Ahad, 6 Februari 2011

rugi atau tidak tnyer dr anda

Tolak Jodoh = Tolak Takdir ???

Soalan : Assalamu’alaikum warahmatullah Ustaz, saya ada soalan seperti di bawah:
1) Adakah jodoh kita telah ditaqdirkan? Maka kita hanya menerima sahaja siapa sahaja jodoh kita? Jika begitu adakah menjejaskan kita dengan “Aqidah hanya menerima taqdir”?
2) Begitu pula sebaliknya dengan orang yang tidak dapat menerima jodohnya adakah menjejaskan aqidahnya dengan “Aqidah menolak Taqdir?”
3)Adakah sahih dari Nabi saw yang menyuruh kita Ikhtiarkan jodoh? Bagaimana dengan perempuan? Adakah mereka disuruh Nabi ikhtiarkan jodoh suami mereka?
4)Apakah pendapat ulama’ Saudi dan negara teluk lain seperti Abdul Aziz Baz yang negaranya agak terbatas pergerakan perempuan mereka? Bagaimana pula dengan keadaan sekarang serta pendapat ulama kontemporari mereka seperti Salman ‘Awdah? Adakah selari dengan fatwa masa dulu atau dah berubah sekarang?


Jawapan :
1- Allah menciptakan setiap sesuatu dengan ketentuan-ketentuannya layak dengan sifat Allah swt yang maha mengetahui samaada perkara itu telah ataupun akan terjadi. Allah swt berfirman :

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا
Maksudnya : “Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.” (al-Furqan : 2) Termasuk ketentuan (takdir) tersebut ialah urusan jodoh setiap orang. Allah mengetahui dan menentukan sifulan adalah jodoh untuk sifulan. Semua perkara termasuk jodoh ini tidak tersembunyi dari pengetahuan Allah. Firman Allah swt :

إِنَّ اللَّهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلا فِي السَّمَاء
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi dariNya sesuatupun samaada di bumi atau di langit.” (Ali Imran : 5) Namun persoalannya sekarang kita tidak mengetahui apakah takdir yang ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Siapakah jodoh kita dan seumpamanya. Semua perkara takdir ini tersimpan dalam pengetahuan Allah swt sahaja.
Dalam menempuh kehidupan, Allah swt dan Nabi saw telah mengajar kita dalam bentuk yang terbaik termasuk dalam menerima jodoh. Allah menjadikan setiap takdir itu bersama dengan sebab musababnya. Maka setiap muslim perlu berusaha memperolehi yang baik dengan menempuh sebab-musabab kepada kebaikan seperti yang diajarkan oleh Nabi saw.
2- Ada perbezaan yang jelas antara jodoh dengan bakal jodoh. Tidak menerima bakal jodoh bukan bermakna menolak takdir. Tidak ada istilah menolak takdir setakat apa yang saya fahami. Tidak ada manusia yang mampu menyalahi takdirnya apatah lagi untuk menolaknya. Istilah menolak takdir ini wujud, mungkin berpunca dari pengaruh filem-filem Hindi terutamanya, demikian juga pengaruh dari filem-filem kantonis dan barat yang berlebih-lebihan dimomokkan kepada kita oleh media. Dalam filem-filem sebegini terdapat banyak unsur yang bahaya pada akidah umat Islam terutamanya dalam soal ketentuan (takdir) Allah swt.
Sebahagian filem-filem tersebut menunjukkan bagaimana takdir itu ditolak, dipersalahkan dan seumpamanya. Maka pengaruh ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran umat Islam yang mabuk menonton filem-filem dari orang-orang kafir tanpa berfikiran kritis yang bersesuaian dengan agama.
Maka perbuatan seseorang yang menolak bakal jodohnya kerana berdasarkan penilaiannya, orang tersebut tidak sesuai untuknya, tidaklah boleh dikira sebagai menolak jodoh. Bahkan penolakan itu adalah wajar dan mesti jika ia ditolak berdasarkan penilaian agama.
3- Yer sudah tentu Nabi saw mengajar umat Islam lelaki dan perempuan untuk mereka berusaha memilih jodoh mereka, bahkan ini adalah kemestian. Antaranya adalah hadith Nabi saw :

تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك
maksudnya : ” (kebiasaannya) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya, Maka pilihlah yang memiliki agama, dia akan menguntungkan kamu.” (al-Bukhari dan Muslim) Hadith ini merangkumi lelaki dan wanita. Wanita juga disuruh memilih bakal jodohnya yang berpegang teguh dengan agama. Inilah usaha untuk memperolehi kebaikan yang dituntut oleh ALlah dan rasul untuk kita mencarinya.
4- Semua ulama dahulu dan sekarang sepakat dalam urusan ketentuan ALlah swt. ia merupakan salah satu daripada rukum iman.
wallahu a’lam.

berbuat baiklah apda ibubapa

Syurga Menanti-mu dengan berbuat baik kepada ibu-bapa



“Seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang ramai belum tentu mampu menjaga seorang ibu.” Demikian ungkapan yang menggambarkan reality keadaan yang merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik beberapa kepercayaan karut yang ada di dalamnya, namun reality hari ini mengiyakan wujud ramainya anak-anak yang menderhakai ibu bapa jauh sekali untuk berbuat baik kepada mereka berdua.
“Jaga orang tua susah… cerewet, macam budak-budak pun ada” dan bermacam lagi alasan yang biasa kita dengar. Ada pula yang bertelagah sesama adik beradik, siapa yang sepatutnya menjaga ibu dan bapa, lalu masing-masing mendatangkan seribu satu alasan bagi membuktikan mereka tidak layak dan sememangnya tidak wajar diberi tanggungjawab itu.
Ramai yang mengeluh jika perlu menjaga ibu atau bapanya yang sudah tua. Seolah-olah dia melupakan dirinya, suatu hari nanti dia juga akan menjadi tua dan lemah, dia seolah-olah lupa juga ketika itu dia amat mengharapkan ihsan dari anak-anaknya.
Menyedari hakikat berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berbakti kepada mereka bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar, maka dengan itu Islam menawarkan nilai pahala yang amat besar bagi yang melaksanakannya. Terdapat banyak hadith yang menunjukkan perkara ini. Imam Muslim di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang berbunyi:
رغم أنفه من أدرك والديه عند الكبر أحدهما أو كليهما فلم يدخل الجنة
Maksudnya: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.”[1] Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibu-bapa dan besarnya pahalanya, maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka tua dan lemah dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara ini (berbuat baik kepada ibu-bapa), dia terlepas dari dapat memasuki syurga dan Allah menghinakannya.”[2]
Demikian betapa besarnya kedudukan berbuat baik kepada ibu-bapa sehingga ia menjadi sebab beroleh syurga ataupun neraka.
Di dalam al-Adab al-Mufrad[3] al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas R.A. yang didatangai seorang lelaki dan bertanya:
إنِّي خَطَبْتُ امرَأةً فَأبَتْ أن تَنْكِحَنِيْ, وَخَطَبَهَا غَيْرِيْ فَأحَبَّتْ أن تَنْكِحَهُ, فَغِرتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا, فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟ قال: أُمُّكَ حَيَّةُ؟ قال: لَا, قال: تُبْ إلى اللهِ عَزَّوَجَلّ, وَتَقَرَّبْ إلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. قال عطاء من يسار: فَذَهَبْتُ فَسَألْتُ ابنَ عَباسٍ: لمِاَ سَألْتَهُ عَن حَيَاةِ أمِّهِ؟ فقال: إنِّيْ لَا أعْلَمُ عَمَلاً أقْرَبُ إلى اللهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةْ.
Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”[4] Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang dilakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a. bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda:
لاَ يَجْزِي وَلَدُ وَالِدَهُ إلا أنْ يَجِدَهُ مَمْلُوكا فَيَشْتَرِيَهُ فَيُعْتِقَهُ
Maksudnya: “Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika dia mendapati bapanya menjadi hamba (kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.”[5] Demikian betapa besarnya pengorbanan seorang bapa kepada anaknya. Sehingga seorang anak tidak akan mampu membalas kebaikan bapanya melainkan jika dia berjaya membebaskan bapanya dari menjadi seorang hamba.
Al-Sindiy di dalam Syarh Sunan Ibn Majah berkata tentang hadith ini:
“Ini kerana hamba itu umpama seorang yang binasa, maka seolah-olah dengan pembebasan itu, anaknya mengeluarkannya dari kebinasaan kepada penghidupan, maka jadilah perbuatan si anak itu menyamai perbuatan si bapa yang menjadi sebab kewujudannya daripada tiada kepada ada.”[6] Abdullah bin ‘Amr pula meriwayatkan:
جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يبايعه على الهجرة وترك أبويه يبكيان فقال: ارجع إليهما وأضحكهما كما أبكيتهما
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi saw hendak berbaiah untuk berhijrah, dia meninggalkan ibu-bapanya dalam keadaan mereka berdua menangis, lalu Nabi S.A.W. bersabda: “Pulang kepada mereka berdua, dan ketawakanlah mereka semula sebagaimana kamu telah menjadikan mereka menangis.”[7] Daripada Abdullah bin ‘Amr juga katanya:
جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم يريد الجهاد فقال: أحي والداك؟ قال: نعم, فقال: ففيهما فجاهِد:
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi S.A.W. hendak menyertai jihad, sabda baginda: “Apakah dua ibu-bapamu masih hidup? Jawab lelaki itu: “Ya”, sabda Nabi S.A.W.: Terhadap mereka berdua laksanakanlah jihat (untuk keredhaan mereka berdua).” Hukum Berbuat Baik Kepada Ibu-Bapa

Di dalam al-Quran Allah S.W.T. berfirman:
ووصينا الإنسان بوالديه حسنا وإن جاهداك لتشرك بي ما ليس لك به علم فلا تطعهما
Maksudnya: “Dan kami telah mengarahkan (mewajibkan) manusia (berbuat) kebaikan kepada ibu bapanya, jika mereka berdua bersungguh-sungguh untuk engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak ada pengetahun, maka janganlah engkau mengikuti kedua-duanya.” (al-’Ankabut’: Jika dilihat kepada ayat di atas, Allah S.W.T. menyuruh manusia berbuat baik kepada ibu bapa menyusul selepas arahan mentauhidkan-Nya, perkara yang sama diulang juga di dalam surah al-Baqarah[8], Luqman[9] dan al-Nisa[10]. Al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti berkata:
“Allah Jalla wa ‘Ala menyebut di dalam ayat-ayat ini, (arahan) berbuat baik kepada ibu-bapa menyusul dengan (arahan) mentauhidkan-Nya dalam melakukan ibadah kepada-Nya, ia menunjukkan tuntutan yang bersangatan kepada kewajipan melakukan kebaikan kepada ibu-bapa.”[11]
Di dalam surah Luqman Allah berfirman:
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
Maksudnya: “Dan jika kedua ibu-bapamu, memaksa-mu untuk mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang tidak ada pengetahuan-mu tentangnya, maka jangan kamu mengikut keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik…” (Luqman: 15) Dari ayat ini jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa itu adalah suatu kewajipan walaupun mereka berdua tidak beragama Islam dan mereka berusaha bersungguhnya-sungguh hendak memurtadkan anaknya. Dalam keadaan sedemikian, sianak hanya diminta untuk tidak mentaati mereka dalam perkara syirik, namun ia tetap juga wajib menggauli mereka dengan baik. Jika demikian keadaannya, sudah semestinya berbuat baik kepada ibu-bapa yang muslim lebih utama walaupun mereka berada dalam serba kekurangan dari segi agama dan dunianya. Para ulama turut menekankan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ini merupakan suatu kewajipan yang sangat-sangat dituntut.
Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu.

Terdapat satu hadith yang masyhur diketahui oleh ramai orang iaitulah:
الجَنَّةُ تَحْتَ أقْدَامِ الأمَّهَات
Maksudnya: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki para ibu.” Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy (ابن عدي) dan al-’Aqiliy (العقيلي) di dalam al-Dhu’afa’ daripada Ibn ‘Abbas R.’anhuma. Tentang hadith ini al-’Aqiliy berkata ia Mungkar. Al-Albani pula berkata ia hadith Palsu[12]. Akan tetapi terdapat hadith lain yang membawa makna yang sama dengan hadith ini, iaitulah hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:
يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]
Kesemua ayat al-Quran dan hadith-hadith bersama dengan huraian para ulama yang disertakan di atas menunjukkan kepada kita kepentingan berbuat baik kepada ibu-bapa. Memelihara ibu-bapa yang sudah tua, bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Mudah-mudahan tulisan yang serba kekurangan ini dapat memberikan motivasi, sesungguhnya setiap perkara yang susah itu memiliki ganjaran yang cukup besar di sisi Allah S.W.T.
——————————————————————————–
[1] Sila lihat Sahih Muslim bawah bab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab
[2] Sila lihat Syarh Sahih Muslim
[3] Al-Adab al-Mufrad adalah tulisan al-Imam al-Bukhari selain Sahih al-Bukhari. Akan tetapi hadith-hadith di dalam kitab ini, al-Imam al-Bukhari tidak mensyaratkan sahih sepertimana hadith-hadith di dalam kitab sahihnya (al-Jami’ al-Sahih).
[4] Al-Suyuthi menyebut hadith ini di dalam al-Dur al-Manthur, dan al-Albani mensahihkannya di dalam al-Silsilah al-Sahihah.
[5] HR Muslim
[6] Syarah Sunan Ibn Majah oleh al-Sindiy (2/388): melalui perantara Syarah Sahih al-Adab al-Mufrad
[7] Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah
[8]Al-Baqarah: 83
[9] Luqman: 15
[10] Al-Nisa: 36
[11] Muhammad Amin al-Syanqiti, Adhwa’ al-Bayan fi Iydah al-Quran bi al-Quran. jld. 3, m.s. 588
[12] Silsilah al-Ahadith al-Dho’ifah wa al-Maudhu’ah, jld 2, M.S. 59, Bil. Hadith: 593, Cet: Maktabah al-Maarif Riyadh
[13] Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini

nazar wajib dilakukan

Tukar Nazar

Sahabat saya telah bernazar untuk belanja makan kambing bakar tetapi baru-baru ini dia menyatakan ingin menukar nazarnya itu dengan belanja makan durian…adakah beliau dibolehkan menukar nazarnya…
jawapan:
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Secara asasnya , nazar yang telah diucapkan , hukumnya adalah wajib ditunaikan.Seseorang yang bernazar hendaklah melaksanakan nazarnya mengikut apa yang diucapkan semasa melakukan nazar , selagi mana nazar tersebut bukan kepada perkara-perkara maksiat atau dosa kepada Allah swt.
Maka , dalam persoalan di atas , sahabat saudari tersebut wajib menunaikan nazarnya sepertimana yang telah diucapkan , sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Hajj , ayat 29 :
وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
“dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka”
Pertukaran nazar hanya dibolehkan apabila kita menukarnya kepada suatu nazar yang lebih baik daripadasebelumnya , sebagaimana pendapat Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya ‘Al-Ikhtiyarat’ , m.s 329 :
الأصل إذا عين الإنسان لنذره مكانا معينا بأن نذر صدقة أو بناء مسجد في مكان معين لزم الوفاء بالنذر في المكان والجهة المعينة ما لم يمنع من ذلك مانع شرعي إلا أن ينقله إلى مكان أفضل منه مثل الحرمين الشريفين ، فلا بأس بذلك
“Asal (hukum) sekiranya seseorang menetapkan suatu tempat yang tertentu dalam nazarnya , iaitu ingin bersedekah atau membina sebuah masjid pada tempat tertentu , maka wajib baginya untuk menunaikan nazarnya pada tempat tersebut (sebagaimana yang diucapkan) selagi mana tidak ada larangan syarak , melainkan sekiranya ia ingin menukarkan nazarnya dibuat di dua tanah haram (makkah dan madinah).Maka perbuatan tersebut tidak mengapa (dibolehkan)”
Jelas dalam pendapat Ibn Taimiyyah tersebut mengatakan bahawa pertukaran nazar yang dibuat untuk suatu tempat / perkara yang lebih baik daripada sebelumnya , adalah dibolehkan.Begitu juga halnya , jika seseorang benazar ingin berpuasa pada hari selasa , maka ia boleh menukar puasanya pada hari Isnin , kerana berpuasa pada hari Isnin adalah lebih baik dan perkara yang memang disunnahkan Oleh Rasulullah saw.
Walaubagaimana pun , terdapat pendapat ulama yang mengatakan dibolehkan kita untuk menukar nazar atas alasan sesuatu yang dikira sebagai dharurat/keuzuran seperti tidak mampu untuk melaksanakan nazar tersebut , atau terdapatnya sebarang masyaqqah dan kesukaran dalam melaksanakannya.Maka pada ketika itu dibolehkan untuk kita menukar nazar tetapi dikenakan kaffarah Yamin.
WA
Ruj :
Al-Kaffarah fi dhaui al-Quran wa al-sunnah , As-Syaikh Dr.Mailuudi bin Jam’ah , Mu’assasah Ma’arif , Beirut. Cetakan 2002.
Al-Ikhtiyaarat al-Fiqhiyyah Li syaikhul Islam Ibn Taimiyyah ,Abul Hasan Ali bin Muhamad bin Abbas Al-Hanbali , Maktabah Riyadh al-Hadisah.

persoalan yg baik

sahabat Nabi ada teman wanita pelacur?


Quote:
Maksudnya: “Penzina lelaki tidak bernikah melainkan penzina perempuan atau perempuan musyrik dan penzina perempuan tidak bernikah melainkan dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik; dan penzina lelaki dan perempuan adalah diharamkan bagi orang2 beriman.” (3: An-Nur) Maksud kepada penzina adalah pelacur berdasarkan sebab turunnya ayat al-Quran ini:
Sesungguhnya [b]Marthad bin Abi Marthad teman wanita pelacur bernama ‘anaq[/b]. Lalu dia berjumpa Nabi s.a.w dan bertanya “Bolehkah aku berkahwin dengan ‘Anaq?” Maka Rasulullah s.a.w hanya berdiam diri. Lalu turunlah ayat ini (ayat 3 surah An-Nur). Maka baginda memanggil daku dan membacakan ayat ini serta berkata:
لا تنكحها
Maksudnya: “Janganlah kamu menikahi dia” (Hr Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie – sanad sahih)
dipetik daripada http://akhisalman.blogspot.com/


1.berdasarkan hadis di atas, adakah sahabat yang bernama Marthad itu mempunyai teman wanita? adakah ini diingkari oleh Nabi?
2.apa sebenarnya hukum hubungan sebelum kahwin macam tu? saya dapati ulama seperti syeikh ibn uthaimin mengharamkan langsung hubungan lelaki-perempuan sebelum bernikah melainkan dalam beberapa urusan sahaja, tapi selepas baca hadis di atas, ia adalah sesuatu yang baru bagi saya.
jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Perlu difahami bahawa yang tersebut dalam hadis bahawa Martsad bin Abi Martsad mempunyai teman wanita bernama Anaq, hubungan mereka adalah ketika Jahiliyyah. Bukannya ketika Islam.

Kemudian selepas Islam, Martsad pernah diajak oleh Anaq untuk bermalam di rumahnya. Lalu Martsad menolak dan mengatakan bahawa ia diharamkan oleh Allah Taala.
Lalu beliau cuba bertanya Nabi, adakah boleh jika jika dia berkahwin dengan Anaq ini. Lalu turunlah ayat dan Nabi mengatakan: “Jangan kamu berkahwin dengannya”. (rujuk kisah ini secara detail dalam Sunan Tirmizi).
Berikut adalah nas hadis Tirmizi dengan sedikit penerangan oleh Syeikh Soleh Munajjid:
“There was a (Muslim) man called Marthad ibn Abi Marthad who used to smuggle Muslim prisoners-of-war from Makkah (which was the territory of the mushrikeen) to Madeenah (which was the territory of the Muslims). There was also a woman in Makkah, called ‘Anaaq, who was a prostitute. She had been a friend of Marthad’s (before he became Muslim). Marthad had promised to take one of the prisoners from Makkah to Madeenah. He said: “I came to the shade of one of the gardens of Makkah on a moonlit night, then ‘Anaaq came and saw my shadow by the garden. When she reached me, she recognized me and said: ‘Marthad?’ I said, ‘Marthad.’ She said: ‘Welcome! Stay with us tonight.’ I said, ‘O ‘Anaaq, Allaah has forbidden zinaa (unlawful sexual relations).’ She called out, ‘O people of the camp! This man is stealing away your prisoners!’ (i.e., she wanted to take revenge on him because he refused to have unlawful relations with her, so she called the mushrikeen to come and seize him). Eight men pursued me (and he described how Allaah saved him from them).” This event was the reason for the revelation of the aayah (interpretation of the meaning): “Let no man guilty of adultery or fornication marry any but a woman similarly guilty, or an Unbeliever; nor let any but such a man or an Unbeliever marry such a woman; to the Believers such a thing is forbidden.” [al-Noor 24:3 – Yusuf ‘Ali’s translation] (Reported and classed as hasan by al-Tirmidhi, 3101).
rujukan: http://www.islam-qa.com/en/ref/2584
Jadi, hadis ini tidak ada dalil mengatakan boleh mempunyai teman wanita. Malahan, sebaliknya ulama mengatakan hadis ini menunjukkah haram mempunyai teman wanita.
Wallahu A’alam.

peha pun aurat .....bg laki...apatah lg pusat...

Adakah paha lelaki aurat?

dulu saya ada baca artikel dlm AAN, “aurat lelaki menurut neraca hadis”, dalam tulisan tu, macam nak kata tiada dalil sahih yg kata peha tu aurat.
tapi kemudian saya terjumpa satu tulisan yg kata ada hadis berbunyi: “peha itu aurat” dan ditulis Hadits shahih: Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 2796, 2797) dari Ibnu ‘Abbas dan Jarhad al-Aslami radhiyallaahu ‘anhum. Lihat Shahiih al-Jaami’ish Shaghiir (no. 4280).
mohon ahli panel kemukakan hadis tersebut dlm bahasa arab, dan jika ia benar sahih, bagaimana nak memahami percanggahan ini? adakah dakwaan dalam artikel di atas ditolak?
sekian, terima kasih.


jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Hadis-hadis yang menunjukkan paha adalah aurat:

أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْفَخِذَ عَوْرَةٌ

Maksudnya: “Tidak kamu ketahui bahawa paha itu adalah aurat?” (Ahmad, Abu Daud, Tirmizi)

الْفَخِذُ عَوْرَةٌ

Maksudnya: :”Paha adalah aurat”. (Tirmizi)

لا تُبْرِزْ فَخِذَكَ ، وَلا تَنْظُرَنَّ إِلَى فَخِذِ حَيٍّ وَلا مَيِّتٍ

Maksudnya: “Jangan kamu dedahkan paha kamu, dan jangan melihat kepada paha orang hidup atau orang mati” (Abu Daud, Ibn Majah)

يَا مَعْمَرُ ، غَطِّ فَخِذَيْكَ فَإِنَّ الْفَخِذَيْنِ عَوْرَةٌ

Maksudnya: “Wahai Makmar, tutupkan dua paha kamu, sesungguhnya dua paha adalah aurat”. (Ahmad)

Di dalam Fatwa Lajnah Daemah: “Hadis-hadis ini, walaupun setiap satu itu tidak terlepas daripada pertikaian pada sanadnya seperti tidak bersambung sanad, atau kedhaifan sesetengah perawi, tetapi ia saling menguatkan antara satu sama lain. Secara keseluruhan, ia boleh dijadikan hujah”. (6/165).
Adapun yang dikatakan percanggahan antara hadis-hadis ini dengan hadis Sahih Muslim tentang Nabi SAW membuka pahanya di hadapan para sahabat, jawapannya:
1) Dalam hadis tersebut ada syak perawi adakah yang terdedah itu paha ataupun betis. Kata Imam Nawawi: “Tidak ada hujah mengatakan paha adalah aurat, kerana diragui adakah yang terdedah itu paha baginda ataupun betis baginda”.
2) Hadis tersebut adalah hadis perbuatan, manakala hadis yang mengatakan paha adalah aurat adalah hadis perkataan. Kaedah mengatakan: Hadis perkataan lebih kuat daripada hadis perbuatan, kerana perbuatan baginda berkemungkinan khas untuk baginda.
Wallahu A’lam

doa ntk pemerintah

Hukum Berdoa kepada pemerintah


Soalan: Apakah doa kepada pemimpin termasuk dalam perkara asas Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah? Saya mengharapkan penjelasan dalam perkara ini.
Jawapan:
Oleh: Dr. Nasir bin Abd al-Karim al-‘Aql
Pensyarah Aqidah di Universiti al-Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyah
Ya, termasuk di dalam asas Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah memberi nasihat kepada pemimpin umat Islam sepertimana yang thabit dari Nabi S.A.W. di dalam hadith baginda: (Mafhumnya) “Agama itu ialah dengan memberi nasihat.”
Pemimpin umat Islam ialah orang-orang yang mengurus urusan mereka, dan termasuk di dalam maksud nasihat kepada mereka ialah dengan berdoa kepada mereka, bahkan semua orang yang berakal dalam mengetahui, doa kepada pemerintah itu akan kembali kebaikannya kepada umat Islam di dunia dan akhirat.
Berdasarkan ini, maka doa kepada pemerintah termasuk di dalam Usul al-Mu’tabarah. Generasi salaf al-Soleh saling menukilkan perkataan al-Fudhail bin ‘Iyadh:
“لو أنَّ لِيْ دَعْوَة مُسْتَجَابَة مَا صَيَّرْتُها إلا لِلْإمَام”
Maksudnya: ‘Kalaulah aku memiliki doa yang mustajab, tidak aku jadikannya melainkan untuk pemimpin.” Sebab perkataan beliau ini ialah kerana kebaikan pemimpin itu akan membawa kepada kebaikan untuk rakyat dan negara. Maka generasi al-Salaf menjadikan perkataan ini sebagai kaedah ke atas hak pemerintah. Imam Ahmad berkata kepada pemerintah di zamannya:
“وإني لأدعو له بالتسديد والتوفيق بالليل والنهار والتأييد، وأرى ذلك واجباً عليَّ!”.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya aku, benar akan berdoa kepada pemimpin, untuk ketepatan, taufiq dan kekuatan malam dan siang, aku melihat ianya satu kewajipan ke atas ku.” (al-Sunnah oleh al-Khallal 1/83, dan al-Hilyah 8/91)

Read

Al-Qaradhawi: Mengkhususkan puasa pada 27 Rejab adalah perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W


Soalan:
Adakah terdapat pahala yang khusus berpuasa pada 27 Rejab, apa pula hokum berpuasa pada hari ini? Benarkah 27 Rejab ini adalah hari Nabi S.A.W. diisra’kan? Jawapan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Termasuk di dalam puasa yang diharamkan, iaitu puasa yang direka-reka oleh orang ramai dengan hawa nafsu mereka, yang tidak disyaaritkan oleh Allah dan RasulNya, tidak juga diamalkan oleh para khulafa’ al-Rasyidin, tidak ada juga ulama yang menyeru melakukannya iaitulah puasa pada 27 Rejab dengan menganggap hari tersebut adalah hari berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Ada pula orang yang berpuasa pada hari tersebut kerana beranggapan hari tersebut adalah hari-hari kebesaran Islam, yang mana pada hari tersebut Allah telah member naikmat kepada NabiNya dengan satu nikmat yang besar, maka wajib kita mengingati dan bersyukur dengannya. Kerana nikmat Allah ke atas NabiNya yang mulia berupakan nikmat ke atas umatnya, maka mensyukurinya adalah wajib ke atas umat. Maka antara cara mensyukuri nikmat yang besar ini ialah dengan berpuasa.
Semua ini perkara bukanlah berupa dalil atas pensyariatan puasa padanya. Sesungguhn ya Allah S.W.T. telah menyuruh umat Islam mengingati nikmat-nikmat yang banyak ke atas mereka, seperti firmanNya bersempena dengan peperangan Ahzab:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman ingatlah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya.” (al-Ahzab: 9) Dalam keadaan ini, mereka tidak memperingati nikmat tersebut dengan berpuasa pada hari-hari berlakunya peperangan Ahzab tersebut.
Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma’ad tentang malam Isra’ yang dinukilkan daripada syeikhnya Ibn Taimiyyah:
“Tidak diketahui dari seorangpun dari kalangan umat Islam yang menjadikan malam Isra’ ada kelebihan berbanding malam yang lain, tiada juga seorangpun dari sahabat atau tabi’ie yang mengkhususkan malam Isra’ dan mereka juga tidak memperingatinya. Kerana itu tidak diketahui pada malam apakah berlakunya peristiwa Isra’ sekalipun Isra’ itu merupakan kelebihan Nabi S.A.W. yang paling besar.” Katanya lagi: “Tidak ada satu dalil yang diketahui yang menunjukkan bulan bilakah berlakunya Isra’, demikian juga tidak diketahui dalam 10 hari yang manakah berlakunya Isra’, tidak diketahui juga bilakah harinya, sebaliknya yang diriwayatkan tentangnya berbagai-bagai , tidak ada yang dapat dipsatikan, maka tidak disyariatkan kepada umat Islam mengkhususkan malam 27 dengan melakukan qiyam atau lain amalan.” (Zaad al-Ma’ad 1/57) Sekalipun telah masyhur di kalangan manusia malam 27 Rejab merupakan malam Isra’ dan Mi’raj, namun tidak ada satu dalilpun yang sahih yang menunjukkan Isra dan Mi’raj berlaku pada malam tersebut.
Wallahu a’lam.

puasa mngktkan keimanan

Puasa Rejab

Oleh: Dr. Yususf al-Qaradhawi (Fiqh al-Siyam, bab Siyam al-Tatawwu’)
Penterjemah: Bin Sahak
Berpuasa dalam bulan-bulan haram diterima dan disunatkan, dalam segala keadaan. Akan tetapi tidak terdapat dari Nabi saw yang baginda berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan. Baginda paling banyak berpuasa adalah dalam bulan Syaaban akan tetapi baginda tidak berpuasa keseluruhan (hari dlm Syaban).
Inilah Sunnah Nabawi dalam perkara ini (berpuasa sunat), Baginda berpuasa dan berbuka dalam setiap bulan, sepertimana yang terdapat (di dalam hadith): “Adalah baginda berpuasa sehingga kami sangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami sangkakan baginda tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang berpuasa Rejab keseluruhannya, sepertimana yang kami pernah lihat di desa-desa sebelum ini, saya pernah melihat sebahagian manusia berpuasa Rejab, Syaban, Ramadhan dan puasa 6 bulan Syawal dan mereka menamakannya sebagai al-Ayyam al-Baidh selepas itu baru mereka berbuka, dan mereka berhari raya pada hari ke8 Syawal, dan hasilnya jadilah puasa mereka dalam 3 bulan ini dan puasa 6 syawal berturut-turut, mereka tidak berbuka melainkan pada hari raya. Maka perbuatan ini tidak terdapat dari Nabi saw, tidak juga dari sahabat baginda dan tidak juga dari Salaf al-Soleh. Yang utama (dalam puasa sunat ini) ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak dilakukan secara berturut-turut.
Maka setiap kebaikan itu pada mengikut Salaf dan setiap keburukan itu pada rekaan-rekaan orang kemudian. Maka siapa yang menghendaki al-Ittiba’ (mengikut Nabi saw) dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi saw, dan baginda tidak berpuasa Rejab keseluruhannya, tidak juga Syaban keseluruhannya, Inilah (bentuk puasa sunat) yang lebih utama.”

kene baca

Berat atau ringannya jenazah tidak menunjukkan apa-apa petanda


Tidak terdapat sebarang bukti dari syariat Islam yang menunjukkan orang yang jahat jenazahnya akan menjadi berat manakala orang baik jenazahnya menjadi ringan. Cuma sebahagian ahli fekah kemudian ini ada yang menukilkan apa yang terdapat di dalam Hasyiah kepada Nihayah al-Muhtaj (2/446) yang ada menyebut:

إذا خفت فصاحبها شهيد ; لأن الشهيد حي ، والحي أخف من الميت
Maksudnya: “Jika ringan (sesuatu jenazah), maka orang itu mati syahid, kerana orang yang mati shahid itu sebenarnya hidup, dan orang yang hidup lebih ringan daripada mayat…”
Sebenarnya kenyataan ini tidak ada bukti sama sekali. Tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan mayat lebih berat daripada orang yang hidup, tidak ada bukti dari sudut agama mahupun dari sudut akal, apatah lagi untuk dijadikan sebagai tanda kepada husnul khatimah (mati dalam keadaan baik) atau suul khatimah (Mati dalam keadaan buruk). Ia tidak tidak boleh dijadikan tanda jenazah tersebut orangnya dahulu baik ataupn jahat. Terutamanya kebelakangan ini ada sebahagian orang yang beranggapan buruk kepada jenazah yang berat, sedangkan perkara itu tidak ada dalil sama sekali. Di dalam fatwa Majlis Fatwa Arab Saudi (9/86) terdapat soalan yang bertanyakan:
“Sekumpulan orang-orang yang baik dan memiliki pandangan yang lurus menceritakan kepada saya yang mereka pernah menyaksikan jenazah seorang lelaki muslim yang benar-benar ringan, manakala yang seorang lagi benar-benar berat, dan yang seorang lagi, ketika mereka hendak mengeluarkannya dari rumah, jenazah itu terangkat dan bergerak-gerak di atas kepada orang ramai, apakah pandangan islam dalam persoalan ini?
Jawapan:

لا نعلم لخفة الجنازة وثقلها أسبابا سوى الأسباب الحسية ، وهي نحافة الميت ، وضخامة الجسم ، أما من يزعم أن ذلك يدل على كرامة الميت إذا كان خفيفاً ، وعلى فسقه إذا كان ثقيلا، فهذا شيء لا أصل له في الشرع المطهر فيما نعلم . وأما حركة الجنازة على النعش فيدل ذلك على حياته ، وأنه لم يمت ، فلينظر في شأنه ، وليعرض على الطبيب المختص حتى يقرر موته وحياته ، ولا يستعجل في دفنه حتى يعلم يقينا أنه ميت
Maksudnya: “Tidak kami ketahui berat dan ringannya jenazah sebarang petunjuk melainkan petunjuk kepada fizikalnya samaada kurus ataupun gemuk. Adapun orang yang beranggapan perkara tersebut menunjukkan kemulian mayat jika ia ringan, dan keburukan mayat jika dia berat, maka kepercayaan ini termasuk perkara yang tidak ada asasnya di dalam agama berdasarkan pengetahun kami. Adapun tentang pergerakan jenazah, ia menunjukkan orang itu masih lagi hidup dan belum lagi meninggal dunia. Hendaklah dilihat keadaan jenazah itu, dan rujuklah kepada doctor yang berkeahlian sehingga disahkan dia masih hidup atau sudah meninggal dunia, dan jangan tergopoh-gapah hendak mengebumikannya dia sehingga diyakini dia benar-benar mati.” Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitabnya Ahkam al-Jana-iz telah memasukkan: “Kepercayaan sebahagian orang yang beranggapan jenazah orang soleh menjadi ringan ke atas orang yang membawanya dan lebih cepat dapat dibawa.” Sebagai salah satu daripada perkara bid’ah yang direka-rekakan.
Wallahu a’lam.

memperingati sirah Rasullullah saw lbh mulia drpd mmperingti hari kksh

Menyambut Isra’ dan Mi’raj


Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:
sumber: islamonline.net
Salah seorang ulama hadith dari kurun ke 7 bernama Abu al-Khattab ‘Umar bin Dahya, yang menulis kitab “Ada’ la wajaba fi bayan wad’ie al-wadhdha’ien fi syahr Rajab” menyebut di dalamnya: “Sesungguhnya sebahagian para Qusshas (pereka-pereka cerita) ada yang menyebut kononnya Nabi SAW diisra’kan pada bulan Rejab.” Katanya (Abu al-Khattab): “Ini suatu pembohongan.” Kenyataan ini diakui oleh Khatimatul al-Huffadz al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani pensyarah kitab hadith al-Bukhari yang terkenal.
Saya sedia maklum bahawasanya dakwaan isra’ dam mi’raj berlaku pada malam 27 Rejab tidak terdapat walau satu hadith yang sahih, tidak terdapat juga satu pendapat yang sahih dari seorang sahabat, ia hanyalah pendapat yang telah termasyhur, dan pendapat sebahagian para ulama, dan pendapat ini dinisbahkan kepada al-Imam al-Nawawi, dan al-Imam al-Nawawi memilih pendapat ini di dalam fatwanya, dan al-Imam al-Nawawi adalah seorang yang diterima oleh umat Islam, maka masyhurlah pendapatnya ini, dalam masa ada ulama seperti Abu Ishak al-Harbiy, yang kami dapati beliau berpendapat isra’ dan mi’raj tidak berlaku pada malam 27 Rajab sebaliknya berlaku pada malam 27 Rabi’ul Awwal.
Saya sedia maklum tidak ada sesuatu yang pasti dalam perkara ini (penentuan tarikh Isra’ dan Mi’raj). Cumanya pendapat ini telah masyhur dan diketahui di kalangan umat Islam semenjak kurun-kurun mereka memperingati Isra’ dan Mi’raj pada malam tersebut. Dalam keadaan tidak berlaku pada malam tersebut (pada ketika itu) sebarang amalan atau ibadah. Malam Isra’ dan mi’raj ini tidak disyariatkan untuk kita (mengkhususkannya) dengan bangun malam atau berpuasa pada siang harinya.
Tidak dituntut juga daripada seseorang muslim untuk dia melakukan apa-apa amalan (yang khusus) untuk mendekatkan diri kepada Allah pada malam atau pada siang hari tersebut. Kerana itu umat Islam dahulu tidak memberi tumpuan kepada malam Isra’ dan Mi’raj. Persoalan menyambut hari Isra’dan mi’raj, jika ia dimaksudkan untuk mengambil pengajaran dari peristiwa yang agung ini dan apa-apa kesannya dalam kehidupan Nabi SAW dan ianya berlaku selepas tahun al-Huzn (tahun kesedihan) dan apa yang menimpa baginda, lalu Allah SWT hendak memuliakan Rasulullah SAW selepas orang ramai dan Quraisy menentang baginda, demikian juga selepas Bani Thaqif menentang baginda dan kesusahan-kesusahan yang baginda hadapi, selepas itu Allah menghendaki memuliakan baginda, lalu dalam perstiwa israk dan mi’raj baginda mendirikan solat bersama para nabi yang lainnya, dan baginda menjadi imam, baginda disambut oleh para malaikat dan para nabi di langit dan baginda dinaikkan ke langit yang tinggi sehingga ke tempat yang dinyatakan oleh Syauqiy:
“Baginda tidak diterbangkan dengan sayap dan tidak dijalankan dengan kaki.”
Perkara ini penting untuk kita ambil pengajaran dan i’tibar darinya, selama-mana tidak timbul darinya sebarang amalan atau ibadat (khusus). Jika demikian tidak ada sebarang halangan untuk kita menyambut peristiwa ini. Menyambut sesuatu membawa maksud mengambil berat dan memberi perhatian kepadanya, yakni perkara itu tidak dilupakan dan tidak ditinggalkannya.
Maka kita menyambut yakni mengambil berat tentang perkara isra’ dan mi’raj ini terutama padanya ada dua perkara yang penting: Pertama: Kaitan Masjid al-Aqsa, sebagai tempat penghujung Isra’ dan permulaan mi’raj. Isra’ tamat di masjid al-Aqsa dan Mi’raj bermula di masjid al-Aqsa hingga naik ke langit yang tinggi.
Maka kita perlu memerhatikan keadaan umat Islam pada masa sekarang di masjid al-Aqsa yag ditawan dalam gengaman yahudi. Sedangkan manusia lalai dari perkara utama ini, perkara yang paling utama nisbahnya bagi umat Islam pada masa kita sekarang ialah persoalan Palestin, dan persoalan Palestin terasnya ialah al-Quds, dan teras persoalan al-Quds adalah masjid al-Aqsa, maka kita mengambil peluang ini untuk mengingatkan orang ramai tentang persoalan Palestin dari peristiwa isra’ dan mi’raj dan perbicaraan tentang masjid al-Aqsa.

remaja...diluar sana...baca la ia sbgai peringatan keterlanjuran

Hukum Seorang Lelaki Mengahwini Wanita yang Berzina Dengannya

janganlah engkau dekati perbuatan zina..kerana ianya adalah perbuatan tekutuk....



Oleh: Majlis Kajian dan fatwa Eropah Lelaki dan wanita yang berzina apabila mereka bertaubat kepada Allah taala, dan mereka berdua hendak keluar dari perbuatan yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang keji kepada kehidupan yang bersih, maka perkahwinan mereka adalah sah dengan kesepakatan para ulama. Disamping kebanyakan para fuqaha tidak mensyaratkan taubat untuk menjadikan pernikahan mereka sah. Sepertimana yang diriwayatkan bahawasanya ‘Umar RA:
ضرب رجلاً وامرأة في الزنى، وحرص على أن يجمع بينهما
Maksudnya: “(‘Umar) Telah menyebat lelaki dan wanita yang berzina, dan dia menggalakkan untuk disatukan antara mereka berdua.” (1) Ulama yang mensyaratkan taubat adalah ulama dari mazhab al-Hambali berdasarkan firman Allah taala:
الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik,dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman.” (al-Nur: 3) Adapun persoalan iddah, apakah wajib ke atas wanita yang berzina itu terlebih dahulu melepasi iddah ataupun tidak? Dalam perkara ini ada perbezaan pendapat di kalangan ulama fiqh.
Yang kami pilih ialah pandangan ulama-ulama mazhab Hanafi, Syafie dan al-Thauriy yang berpendapat: “Wanita yang berzina tidak ada iddah padanya. Walaupun dia hamil daripada zina. Pendapat ini diriwayatkan daripada 3 orang sahabat al-Khulafa’; Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Ali R.’anhum. mereka berdalilkan dengan hadith:
الولد للفراش، وللعاهر الحجر
Maksudnya: “Anak itu bagi sisuami (pasangan wanita) dan bagi penzina itu adalah hukuman rejam.” (al-Bukhari dan Muslim) Ini kerana iddah itu disyariatkan untuk membersihkan rahim sebagai memelihara nasab, sedangkan zina tidak ada kaitan dengan penthabitan nasab, maka tidak diwajibkan iddah.
Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan yang hamil daripada zina bukan dengannya, sah pernikahan itu disisi Abu Hanifah dan sahabatnya Muhammad (Hasan al-Syaibani). Akan tetapi lelaki itu tidak boleh menyetubuhi wanita tersebut sehinggalah wanita itu bersalinkan anak tersebut, berdasarkan hadith:
‏لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْقِيَ مَاءَهُ زَرْعَ غَيْرِهِ
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki yang beriman kepada allah dan hari akhirat, memasukkan benihnya ke ladang orang lain. (yakni wanita yang hamil bukan dari benihnya” (HR Ahmad dan Abu Daud) Ini berbeza jika wanita itu hamil dari benihnya sendiri, maka pernikahan mereka harus dengan kesepakatan ulama-ulama mazhab Hanafi, apabila harus pernikahan mereka maka harus juga persetubuhan mereka di sisi ulama-ulama mazhan Hanafi kesemuanya, kerana benih yang ada dalam kandungan wanita itu adalah benihnya dan kehamilan itu daripadanya.
————–
[1] Daripada Abdillah Ibn Abi Yazid daripada bapanya: “Bahawasanya seorang lelaki telah mengahwini seorang perempuan, dan perempuan itu ada seorang anak perempuan yang bukan dari lelaki tersebut, manakala lelaki itu pula memiliki seorang anak lelaki yang bukan dari wanita tersebut. Lalu budak lelaki itu berzina dengan budak perempuan tersebut, lalu budak perempuan itu hamil, ketika ‘Umar datang ke Mekkah perkara tersebut diangkat kepadanya, lalu ‘Umar bertanya kepada budak lelaki dan perempuan itu, dan mereka memperakuinya, lalu ‘Umar menjatuhkan hukuman hukuman Had ke atas mereka berdua, dan ‘Umar menggalakkan supaya mereka disatukan (dikahwinkan), akan tetapi budak lelaki itu tidak mahu.” (al-Imam a l-Syafie meriwayatkan athar ini dalam Musnadnya dan di dalam al-Umm, demikian juga ‘Abd al-Razak di dalam al-Musannaf, Said ibn Mansur di dalam al-Sunan, Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra
——– teks asal fatwa——
قرار المجلس: الزاني والزانية إذا تابا إلى الله تعالى، وأرادا أن يخرجا من الحرام إلى الحلال، ومن حياة التلوث إلى حياة الطهارة، فزواجهما صحيح بالإجماع، وجمهور الفقهاء لا يشترطون التوبة لصحة النكاح من الزانية، كما روي أن عمر رضي الله عنه: “ضرب رجلاً وامرأة في الزنى، وحرص على أن يجمع بينهما”(1). والحنابلة هم الذين اشترطوا التوبة، لقوله تعالى: {الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ} [النور:3]. أما موضوع (العدة) وهل يجب على الزانية أن تعتد أم لا؟ ففي هذا خلاف بين الفقهاء. والذي نختاره هو: ما ذهب إليه الحنفية والشافعية والثوري: أن الزانية لا عدة لها. ولو كانت حاملاً من الزنى، وهو المروي عن ثلاثة من الصحابة الخلفاء: أبي بكر وعمر وعلي –رضي الله عنهم-(2). وقد استدلوا بالحديث: “الولد للفراش، وللعاهر الحجر”(3)، ولأن العدة شرعت لاستبراء الرحم حفظًا للنسب، والزنى لا يتعلق به ثبوت النسب، فلا يوجب العدة. وإذا تزوج الرجل امرأة حاملاً من الزنى من غيره صح عند أبي حنيفة وصاحبه محمد، وعليه الفتوى في المذهب الحنفي، ولكن لا يجوز له وطؤها حتى تضع، لحديث: “لا يحل لامرئ يؤمن بالله واليوم الآخر، أن يسقي ماءه زرع غيره”(4). وهذا بخلاف ما إذا كان الحمل من الزاني نفسه، فإن نكاحها جائز باتفاق الحنفية ومن يجوزون نكاحها، ويحل وطؤها عندهم جميعًا إذا الزرع زرعه، والحمل منه. [القرار 5/
4]
(1) أخرجه الشافعي في “الأم” (10/38) ومن طريقه: البيهقي (7/155) عن أبي يزيد المكي: أن رجلاً تزوج امرأة، ولها ابنة من غيره
وله ابن من غيرها، ففجر الغلام بالجارية، فظهر بها حمل، فلما قدم عمر مكة رفع ذلك إليه، فسألهما فاعترفا، فجلدهما عمر الحد، وحرص أن يجمع بينهما، فأبى الغلام. إسناده حسن. (2) ذكره محمد بن الحسن الشيباني في “الحجة على أهل المدينة” (3/388، 389) عن أبي بكر وعمر، وذكر معنى ذلك البيهقي في “السنن” (7/155)، وأخرجه ابن حزم في “المحلى” (9/476) عنهما، كما ذكر (10/28) عن عمر ما يدل عليه. (3) متفق عليه: أخرجه البخاري (رقم: 1948 ومواضع أخرى)، ومسلم (رقم: 1457) من حديث عائشة. ومعنى الحديث: (الولد للفراش) أي تابع لصاحب الفراش، وهو من كانت المرأة تحته عندما ولدت، (وللعاهر الحجر): أي للزاني الحرمان والخيبة، ليس له حق في الولد. (4) حديث حسن، أخرجه أحمد (28/207)، وأبو داود (رقم: 2158، 2159) والبيهقي (7/449)، 9/124)

lihat la

ketahuilah anak-anak bahawa Nabi Muhammad sgtlah mulia disisi Allah..Baginda merupakan Utusan Allah ntk pengikut2nya(hamba) Allah..ntk memberi panduan ntk masuk ke syurga (rumah ALLAH).Ketahuilah anak-anak,bahawa pergorbanan Baginda begitu besar ,tinggi darjatnya,kuatnya iman Baginda dalam menegakkan syariah islam pd ketika itu...Baginda snggup berhijrah dr kota mekkah ke madinah..untk mnyebarkan dakwah islam..Baginda juga merupakan pemimpin yang berani,bijak,berilmu,..Anak-anak,bukalah hati,minda,pemikiran ANAK-ANAK yg berada didunia ini...carilah jalan yg selamat untk anak-anak berbuat baik kpd ibubapa,saudara-mara,shabt2,msyrkt sekililng.BUKAN NTK org lain...tapi dr anak-anak!!..tiada siapa yg dpt tolong anak2 melainkan anak-anak sndr yg mahu berubah mnjd manusia yg baik...yg melaksanakan sgala perintah Allah dan Sunnah Rasullullah saw...Baginda snggup berperang ntk agama ketika waktu bulan ramdhan..ketika itu umat islam menahan lapar dan dahaga,bermatian2 ntk agama tercinta..tp apakah kesedaran anak-anak skrg ini ....adakah anak-anak lupa akan sirah baginda..perjuangan baginda..apakah yg tersirat dalam hati anak2..
sedarlah wahai anak-anak..bahwa kematian(kiamat) akan berlaku pd bila2 msa shja..yg ketika itu smua umat islam berlari2 mnyelamtkan dr merka...keluarnya dajal yg mnyesatkan manusia ketika itu anak-anak...adakah anak-anak mmpu melawannya...Ya Allah ...selamatkanlah kami Ya Allah..ketika itu tiada siapa yg pedulikan siapa..masing2 mmbwa haluan masing2 ntk menyelamtkan dr mereka..anak-anak tidak lg mndgr suara ibu dan ayah...Ya Allah anak-anak..takutlah akan kematian..marilah kita bersama2 mngktkan keimanan ,ketaqwaan,ibadah kita kerana Nya..bkn ntk siapa anak-anak ku!!tanyalah diri anak-anak ku berapa banyak dosa-dosa anak-anak yg telah lakukan...berapa byk pula amalan2 baik yg anak-anak lakukan..SubhanaALLAH ...mari anak-anak..kita sama2 renung akan dosa2 silam kita..ingtlah kematian yg pasti akan berlaku...apabila berlaku anak-anak tdk bolh buat apa2 ...dr anak-anak yg dibekalkan alquran dan as-sunnah yg telah ditinggalkan oleh Baginda itu lah penyelamatnya..berimanlah anak-anak dgn kitab suci al-quran..jika anak-anak beriman dan beramal..kalian akan selamat di dunia dan juga akhirat..Anak-anak ku..jadilah manusia yg beriman dan soleh..patuhi lah perintah Allah dan suruhan Baginda,Ibubapa anak-anak.besar pahalanya,jika anak-anak benar2 hayati sirah bginda dan mengamalkannya..insyaALLAh anak-anak akan sedar perjuangn bgnda selama ini...Marilah kita sama2 melaksanakan segala perintah ALLAH dan mengglkan perkara2 yg dilarang olh Nya...

speech

Hukum Menonton Wayang



Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.

jawapan:
wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kada yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.