidak dapat dinafikan semasa bercinta dahulu, segalanya indah. Yang pahit dirasa manis, yang jelek dilihat cantik. Makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi pun tak basah. Sehari tak jumpa, dirasakan bagai setahun. Begitulah perumpamaan yang diberikan kepada orang yang dilanda tsunami cinta. Segala yang terbayang hanyalah keindahan…

Itu dahulu, sebelum berkahwin… Kini, apabila sudah tinggal sebumbung, serumah, orang yang dahulu adalah orang yang tersayang kini bertukar menjadi jembalang di depan mata, perasaan cinta pun dah melayang. Yang ada hanyalah perasaan menyampah. Cinta dan sayang entah ke mana…

Situasi ini mungkin setiap orang pernah alami lebih-lebih lagi jika berlaku perselisihan atau pertengkaran dalam rumahtangga. Keadaan boleh menjadi lebih parah apabila hal ini dibiarkan berterusan dan salah seorang tidak mahu mengaku kalah. Inilah juga yang boleh menjadi faktor kehancuran mahligai yang telah dibina.

Semua ini adalah asam garam hidup berumahtangga. Bak kata pepatah, “Bumi mana tidak ditimpa hujan, pokok mana tidak bergoyang.”

Pasangan yang sentiasa mempamerkan kebahagiaan dan keharmonian juga pasti pernah dilanda saat-saat getir dan genting.                                  

Seperti anda, rumahtangga saya juga tak lepas dihujani batu-batu yang kadang-kadang kecil dan kadang-kala besar, sehingga jika boleh dilihat rumah saya yang tak bertangga ini‘bocor’ sana-sini.

Sebagai manusia biasa, saya juga sentiasa dirundung perasaan hampa, kesal dan berdukalara jika konflik menimpa. Sebagai wanita yang sememangnya dijadikan Tuhan dengan hati yang lembut dan halus, saya sering menitiskan air mata walaupun dihadapan orang lain saya sentiasa tersenyum. Saya cuba sembunyikan lara di hati sebaik mungkin daripada ‘dihidu’ orang lain.

Suatu hari saya kuatkan semangat dan berkata pada diri sendiri, “ Kenapa aku harus bersedih? Jika ditakdirkan Tuhan aku hidup lagi 20 tahun, perlukah selama 20 tahun itu aku hidup dalam kedukaan sedangkan ramai orang di luar sana yang nasibnya lebih teruk dari aku?

Kenapa tidak aku gunakan sisa-sisa 20 tahun itu untuk  menghargai nikmat yang Tuhan beri ini sebaiknya?”

Mungkin saat ini anda membenci suami atau isteri atas sikapnya yang tidak menyenangkan hati anda. Namun ingatlah, berapa tahunkah lagi sisa-sisa hidup anda bersamanya? Mungkin esok atau lusa, dia atau anda yang akan pergi dahulu untuk selamanya..

Dan pada saat itulah anda mengenang dan merindui dirinya termasuklah sikapnya yang tidak menyenangkan anda itu.
                                                                 

CIPTAKANLAH KEBAHAGIAAN ITU SEBELUM ANDA KEHILANGANNYA…


Saya sering menitiskan air mata apabila membaca kisah wanita yang kehilangan suami sedangkan mereka baru menghabiskan masa bersama. Kebaikan suami seperti rajin membantu membuat kerja rumah, hanya tinggal kenangan…

Bagaimana jika ia berlaku kepada anda? Mungkin sikap suami atau isteri yang anda benci itu akhirnya menjadi kenangan terindah dalam hidup.

Mungkin ada yang berkata, kalau suami tu perangainya macam setan buat apa nak dikenang? Lebih baik tak ada depan mata, menyakitkan hati je.

Namun saya percaya, sebenarnya jauh di sudut hati, kita begitu menyayangi dan berharap sepenuhnya agar dia juga menyayangi kita. Sebagai manusia biasa, sudah lumrah untuk hati kita berasa kasih dan kasihan lebih-lebih lagi kepada insan yang pernah kita cintai dan sayangi.

Mengapa tidak kita jadikan harapan itu satu kenyataan?

Pengalaman setiap orang adalah berbeza, begitu juga pengalaman anda dan saya dalam alam rumahtangga.

Namun kita boleh menghadapinya dalam keadaan yang sama.

Setiap penyakit ada ubat yang Tuhan turunkan begitu juga setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Lebih molek memohon kepada Tuhan agar memberi jalan keluar kepada setiap permasalahan dan berusaha, daripada berpecah-belah dan bercerai.

Kini, saya tidak lagi berendam air mata kerana “luka” dalam hati sudah ada penawarnya. Dengan penawar ini, saya benar-benar berasa amat tenang dan mampu tersenyum walaupun makhluk halus yang bergelar sedih, kecewa dan pelbagai lagi perasaan negatif cuba bersarang di hati. Dengan izin Tuhan segalanya dapat ditepis sehingga saya seolah-olah memegang sebuah trofi kemenangan atas kejayaan melawan anasir-anasir jahat ini.

BAHAGIA DAN DUKA ITU RUPANYA PERMAINAN DIRI SENDIRI

Dan kini juga baru saya tahu rupa-rupanya segalanya adalah berpunca daripada diri saya sendiri. Saya sendiri yang mencipta dukalara dan tangisan itu. Bermakna, hanya saya sendiri yang boleh mencipta bahagia. Bahagia dalaman dan luaran.

Dulu,  saya sering menuding jari kepada suami menyalahkan beliau atas segala konflik yang melanda. Saya sering nampak kekurangannya sedangkan kekurangan diri sendiri saya tidak akui.

Anda mungkin sering mengagumi pasangan romantik yang berjalan berpegangan tangan, dan berkata sendirian, “Alangkah bahagianya mereka, tapi aku…? Dah nasib badan..”

Ingatlah, setiap anugerah Tuhan itu adalah yang terbaik bagi anda, cuma terpulang pada anda menjadikannya baik atau sebaliknya.

Dengan menghayati segala panduan di dalam ebook ini, anda akan mengetahui hikmah dan ‘motif’ disebalik setiap kejadian yang menimpa. Segala persoalan yang bersarang di hati anda juga akan  terjawab.

Jadi, adakah anda ingin terus dirundung kekecewaan dan kesedihan dengan keadaan mahligai anda itu? Anda boleh ‘menelan’ semuanya walaupun pahit jika anda mahu

INILAH YANG ANDA PERLUKAN SEKARANG!

"Rumahtanggaku Aroma Syurga"

Di dalam panduan ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai…
  • Tanggungjawab kita  sebagai isteri yang kadangkala kita pandang remeh sedangkan elemen ini amat penting bagi seorang suami. Kehilangan elemen ini boleh menyebabkan suami beralih arah. Perkara remeh ini juga boleh menyebabkan keruntuhan rumahtangga. Jawapannya akan membuat anda terdiam.
  • Mengapa lelaki curang
  • Apa yang wanita perlu ada untuk membuatkan suami terus setia (walaupun dia memang setia sekarang)
  • Satu perkara yang anda mesti buat untuk mendapat kebahagiaan
  • Bagaimana membentuk pesona diri dan membuat suami mengagumi anda. Ciri-ciri ini harus dimiliki setiap wanita lebih-lebih lagi yang sudah bergelar isteri dan ibu. Suami pasti mengagumi anda dengan adab-adab ini.
  • Anda mungkin seorang suami dan ayah yang dayus…
  • Peringatan tentang tanggungjawab sebagai suami dimana pada zaman ini begitu jarang diamalkan. Amalan-amalan ini sudah tidak menjadi keutamaan sedangkan inilah yang memberi kekuatan kepada sesebuah rumahtangga. Wahai suami, ini amat penting untukmu.
  • Membongkar ilusi-ilusi yang mungkin selama ini dalam benak fikiran kita dan melihat sejauh mana kebenarannya.
  • Pembinaan kekuatan dalaman yang merupakan senjata yang ampuh sehingga apa saja yang berlaku, anda pasti menerimanya dengan penuh keterbukaan dan dengan hati yang tenang.
  • Petua-petua melembutkan hati pasangan. Amalkan dengan penuh keikhlasan, kasih sayang dan tidak putus asa, insyaAllah pasti rumahtangga anda menjadi seperti yang anda impikan selama ini.
  • Petua-petua untuk cantik melebihi kecantikan bidadari.
  • Petua-petua menjadikan diri anda sebagai lelaki yang keistimewaannya adalah melebihi seorang raja di dunia ini.
  • Kisah menyayat hati yang berlaku kepada seorang isteri (sehingga boleh menyebabkan anda menangis)
Saya namakan ebook ini Rumahtanggaku Aroma Syurga kerana isi kandungannya adalah panduan yang boleh dijadikan tiket untuk kita menempah syurga yang telah dijanjikan bagi orang yang sabar. Amalan-amalan ikhlas kita dalam rumahtangga adalah jaminan untuk kita menghirup aroma syurga Allah. InsyaAllah.. Ini adalah realiti kehidupan. Kita harus menerima hakikat bahawa hanya dua tempat kembali kita di sana nanti. Terpulang kepada kita untuk memilih tempat itu. Khusus kepada para isteri dan wanita, ini adalah panduan terbaik buat anda. Dengan menghayati ebook ini, anda akan mengetahui bahawa betapa bertuahnya kita.

bulan 1 akan berakhir mlm ni..mnyusul pula blan 2 esok

syaban hari ana mnghitung hari...
melihat anak2 muda berpeleseran nun jauh disana..
apa yg mereka lakukan wktu ketika ini ya...
adakah mereka berada dlm keadaan sht?xsht?atau bgaimana??
ana gembira mlht anak2 muda yg sngup berkorban demi mngubah nsb mereka ntk dewasa klak
aduh!terasa dr ana ini mcm tu..ana pon ingn ubah hdp ana...=)..tiada siapa yg dpt ubah hidup kita nie tau..kalau bkn kita adik2,shbt2..

xkkan kawan2 kita plk yg nk tolong ubh hdup kita...dia siapa...dia pon xmmpu nk ubh hdp dia...nk ubh hidup org...tp kalian jgn slah fahmm..kawan2 ni ada yg positif ikhlas nk bntu kita..dia hnya mmpu beri kita pndpt dan jalan..lps tu terpulang pd kita ntk ubh nya..dan mngambil tindakn...
carila mereka(kawan) yang baik..yg dpt tolong kita kmudian hari..
sepanjgn bln 1 januari ini..mcm2 ana lht perangai kawan2 ana,haha.kelakr rasanya..ada yg malu..ada yg tak th malu..bgtula resam pabila berkwan..bergelak ktwa...ngs xsama2 plk tu..hahahah..klkr btol..tu k kawan..
ana tak th..kalain fikir lah...
kalian rasa umur kalian smkin tua k atau smkin muda...??/
jka hati muda alhmdlh...heheh..harap2 fhm la yea..heheh...
jika kalian dan ana sndr rasakan dr kita ni smkin tua..cuba kita sama2 renung...msh ckup k bekalan ntk dibawa keakhrt kelak..apa yg aku ingn bekal kan pada anak2 ku nnt..dan mcm2...
subhanaAllah...rupa2nya mash ada lg yg tak ckup...
jdnya..kita sama2 la mngktkan ketaqwaan kita kpd Nya...
mudah-mudahan kita dlm rahmatNya..
hayatilah lagu ni buat tatapan kalian...

bestnya jika ada masalah...masalah dtg pon O.K

KALIAN Beruntug tau sbnrnya jika difikirkan blik../??kerana apa...
kalian smua adalah mnusia,hmba ALLAH,khlifah di atas muka bumi ini..btol k tdk???
apa yg kalian lakukan kat atas muka bumi ini..beribadah atau mnghncurkan alam ini?FIKIRLAH..
smua ni masalahkan..buat ini buat itu smua nya masalh..=)
kalian rasa sukar ntk bergerak kan kerana smua org nmpk apa yag anda buat..btol k tdk??
anda sndr ridk selesakan???
sbenrnya ada mslah pon ok tau..jgn tak th..heheh..UNTUNG2
kerana apa...sbb kita nie adalah golongan org2 yg berilmu.beriman,bertaqwa .....
poblm xkn lari dlm khpdn kita seharian...hari2 ada j poblm dtg..smpaikan ada yg stress,darah tinggi,kena serangn jntg ditempt kerja...masyaAllah..gerun juga ana dgrnya,,,
maslh yg tmbul adalah 1 proses ntk kita mningti ALLAH S.W.T..btol k x??
tidak kira dlm apa jua keadaan..kita kene ingt Allah..kerana apa Dialah yg Maha Kuasa.xkira sng atau sush bertasbihlah kpd Nya...ucapkan syukur alhmdlh pon dh kira 1 pahala..
ganjaran nya terlampau byk...syafaat diakhrt kelak....kebanyakkan org tak kira pmpn k laki k sma j..mengeluh mcm2...kerja bkn kualiti pon...hahaha..btol k tdk?itulah maslah jugak kan...hahahha,.apa yg bkn mslaah nye...haaaa..jeng2.....jom ikuti langkah sy...............


1)slps bgn dr tidur kita berslwt kpd Allah dan Rasul
2)jika ingn mndi basahkn dr kaki hingga k atas.
3)sntiasa ceria ditmpt krj..
4)amalkan minuman madu setiap pg..
5)yakin pd dr sndr yg anda mmg hbt...
 

kekejaman Smpai bIla Kan Terus bErLAku!!!!ALLAHUAKBAR..MARILAH KITA SAMA2 UCAPKAN TAKBIR!!!ALLAHUKABAR..SELAMATKAN LA UMAT ISLAM

Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan. HAMAS menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia selepas Israel serang konvoi GAZA.
aljazeera5 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
Perasaan bercampur baur semasa ingin mengeluar berita ini. Perasaan geram dan sedih dengan nasib yang menimpa konvoi GAZA yang telah diserang oleh tentera ISRAEL LAKNATULLAH. Mari sama-sama kita doakan semoga mereka terus diberikan kekuatan dan semangat  bagi berhadapan sebarang cubaan menggagalkan misi bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Angka kematian setakat ini terus meningkat kepada 20 orang (menurut PRESS TV)
aljazeera (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
Paparan Video daripada PressTV tentang rangkuman dan laporan penuh tentang serangan tentera Israel terhadap konvoi bantuan ke GAZA
Begitu berani tentera Israel serang konvoi bantuan GAZA melalui perairan antarabangsa.
aljazeera2 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
Tentera Israel berada di atas sebuah kapal tentera di perairan antarabangsa lepas pantai Gaza yang mengelilingi sebuah kapal Turki membawa bantuan ke Gaza
LIVE UPDATE : Berita Israel LAKNATULLAH serang Konvoi GAZA :
aljazeera10 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
konvoi24 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
  • [12 :00 pm] Iran menyatakan kesediaan untuk mengiringi konvoi misi kemanusiaan ke Gaza jika mendapat arahan untuk berbuat demikian
  • [7 JUN 2010]  Semua 19 aktivis yang berada di atas Rachel Corrie ketika ditawan tidak diapa-apakan oleh tentera Israel. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. (Berita Harian)
  • [6 JUN 2010] Tentera Israel menawan kapal Rachel Corrie yang sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusia rakyat Palestin. Kapal kapal Rachel Corrie membawa bantuan kemausiaan seberat 1,500 tan dan anggota misi bantuan termasuk enam rakyat Malaysia yang terdiri daripada wartawan serta jurugambar TV3 dan selebihnya dari Ireland. Kapal Rachel Corrie tersebut dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
  • (3.00 pm) Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza menyertai misi kemanusiaan kelmarin telah tiba dengan selamat di Jordan
  • (12.00 pm, 2 JUN 2010) Syukur………Akhirnya Rejim Zionis LAKNATULLAH, yang menghadapi tekanan antarabangsa berhubung serangan  tentera ISRAEL ke atas KONVOI BANTUAN GAZA, Isnin lalu bersetuju membebaskan semua tawanannya dari kapal Mavi Marmara, termasuk 12 rakyat Malaysia. Menurut laporan Reuters, rejim Yahudi itu dijangka menghalau semua 682 aktivis pro-Palestin yang ditawan itu, membabitkan 35 negara.
  • Jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semua tahan akan diusir secepat mungkin dan rejim Zionis itu berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh 48 jam ini. Sementara itu, AFP melaporkan kira-kira 50 aktivis Turki yang ditahan dalam serbuan tentera Israel itu mula dibebaskan dari penjara, hari ini. Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.
  • (08:30 malam, 1 JUN 2010) Alhamdulillah, kesemua 12 orang warganegara Malaysia termasuk wakil media yang menaiki kapal Mavi Marmara (MV Marmara) yang mengalami serangan tentera ISRAEL dilaporkan berada dalam keadaan selamat, tanpa mengalami sebarang kecederaan dan kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua mereka yang terlibat dengan segera. (Pengesahan Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman)
  • Senarai nama rakyat Malaysia yang terlibat konvoi untuk misi bantuan kemanusian ke GAZA (di atas kapal mavi marmara) ialah :
  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, (ketua misi – HALUAN Palestin)
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, (HALUAN Palestin)
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, (HALUAN Palestin)
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, (HALUAN Palestin)
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang (HALUANPalestin)
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus (aqsa syarif)
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias (naib presiden yayasan amal malaysia)
  8. Dr Selamat bin Aliman (jemaah islah malaysia)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan (muslim care)
  10. Mustafa bin Mansur (mapim)
  11. Ashwat bin Ismail (wartawan astro awani)
  12. Shamsul Kamal Latif (jurukamera astro awani)
  • Senarai nama rakyat Malaysia yang terlibat konvoi untuk misi bantuan kemanusian ke GAZA (di atas kapal utama Rachel Corie) ialah :
  1. Shamsul Akmar Musa Kamal
  2. Matthias Chang (wakil perdana global peace organisation dan bekas setiausaha politik tun dr. mahathir)
  3. Ahmad Faizal Azumu (wakil perdana global peace organisation)
  4. Mohd Nizar Zakaria (ahli parlimen kawasan parit)
  5. Halim Mohame (wartawan tv3)
  6. Mohd Jufri Judin (jurukamera tv3)
  • Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki “Mavi Marmara” yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
  • 09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.
  • 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun (angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah ‘lanun’. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, ‘lanun’.
  • Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab. Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
  • 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.
  • Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel.
aljazeera6 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
aljazeera7 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
aljazeera4 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
  • 8.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai Konvoi Freedom Flotilla tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah.
  • 07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.
  • 07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.
  • 08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (ada laporangan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke 20)
  • 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.
  • Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selama. Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas. Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.
  • 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.
  • Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan MV Marmara.
  • 07.50 pagi (31 MEI 2010), Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan
aljazeera3 (LIVE) Israel Serang Konvoi GAZA
 





Sabtu, 29 Januari 2011

periNGATAN!!!..renugan bersama ...hayati pesanan Baginda..

Sebenar-benar Perkataan dan Sebaik-baik Jalan Pimpinan

Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: “(Masa) aku diutuskan [...]

Menentukan waktu

Dari Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari. (Muslim) Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia termasuk semua aturan-aturannya. Justeru kebersihan diri adalah antara ciri-ciri utama yang mesti ada bagi sesiapapun yang [...]

Jangan Kedekut Memberi Ilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi) Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Kerana [...]
assalamualaikum smua,..apa khabr anda pada hari ini..ana harap kalian sntiasa berada dalam kesihatan yg baik serta dpt beribadah kpdNya dgn baik..dan ana jua mnghrapkan kalian sntiasa berada dlm rahmat Nya..
insyaAllah..
kalian merupakan org yg hbt drpd mkhluk yg lain kerana kalian diberikan akal,pancaindera,iman,ilmu dan sbgainya berbndg dgn mkhluk yg lain.Kalian ada potensi untk cmrlng dlm apa jua bdg yg anda ceburi,
oleh itu,gunakan sgla kudrat yag ada dlm tubuh itu kearah jalan Allah s.w.t
kalian tidk perli khuatir dgn musibah yg anda dpt..tp anda perlu berfikir,renung dan ambl tndk kan untk berubah dr anda agar mnjd org yg terhbt..
Pedulikan apa org nk kata...yg ingin berubah adalaah anda...bukan mereka...percaya la...
dan yakin pada dr anda..

Jumaat, 28 Januari 2011

ImAN dAn KeHidupAn

Memahami Perjuangan Islam

Adakah kita benar-benar beriman?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [Ali-Imran:139]
Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW oleh Allah SWT sebaik sahaja selepas umat Islam mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud dan kembali ke Madinah dalam keadaan berdukacita dan sedih. Ia diturunkan untuk memberi semangat kepada orang-orang yang beriman selepas kejayaan yang berada dalam genggamannya, telah ditarik daripada mereka dan ditukarkan dengan kekalahan
Dan kenapa Rasulullah SAW tidak boleh bersedih selepas kekalahan tersebut? Tujuh puluh dua dari umat terbaik di dunia ini pada masa itu telah terbunuh (syahid) dan sebilangan besar dari kalangan mereka mendapat cedera. Hatta Rasulullah SAW sendiri telah mengalami kecederaan yang serius sehingga darah mengalir dari muka baginda dan baginda bersabda semasa menyapu darah dari dagunya: "Amat besar kemurkaan Allah terhadap mereka yang telah melumuri muka Rasul-Nya dengan darah."
Walau bagaimanapun, kekalahan ini hanyalah bersifat sementara sahaja agar orang-orang yang beriman dapat merenung dan memikir tentang sebab kekalahan tersebut, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat seterusnya dari surah Ali-Imran. Kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh sebilangan kecil dari orang-orang yang beriman telah menghalang kemenangan yang sepatutnya dinikmati oleh seluruh tentera Islam.
"Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir." [Ali-Imran:139]
Apabila Umar bin Al-Khattab (RA) mengirim bala tentera di bawah pimpinan Saad bin Abi Waqqas (RA) ke peperangan al-Qadisiyyah, beliau telah menasihati Saad: "Takutlah akan dosa kamu lebih dari musuh kamu kerana dosa kamu lebih merbahaya kepada kamu dari musuh kamu, Kita, orang-orang yang beriman akan hanya memperolehi kejayaan ke atas musuh kita kerana dosa mereka lebih besar dari kita, bukan di atas sebab lain. Jika dosa kita sama dengan dosa musuh, maka mereka pasti akan dapat mengalahkan kita kerana jumlah mereka yang ramai dan sumber mereka lebih banyak."
Dan dengan itu, maka Saad (RA) meneruskan peperangan menentang tentera Parsi dan berpegang kepada nasihat Khalifahnya, beliau telah memenjarakan Abu Mahjan Ath-Thaqafi yang didapati meminum arak agar kehadirannya tidak akan menangguhkan kejayaan tentera Islam. Sehingga Abu Mahjan melahirkan perasaan sedihnya di tempat kurunganya, lalu beliau mengarang sebuah sajak yang menyentuh perasaan isteri Saad (RA) sehingga beliau membebaskan sementara Abu Mahjan agar beliau dapat menyertai peperangan bersama-sama saudaranya yang lain.Lalu Abu Mahjan keluar ke medan pertempuran dengan menunggang kuda milik Saad (RA) kerana pada ketika itu Saad sedang demam. Abu Mahjan telah berjuang dengan penuh keberanian sebelum pulang ke tempat kurungannya di waktu petang dan memakai sendiri ikatan pada kakinya. Kejadian tersebut berterusan selama tiga hari sehingga Saad (RA) mendapat tahu tentang keberanian Abu Mahjan, beliau membuka ikatan Abu Mahjan sambil berkata: "Demi Allah! saya tidak akan mengurung engkau lagi kerana meminum arak!" Untuk itu Abu Mahjan menjawab, "Demi Allah! Aku tidak akan menyentuh arak lagi selepas hari ini!"
Mereka memperolehi kejayaan yang besar dan Saad (R.A) melantik seorang sahabat yang bernama Salman al-Farisi (RA) sebagai pemimpin baru Parsi, yang menerima gaji sebanyak satu dirham sehari.
Kemenangan dan kekalahan, keuntungan dan kerugian, kejayaan dan kemunduran bukanlah disebabkan oleh wang yang banyak, sumber, jumlah atau kepandaian. Sebaliknya ia disebabkan oleh ketaatan dan keingkaran kepada Allah SWT. Semakin banyak kita mentaati Allah, samada secara individu atau secara kolektif, maka semakin hampir kita kepada kejayaan dan kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Semakin ingkar kita terhadap Allah SWT, maka semakin jauh kita dari mencapai kemenangan. Dosa seorang Islam akan menangguhkan kejayaan seluruh umat Islam. Amat mudah untuk menyalahkan musuh-musuh Islam seperti Bush dan Blair, Barat, golongan Kuffar atau sesiapa sahaja di atas kedukaan dan kerisauan kita. Kita melihat kejahatan dan penipuan musuh sebagai penyebab kekalahan kita. Tetapi tidak mudah untuk kita mencermin diri dan menuding jari kepada diri kita sendiri.
Lihatlah pada diri kita sendiri dan keadaan kita yang amat menyedihkan ini. Kita telah meninggalkan solat atau kita telah melenggah-lenggahkannya atau melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa. Kita begitu kedekut untuk mengeluarkan zakat, apatah lagi untuk memberi sumbangan atau menderma. Berapa ramai dari kalangan kita yang tinggal di istana-istana sedangkan jiran kita masih lagi kelaparan. Kita lebih rela pergi bercuti ke luar negara daripada menunaikan haji. Kita juga sanggup pergi mengerjakan umrah setiap tahun sedangkan anak-anak jiran kita masih tidak berpakaian. Kita mengabaikan kebajikan anggota yang dilanda kedaifan, kesukaran dan kemiskinan.

Adakah kita benar-benar beriman

Kita mencuri, merompak, menyamun dan juga kita menipu dalam urusan harian. Makanan kita haram, pendapatan kita haram dan jual beli kita haram.

Kita memukul isteri-isteri kita. Kita lebih cepat dan lebih banyak menghabiskan wang kita untuk fesyen dan kemewahan tetapi tidak sanggup memberi makan anak-anak yatim dan mereka yang benar-benar memerlukannya atau untuk digunakan dalam perjuangan.
Kita mendiamkan diri dan tidak berani mengangkat walaupun satu jari untuk membantah apabila melihat saudara kita dari kalangan umat Islam dipenjara, disiksa, ditahan dalam rumah, diekstradik atau dibunuh kerana takut dikaitkan dengan mereka. Kita juga mendiamkan diri apabila melihat harta benda saudara-saudara kita dimusnahkan.
Kita menghabiskan masa dengan menonton TV dan bermain apa sahaja permainan yang melalaikan kemudian kita mengadu bahawa kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjadi umat Islam yang baik.
Kita terlalu ketagih kepada muzik daripada mencari lebih masa untuk mendengar bacaan atau menghafal al-Quran. Kita terlalu sibuk dalam hiburan dan mengumpul harta daripada memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan di bumi Allah. Dan selepas semua itu (dan banyak lagi), kita masih lagi memikirkan kenapa pertolongan dan kemenangan daripada Allah masih belum tiba. Dalam keadaan itu, bukankah kita lebih layak menerima hukuman daripada Allah dan bukannya kemenangan.
Setiap dosa yang kita lakukan akan menangguhkan kemenangan dari Allah. Setiap solat yang kita tangguhkan akan memanjangkan tempuh tahanan ISA.
Setiap saat yang kita lalaikan dari mengingati Allah SWT menyebabkan sebuah lagi masjid diruntuhkan.
Setiap jam yang kita buang dengan menonton TV menyebabkan seorang lagi umat Islam diculik dan diekstradik oleh tangan makhluk pemusnah.
Setiap masa yang kita habiskan pada sesuatu yang diharamkan, kita meletakkan rintangan pada kejayaan daripada Allah.
Dosa bukanlah suatu perkara peribadi di antara diri kita dan Allah sahaja tetapi satu dosa amat besar ertinya bagi kemenangan atau kekalahan. Setiap dosa yang kita lakukan merupakan satu lagi sebab kenapa Allah tidak menganugerahkan kepada kita keamanan, keselamatan dan kemenangan.
Allah SWT telah berjanji kepada kita dalam ayat yang telah disebutkan di atas:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." [Ali-Imran:139]
Allah menjanjikan keamanan, bantuan, kekuasaan dan kemenangan dengan syarat kita menjadi orang-orang yang benar-benar beriman kepada-Nya.
Jika kita mengalami kekalahan pada hari ini, bukanlah bermakna Allah SWT telah memungkiri janji-Nya, tetapi, soal yang perlu kita tanya diri kita sendiri ialah: Adakah kita benar-benar beriman? Wallahu ‘Alam.
Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka :-
Pertama:- Ayahnya - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-
Anak Lelakinya - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikanlah tarikan ibunya…………………...

Wahai wanita!!!!, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.............kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri……. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ik

INSAN YANG CERDIK

SAOTUL HIKMAH risalah kesedaran ummah

Alhamdullillah, sekali lagi kita menyusun dan mengatur setinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana dapat berada dalam nikmat Islam serta lingkungan iman dan takwa . Inilah anugerah dan pilihan Allah kepada hambanya yang bertuah. Kita juga bersyukur kerana dapat memanfaatkan nikmat Allah dengan melakukan sedikit pengorbanan di mana Soutul Hikmah dapat dijadikan edaran mingguan sebagai bahan risalah Dakwah dan Tarbiah. Isi kandungan Soutul Hikmah meliputi tauhid, fiqah, tafsir, hadis, sirah, tip – tips pembangunan rohani, dakwah dan perjuangan. Semoga kehadiran Soutul Hikmah dalam siri-siri berikutnya ditangan pembaca melalui edaran menyeluruh ke masjid-masjid seluruh Parlimen Sungai Petani pada setiap Jumaat dan die-mail kepada sahabat-sahabat diseluruh dunia, ianya akan dapat disebarluaskan serta dimanfaatkan seoptimum mungkin. Bagi menjayakan cita – cita murni ini kita meletakkan Visi dan Misi yang mana diharapkan dapat kita dokongi bersama agar ianya dapat beristiqamah serta diredhai Allah swt.
VISI
MENYEBARKAN SERUAN ( DAKWAH ) DAN KESEDARAN ISLAM KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT SECARA MUDAH DAN BERKESAN BAGI MEREALISASIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA DALAM KEHIDUPAN
MISI
MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG CELIK AGAMA, YAKIN SERTA SANGGUP MEMBELA DAN MEMPERTAHANKANNYA. JUSTERU ITU KEMENANGAN DAN KEJAYAAN ISLAM DAPAT DIREALISASIKAN DALAM SEGENAP ASPEK KEHIDUPAN
Soutul Hikmah sengaja disediakan dalam Saiz A4 supaya ianya mudah dicapai dan ringan untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Dengan ini segala ilmu, maklumat yang disebarkan dapat sampai kepada sasaran secara mudah dan berkesan. Akhirnya harapan kita semoga segala kelemahan dan kekurangan dapat diperbaiki bersama. Kita juga mengalukan-alukan apa jua bentuk bantuan, sumbangan, bahan dakwah dan buah fikiran bagi menjayakan usaha yang kerdil ini. Semua ini bolehlah disalurkan melalui e-mail kami seperti yang tertera di atas. Sementara sumbangan dalam bentuk wang ringgit bolehlah disalurkan terus ke akaun PAS KAWASAN SUNGAI PETANI – BIMB No: 02020010009681.

Tadabbur Al Quran

105. dan Katakanlah (Wahai Muhammad) : Beramallah kamu ( akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".

ü Saranan, suruhan dan perintah Allah agar hamba–hambanya beramal (mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang )
ü Segala tindak tanduk , aktiviti dan gerakerja kita diketahui oleh Allah, tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata .
ü Seluruh amalan baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini akan dibentangkan dihadapan Allah swt untuk dihisab & diberi balasan.

Imam Hassan Al Banna meletakan kedudukan amal ini dalam tiga perkara :-

1. Al Iman Al Amiq ( Iman yang mendalam ).
2. Ak Takwin addkhiq ( membentuk, membina ) individu, keluarga, masyarakat yang halus jiwa dan peribadinya cth sensitive terhadap dosa dan pahala, makruf dan munkar, hak & batil, syurga dan neraka, duniawie dan ukhrawie.
3. Al amal al mutawasil ( amal yang berterusan ).

Hanya jamaah muslimin yang tersusun dengan didikan tarbiah yang betul dimana susur galur dakwahnya bermula dari pembentukan individu, keluarga dan masyarakat, dapat membawa roh amal dalam jiwa ummah. Mereka berpegang kepada slogan aslih nafsak wad’u gharak walan fisolabainahuma ( perbaikilah diri , ajaklah yang lain jangan dipisahkan antara keduanya ).

Wallahu ‘Alam.

Semoga Allah SWT menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.

TAFSIR AL-QUR’AN

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (an-Nuur: 51)