Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan. HAMAS menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia selepas Israel serang konvoi GAZA.
Perasaan bercampur baur semasa ingin mengeluar berita ini. Perasaan geram dan sedih dengan nasib yang menimpa konvoi GAZA yang telah diserang oleh tentera ISRAEL LAKNATULLAH. Mari sama-sama kita doakan semoga mereka terus diberikan kekuatan dan semangat bagi berhadapan sebarang cubaan menggagalkan misi bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Angka kematian setakat ini terus meningkat kepada 20 orang (menurut PRESS TV)
Paparan Video daripada PressTV tentang rangkuman dan laporan penuh tentang serangan tentera Israel terhadap konvoi bantuan ke GAZA
Begitu berani tentera Israel serang konvoi bantuan GAZA melalui perairan antarabangsa.
Tentera Israel berada di atas sebuah kapal tentera di perairan antarabangsa lepas pantai Gaza yang mengelilingi sebuah kapal Turki membawa bantuan ke Gaza
LIVE UPDATE : Berita Israel LAKNATULLAH serang Konvoi GAZA :


- [12 :00 pm] Iran menyatakan kesediaan untuk mengiringi konvoi misi kemanusiaan ke Gaza jika mendapat arahan untuk berbuat demikian
- [7 JUN 2010] Semua 19 aktivis yang berada di atas Rachel Corrie ketika ditawan tidak diapa-apakan oleh tentera Israel. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata semua rakyat Malaysia yang kini ditahan Israel dilaporkan selamat dan kerajaan akan terus memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa. (Berita Harian)
- [6 JUN 2010] Tentera Israel menawan kapal Rachel Corrie yang sedang dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusia rakyat Palestin. Kapal kapal Rachel Corrie membawa bantuan kemausiaan seberat 1,500 tan dan anggota misi bantuan termasuk enam rakyat Malaysia yang terdiri daripada wartawan serta jurugambar TV3 dan selebihnya dari Ireland. Kapal Rachel Corrie tersebut dipintas oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa.
- (3.00 pm) Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza menyertai misi kemanusiaan kelmarin telah tiba dengan selamat di Jordan
- (12.00 pm, 2 JUN 2010) Syukur………Akhirnya Rejim Zionis LAKNATULLAH, yang menghadapi tekanan antarabangsa berhubung serangan tentera ISRAEL ke atas KONVOI BANTUAN GAZA, Isnin lalu bersetuju membebaskan semua tawanannya dari kapal Mavi Marmara, termasuk 12 rakyat Malaysia. Menurut laporan Reuters, rejim Yahudi itu dijangka menghalau semua 682 aktivis pro-Palestin yang ditawan itu, membabitkan 35 negara.
- Jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semua tahan akan diusir secepat mungkin dan rejim Zionis itu berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh 48 jam ini. Sementara itu, AFP melaporkan kira-kira 50 aktivis Turki yang ditahan dalam serbuan tentera Israel itu mula dibebaskan dari penjara, hari ini. Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.
- (08:30 malam, 1 JUN 2010) Alhamdulillah, kesemua 12 orang warganegara Malaysia termasuk wakil media yang menaiki kapal Mavi Marmara (MV Marmara) yang mengalami serangan tentera ISRAEL dilaporkan berada dalam keadaan selamat, tanpa mengalami sebarang kecederaan dan kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membawa pulang kesemua mereka yang terlibat dengan segera. (Pengesahan Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman)
- Senarai nama rakyat Malaysia yang terlibat konvoi untuk misi bantuan kemanusian ke GAZA (di atas kapal mavi marmara) ialah :
- Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, (ketua misi – HALUAN Palestin)
- Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, (HALUAN Palestin)
- Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, (HALUAN Palestin)
- Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, (HALUAN Palestin)
- Mohd Nizam bin Mohd Awang (HALUANPalestin)
- Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus (aqsa syarif)
- Tn Hj Jamuliddin bin Elias (naib presiden yayasan amal malaysia)
- Dr Selamat bin Aliman (jemaah islah malaysia)
- Abdul Halim bin Mohd Redzuan (muslim care)
- Mustafa bin Mansur (mapim)
- Ashwat bin Ismail (wartawan astro awani)
- Shamsul Kamal Latif (jurukamera astro awani)
- Senarai nama rakyat Malaysia yang terlibat konvoi untuk misi bantuan kemanusian ke GAZA (di atas kapal utama Rachel Corie) ialah :
- Shamsul Akmar Musa Kamal
- Matthias Chang (wakil perdana global peace organisation dan bekas setiausaha politik tun dr. mahathir)
- Ahmad Faizal Azumu (wakil perdana global peace organisation)
- Mohd Nizar Zakaria (ahli parlimen kawasan parit)
- Halim Mohame (wartawan tv3)
- Mohd Jufri Judin (jurukamera tv3)
- Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki “Mavi Marmara” yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
- 09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.
- 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun (angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah ‘lanun’. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, ‘lanun’.
- Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab. Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
- 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.
- Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel.



- 8.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai Konvoi Freedom Flotilla tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah.
- 07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.
- 07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.
- 08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (ada laporangan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke 20)
- 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.
- Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selama. Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas. Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.
- 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.
- Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan MV Marmara.
- 07.50 pagi (31 MEI 2010), Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan




Tiada ulasan:
Catat Ulasan