Selasa, 15 Februari 2011

lihatlah perayaan pun ada batasnya

Ijma’ Larangan Mengucapkan Tahniah Pada Perayaan Bukan Islam


Sebahagian orang memberi alasan bolehnya mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian kerana dianggap sebagai bentuk ihsan (berbuat baik). Dalil yang mereka bawakan adalah firman Allah Ta’ala,

لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ [سورة الممتحنة:8].
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (QS. Al Mumtahanah: 8). Inilah di antara alasan untuk membenarkan mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian. Mereka memang membawakan dalil, namun apakah pemahaman yang mereka utarakan itu membenarkan mengucapkan selamat Krismas?
Semoga Allah menolong kami untuk menyingkap tabir manakah yang benar dan manakah yang keliru. Hanya Allah yang beri pertolongan.
Sebab Turun Ayat
Untuk siapa sebab diturunkannya ayat di atas? Dalam hal ini ada beberapa pendapat di kalangan ahli tafsir[1]. Di antara pendapat tersebut adalah yang menyatakan bahawa ayat ini turun pada Asma’ binti Abi Bakr –radhiallahu ‘anhuma-, di mana ibundanya –Qatilah binti ‘Abdil ‘Uzza- yang musyrik[2] dan dia diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk tetap menjalin hubungan dengan ibunya. Ini adalah pendapat daripada ‘Abdullah bin Az Zubair.[3]
Imam Al-Bukhari membawakan Bab dalam kitab Shahihnya “Menjalin hubungan dengan orang tua yang musyrik”. Kemudian Baginda membawakan riwayat berikut, Asma’ mengatakan,

أَتَتْنِى أُمِّى رَاغِبَةً فِى عَهْدِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – فَسَأَلْتُ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – آصِلُهَا قَالَ « نَعَمْ »

“Ibuku mendatangiku dan dia sangat ingin aku menyambung hubungan dengannya[4]. Kemudian aku menanyakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bolehkah aku tetap menjalin hubungan dengannya? Baginda pun menjawab, “Iya boleh”.” Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan bahawa setelah itu Allah menurunkan firman-Nya (yang ertinya), “Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama” (QS. Al Mumtahanah: 8)”[5]
Makna Ayat
Ibnu Jarir Ath Tabari -rahimahullah- mengatakan, “Allah tidak melarang kalian untuk berbuat baik, menjalin hubungan dan berbuat adil dengan setiap orang daripada agama lain yang tidak memerangi kalian dalam agama. Ini kerana Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu”. Setiap orang yang mempunyai sifat dalam ayat ini patut bagi kita berlaku ihsan (baik) padanya. Tidak ada yang diberi keistimewaan daripada yang lainnya.”[6]
Ibnu Kathir -rahimahullah- menjelaskan, “Allah tidak melarang kalian berbuat ihsan (baik) terhadap orang kafir yang tidak memerangi kaum muslimin dalam agama dan juga tidak menolong mengeluarkan wanita dan orang-orang lemah, iaitu Allah tidak melarang untuk berbuat baik dan berbuat adil kepada mereka. Ini kerana sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil.”[7]
Wala’ pada Orang Kafir itu Terlarang
Wala’ tidaklah sama dengan berlaku ihsan (baik). Wala’ secara istilah bermakna menolong, memuliakan dan setia dengan orang yang dicintai.[8] Sehingga wala’pada orang kafir akan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang dengan mereka dan agama yang mereka anuti. Larangan wala’ terhadap orang kafir ini sudah diajarkan oleh kekasih Allah –Nabi Ibrahim ‘alaihis salam- dan kita pun selaku umat Islam diperintahkan untuk mengikuti jalan Baginda. Allah Ta’ala berfirman,

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَاء مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ 
 وَالْبَغْضَاء أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ

“Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka : “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja.” (QS. Al Mumtahanah: 4)
Di samping ini adalah ajaran Nabi Ibrahim, larangan wala’ pada orang kafir juga termasuk ajaran Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS. Al Maidah: 51)
Bahkan Ibnu Hazm telah menukil adanya ijma’ (kesepakatan ulama) bahawa wala’pada orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan.[9]
Perlu Dibezakan antara Ihsan (Berbuat Baik) dan Wala’ (Wala’)
Perlu difahami bahawa birr atau ihsan (berbuat baik) itu jauh berbeza dengan wala’. Ihsan adalah sesuatu yang dituntunkan. Ihsan itu diperbolehkan baik pada muslim mahupun orang kafir. Sedangkan bersikap wala’ pada orang kafir tidak diperkenankan sama sekali.
Fakhruddin Ar Rozi -rahimahullah- mengatakan, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik (birr) kepada mereka (orang kafir). Namun yang Allah larang bagi kalian adalah wala’pada mereka. Inilah bentuk rahmat pada mereka, padahal ada permusuhan sengit dengan kaum muslimin. Para pakar tafsir menjelaskan bahawa boleh kaum muslimin berbuat baik (birr) dengan orang musyrik. Namun dalam hal wala’pada mereka itu tidak dibolehkan.”[10]
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan, “Berbuat baik, menyambung hubungan kerabat dan berbuat ihsan (terhadap bukan Islam) tidaklah melazimkan rasa cinta dan rasa sayang (yang terlarang) padanya. Sebagaiman rasa cinta yang terlarang ini disebutkan dalam firman Allah,

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya” (QS. Al Mujadilah: 22). Ayat ini umum berlaku pada orang yang sedang memerangi dan orang yang tidak memerangi kaum muslimin. Wallahu a’lam.”[11]
Syaikh Musthafa Al ‘Adawi menjelaskan dalam kitab tafsirnya, “Berbuat baik dan berlaku adil tidaklah melazimkan rasa cinta dan kasih sayang pada orang kafir. Seperti contohnya adalah seorang anak tetap berbakti dan berbuat baik pada orang tuanya yang kafir, namun ia tetap membenci agama yang orang tuanya anuti. ”[12]
Contoh Berbuat Ihsan pada Bukan Islam
Pertama: Memberi hadiah kepada saudara bukan Islam agar membuatkan dia tertarik pada Islam.
Dari Ibnu ‘Umar –radhiallahu ‘anhuma-, Baginda berkata, “’Umar pernah melihat pakaian yang dibeli seseorang lalu dia pun berkata pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Belilah pakaian seperti ini, kenakanlah ia pada hari Jum’at dan ketika ada tetamu yang mendatangimu.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata, “Sesungguhnya yang mengenakan pakaian sejenis ini tidak akan mendapatkan bahagian sedikit pun di akhirat.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam didatangkan beberapa pakaian dan Baginda pun memberikan sebahagiannya pada ‘Umar. ‘Umar pun berkata, “Mengapa aku diperbolehkan memakainya sedangkan engkau tadi mengatakan bahawa mengenakan pakaian seperti ini tidak akan mendapat bahagian di akhirat?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Aku tidak mahu mengenakan pakaian ini agar engkau boleh mengenakannya. Jika engkau tidak mahu, maka engkau jual saja atau tetap mengenakannya.” Kemudian ‘Umar menyerahkan pakaian tersebut kepada saudaranya[13] di Makkah sebelum saudaranya tersebut masuk Islam.[14]
Kedua: Menjalin hubungan dan berbuat baik dengan orang tua dan kerabat bukan Islam.
Dari Asma’ binti Abu Bakr –radhiallahu ‘anhuma-, dia berkata, “Ibuku mendatangiku, padahal dia seorang musyrik di masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian aku ingin meminta nasihat dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Aku berkata, “Sesungguhnya ibuku mendatangiku, padahal dia sangat benci dengan Islam. Apakah aku boleh tetap menyambung hubungan kerabat dengan ibuku?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Iya boleh. Silakan engkau tetap menjalin hubungan dengannya.”[15]
Allah melarang memutuskan silaturahmi dengan orang tua atau kerabat yang bukan Islam dan Allah tetap menyuruh agar hak mereka sebagai kerabat dipenuhi walaupun mereka kafir. Jadi, kekafiran tidaklah memutuskan hak mereka sebagai kerabat. Allah Ta’ala berfirman,

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا

“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.” (QS. Luqman: 15)

وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ

“Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.” (QS. An Nisa: 1)
Jubair bin Muth’im berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ

“Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan tali silaturahmi (dengan kerabat).”[16]
Oleh kerananya, silaturahmi dengan kerabat tetaplah wajib, walaupun kerabat tersebut kafir. Jadi, orang yang mempunyai kewajipan memberi nafkah tetap memberi nafkah pada orang yang ditanggung walaupun itu bukan Islam. Ini kerana memberi nafkah adalah bahagian daripada bentuk menjalin silaturahmi. Sedangkan di dalam masalah waris tidak diperkenankan sama sekali. Ini kerana seorang muslim tidaklah mewariskan hartanya pada orang kafir. Begitu pula sebaliknya. Ini Kerana warisan dibangun di atas sikap ingin menolong (nushroh) dan wala’.[17]
Ketiga: Berbuat baik kepada jiran tetangga walaupun bukan Islam.
Al Al-Bukhari membawakan sebuah bab dalam Adabul Mufrad dengan ”Bab Jiran Tetangga Yahudi”dan Baginda membawakan riwayat berikut.
Mujahid berkata, “Saya pernah berada di sisi Abdullah ibnu ‘Amru sedangkan pembantunya sedang memotong kambing. Dia lalu berkata,
ياَ غُلاَمُ! إِذَا فَرَغْتَ فَابْدَأْ بِجَارِنَا الْيَهُوْدِي
”Wahai pembantu! Jika anda telah selesai (menyembelihnya), maka bagilah dengan memulai dari tetangga Yahudi kita terlebih dahulu.” Lalu ada salah seorang yang berkata,
آليَهُوْدِي أَصْلَحَكَ اللهُ؟!
“(Anda memberikan sesuatu) kepada Yahudi? Semoga Allah memperbaiki kondisi anda.”
”Abdullah bin ’Amru lalu berkata,
إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوْصِي بِالْجَارِ، حَتَّى خَشَيْنَا أَوْ رُؤِيْنَا أَنَّهُ سَيُوّرِّثُهُ
‘Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwasiat terhadap jiran tetangga sampai kami khuatir kalau Baginda akan menetapkan hak waris kepadanya.”[18]
Perkara yang Termasuk Wala’ pada Orang Kafir dan Dinilai Haram[19]
Pertama: Mencintai orang kafir dan menjadikan mereka teman dekat. Allah Ta’ala berfirman,

لَا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءهُمْ أَوْ أَبْنَاءهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” (QS. Al Mujadilah: 22). Wajib bagi setiap muslim memiliki rasa benci pada setiap orang kafir dan musyrik kerana mereka adalah orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya. Dikecualikan di sini adalah cinta yang bersifat tabi’at seperti kecintaan seorang anak kepada orang tuanya yang musyrik. Cinta seperti ini dibolehkan.
Kedua: Menetap di negeri kafir. Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيراً,إِلاَّ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ حِيلَةً وَلاَ يَهْتَدُونَ سَبِيلاً,فَأُوْلَـئِكَ عَسَى اللّهُ أَن يَعْفُوَ عَنْهُمْ وَكَانَ اللّهُ عَفُوّاً غَفُوراً
“Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri , (kepada mereka) malaikat bertanya : “Dalam keadaan bagaimana kamu ini ?”. Mereka menjawab : ” Kami adalah orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)”. Para malaikat berkata : “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu ?”. Orang-orang itu tempatnya neraka Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali, kecuali mereka yang tertindas baik lelaki atau wanita ataupun anak-anak yang tidak mampu dan tidak mengetahui jalan (untuk hijrah), mereka itu, mudah-mudahan Allah memaafkannya. Dan adalah Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.” (QS. An Nisa’: 97-98)
Ada dua perincian yang mesti diperhatikan:
1. Jika orang kafir yang baru masuk Islam, lalu tinggal di negeri kafir dan tidak mampu menampakkan keislaman (seperti mentauhidkan Allah, melaksanakan solat, dan berjilbab –bagi wanita-) dan dia mampu berhijrah, maka saat itu dia wajib berhijrah ke negeri kaum muslimin. Hal ini berdasarkan kesepakatan para ulama. Dan tidak boleh muslim tersebut menetap di negeri kafir kecuali dalam keadaan darurat.
2. Jika muslim yang tinggal di negeri kafir masih mampu menampakkan keislamannya, maka berhijrah ke negeri kaum muslimin pada saat ini menjadi mustahab (dianjurkan). Begitu pula dianjurkan dia menetap di negeri kafir tersebut kerana ada maslahat untuk mendakwahi orang lain kepada Islam yang benar.
Ketiga: Diharamkan bepergian ke negeri kafir tanpa ada hajat. Namun jika ada maslahat (seperti untuk berubat, berdakwah, dan berdagang), maka ini dibolehkan asalkan memenuhi tiga syarat berikut:
1. Memiliki bekal ilmu agama yang kuat sehingga dapat menjaga dirinya.
2. Merasa dirinya aman dari hal-hal yang dapat merosak agama dan akhlaqnya.
3. Mampu menampakkan syi’ar-syi’ar Islam pada dirinya.
Keempat: Menyerupai orang kafir (tasyabbuh) dalam hal pakaian, penampilan dan kebiasaan. Tasyabbuh di sini diharamkan berdasarkan dalil Al Qur’an, As Sunnah dan kesepakatan para ulama (ijma’).[20] Di antara dalilnya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
”Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk bahagian daripada mereka”[21]
Oleh kerana itu, perilaku tasyabuh (menyerupai orang kafir) dalam perkara yang menjadi ciri khas mereka adalah diharamkan. Contohnya adalah mencukur janggut dan memakai pakaian yang menjadi ciri khas mereka.
Kelima: Bekerjasama atau membantu merayakan perayaan orang kafir, seperti membantu dalam acara Krismas. Hal ini diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama. Dan Allah Ta’ala pun berfirman,
وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (QS. Al Maidah: 2)
Begitu pula diharamkan menghadiri perayaan agama mereka. Allah Ta’ala menceritakan mengenai sifat orang beriman,

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“Dan orang-orang yang beriman adalah yang tidak menyaksikan perbuatan zur, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalu (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (QS. Al Furqan: 72). Di antara makna “tidak menyaksikan perbuatan zur” adalah tidak menghadiri perayaan orang musyrik. Inilah yang dikatakan oleh Ar Rabi’ bin Anas.[22] Jadi, ayat di atas adalah pujian untuk orang yang tidak menghadiri perayaan orang musyrik. Jika tidak menghadiri perayaan tersebut adalah suatu hal yang terpuji, bererti melakukan perayaan tersebut adalah perbuatan yang sangat tercela dan termasuk ‘aib[23].
Begitu pula diharamkan mengucapkan selamat pada hari raya orang kafir. Bahkan diharamkannya hal ini berdasarkan ijma’ atau kesepakatan para ulama.
Ulama Sepakat: Haram Mengucapkan Selamat Krismas
Perkataan Ibnul Qayyim dalam Ahkam Ahlu Dzimmah:
”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan sejenisnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini boleh selamat daripada kekafiran, namun dia tidak akan terlepas daripada perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini kepada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat sejenis ini lebih dibenci oleh Allah dibandingkan seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.
Ramai orang yang kurang faham agama terjatuh di dalam hal tersebut. Orang-orang seperti ini tidak mengetahui keburukan dari amalan yang mereka lakukan. Oleh kerana itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia layak mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”[24]
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Uthaimin mengatakan, ”Ucapan selamat hari Krismas atau ucapan selamat lainnya yang berkaitan dengan agama kepada orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.”[25]
Hairannya ulama-ulama kontemporari saat ini[26] malah membolehkan mengucapkan selamat Krismas. Alasan mereka berdasar pada surat Al Mumtahanah ayat 8. Sungguh, pendapat ini adalah pendapat yang telah menyelisihi kesepakatan para ulama. Pendapat ini muncul kerana tidak boleh membezakan antara berbuat ihsan (berlaku baik) dan wala’ (wala’). Padahal para ulama telah menyatakan bahawa kedua hal tersebut adalah berbeza sebagaimana telah kami utarakan sebelumnya.
Pendapat ini juga sungguh aneh kerana telah menyelisihi kesepakatan para ulama (ijma’). Sungguh celaka jika kesepakatan para ulama itu diselisihi. Padahal Allah Ta’ala berfirman,
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min, Kami biarkan dia terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.”(QS. An Nisa’: 115). Jalan orang-orang mukmin inilah ijma’ (kesepakatan) mereka.
Dari sini, kami merasa aneh jika dikatakan bahawa mengucapkan selamat Krismas pada orang Kristian dianggap sebagai masalah khilafiah (beza pendapat). Padahal sejak masa silam, para ulama telah sepakat (berijma’) tidak dibolehkan mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam. Hanya kebelakangan ini munculk pendapat yang aneh daripada Dr. Yusuf al-Qarqdhawi. Siapakah ulama salaf yang sependapat dengan beliau di dalam masalah ini? Padahal sudah dinukil ijma’ (kata sepakat) daripada para ulama tentang haramnya hal ini.
Hujah terakhir yang kami sampaikan, adakah wujud ulama salaf di masa silam yang menganggap bahawa mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam termasuk di dalam bentuk berbuat baik (ihsan) dan dibolehkan, padahal acara-acara sejenis Krismas dan perayaan bukan Islam sudah ada sejak masa silam?! Di antara sebab munculnya pendapat (yang membolehkan mengucapkan perayaan) adalah kerana tidak memahami surat Mumtahanah ayat 8 dengan benar. Tidak memahami manakah bentuk ihsan (berbuat baik) dan bentuk wala’ (wala’). Dan sudah kami utarakan bahawa mengucapkan selamat pada perayaan bukan Islam termasuk bentuk wala’ dan diharamkan berdasarkan kesepakatan para ulama (ijma’). Dan namanya ijma’ tidak pernah lepas dari dari Al Qur’an dan As Sunnah sebagaimana seringkali diutarakan oleh para ulama. Hanya Allah yang memberi taufik.
Semoga Allah memberi kefahaman.
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Ertikel http://rumaysho.com
[1] Sebahagian ulama pakar tafsir (seperti Qatadah) menyatakan bahawa surat Al Mumtahanah ayat 8 berlaku untuk semua orang kafir. Jadi kita diperintahkan untuk berlaku baik dengan orang kafir. Namun menurut pendapat ini, ayat tersebut telah mansukh (dihapus) dengan surat At Taubah ayat 5 yang memerintahkan untuk memerangi orang kafir (Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, 6/19,Mawqi’ Al Islam). Akan tetapi, pakar tafsir lainnya tetap menyatakan bahawa surat Al Mumtahanah ayat 8 adalah ayat yang tidak mansukh dan mereka berdalil dengan kisah Asma’ binti Abu Bakr (Lihat Tafsir Juz Qod Sami’a , Syaikh Musthofa Al ‘Adawi, hal. 170, Maktabah Makkah, cetakan pertama, tahun 2003 ).
[2] Kebanyakan ulama mengatakan bahawa ibu Asma’ mati dalam keadaan musyrik. Sebahagian ulama mengatakan bahawa ibunya mati dalam keadaan Islam. Nama ibu Asma’ ada yang menyebut Qailah dan ada pula yang menyebut Qatilah. (Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 7/89, Dar Ihya’ At Turots Al Arobi, Beirut, cetakan kedua, 1392). Qatilah adalah isteri Abu Bakr yang sudah dicerai di masa Jahiliah. (Lihat ‘Umdatul Qori Syarh Shahih Al Al-Bukhari, Badaruddin Al ‘Aini Al Hanafi, 20/169, Asy Syamilah)
[3] Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauziy, 8/236-237, Al Maktab Al Islami Beirut, cetakan ketiga, tahun 1404 H.
[4] Makna ini berdasarkan riwayat Abu Daud. Al Qadhi mengatakan bahawa makna lain daripada roghibah adalah benci dengan Islam. Jadi, ibunda Asma’ sangat benci dengan Islam, sehingga dia pun bertanya pada Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, apakah masih boleh dia menjalin hubungan dengan ibunya. Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 7/89.
[5] HR. Al-Bukhari no. 5798.
[6] Jaami’ul Bayan fii Ta’wilil Qur’an, Ibnu Jarir Ath Thobari, Muhaqqiq: Ahmad Muhammad Syakir, 23/323, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama tahun 1420 H.
[7] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Kathir, Muhaqqiq: Sami bin Muhammad Salamah, 8/90, terbitan Dar At Thoyibah, cetakan kedua, 1420 H.
[8] Lihat Al Wala’ wal Baro’, Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qahthani, hal. 307, Asy Syamilah.
[9] Lihat Al Muhalla, Ibnu Hazm, 11/138, Mawqi’ Ya’sub.
[10] Mafatihul Ghoib, Fakhruddin Ar Rozi, 15/325, Mawqi’ At Tafasir.
[11] Fathul Bari Syarh Sahih Al Al-Bukhari, Ibnu Hajar Al ‘Asqolani Asy Syafi’i, 5/233, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379.
[12] Tafsir Juz Qod Sami’a , Syaikh Musthofa Al ‘Adawi, hal. 166, Maktabah Makkah, cetakan pertama, tahun 2003.
[13] Saudara ‘Umar ini bernama ‘Uthman bin Hakim, dia adalah saudara seibu dengan ‘Umar. Ibu ‘Umar bernama Khoitsamah binti Hisyam bin Al Mughiroh. Lihat Fathul Bari, 5/233.
[14] HR. Al-Bukhari no. 2619.
[15] HR. Al-Bukhari no. 2620.
[16] HR. Muslim no. 2556.
[17] Lihat pembahasan Syaikh Sa’id bin Wahf Al Qahthani dalam Al Wala’ wal Baro’, hal. 303, Asy Syamilah.
[18] Adabul Mufrod no. 95/128. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa riwayat ini shahih. Lihat Al Irwa’ (891): [Abu Dawud: 40-Kitab Al Adab, 123-Fii Haqqil Jiwar. At Tirmidzi: 25-Kitab Al Birr wash Shilah, 28-Bab Maa Jaa-a fii Haqqil Jiwaar]
[19] Kami olah dari Tahdzib Tashil Al ‘Aqidah Al Islamiyah, Prof. ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al Jibrin, hal. 224-229, Maktabah Al Mulk Fahd Al Wathoniyah, cetakan pertama, 1425 H.
[20] Lihat penukilan ijma’ (kesepakatan ulama) yang disampaikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Iqtidho’ Ash Shirotil Mustaqim, 1/363, Wazarotu Asy Syu-un Al Islamiyah, cetakan ketujuh, tahun 1417 H.
[21] HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikhul Islam dalam Iqtidho’ (1/269) mengatakan bahawa sanad hadits ini jayid/bagus. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini sahih sebagaimana dalam Irwa’ul Gholil no. 1269
[22] Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 4/484, Mawqi’ Al Islam.
[23] Lihat Iqtidho’ Ash Shiroth Al Mustaqim, 1/483.
[24] Ahkam Ahli Dzimmah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, 1/441, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, tahun 1418 H.
[25] Majmu’ Fatawa wa Rosail Ibnu ‘Uthaimin, 3/28-29, no. 404, Asy Syamilah.
[26] Seperti Dr. Yusuf al-Qarqdhawi, begitu juga Majlis Fatwa Eropah.

puasa untk IBU BAPA

Menggantikan Puasa Ibu bapa


:salam:
Saya ada kemusykilan mengenai bab puasa, ibu sahabat saya telah meninggal 3 tahun lepas, tetapi telah sakit dan uzur 2 tahun sebelumnya dan tidak larat utk puasa. Persoalannya ialah:
1. Jika anak-anak mahu menggantikannya, bolehkah dibahagi-bahagikan contohnya 60 hari dibahagi kepada 6 orang anak, yakni setiap seorang ganti 6 hari?
2. Jika kita bayar fidyah? Adakah anak-anak masih kena puasa juga? Yakni bayar fidyah+ganti puasa? Atau hanya perlu membayar fidyah dan tidak perlu ganti puasa.
Diharapkan panel al-ahkam dapat memberikan sedikit pencerahan.

wassalam

jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah.
Qadha’ puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia ini ada 2 keadaan :-
a. Seseorang yang belum sempat mengganti puasanya oleh kerana dia berada di dalam keuzuran ketika itu seperti sakit, atau musafir, maka jumhur ulama’ mengatakan, dia tidak memikul apa-apa tanggungan dan tidak dikira berdosa. Dengan kata lain, tidak perlu qadha’ puasa, kerana baginya, puasa adalah sesuatu kefarduan yang belum sempat ditunaikannya.
b. Jika dia mati dalam keadaan dia boleh mengerjakan puasa ganti, didalam hal ini kebanyakkan ulama’ mengatakan walinya tidak wajib menggantikan puasanya. Bagi Qaul Jadid Mazhab Syafie, tidak boleh seseorang itu menggantikan puasa orang lain, sama seperti solat. Menurut Mazhab Hanbali, hukum menggantikan puasa bagi waris adalah sunat ataupun mustahab (digalakkan). Menurut Mazhab Syafie (Qaul Jadid) dan Mazhab Hanbali, Wali wajib memberi makan bagi setiap puasa yang ditinggalkannya dengan secupak makanan [al-Fiqh al-Islami, cet ke 3, 2/681].
Soalan 1 : Hadith dari ‘Aisyah ra :-
“Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya” -[Hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan bahawa pewaris hanyalah sunat atau mustahab mengqadha’kan bagi pihak ibu atau bapa yang telah meninggal. Waris itu termasuklah anak-anak yang bersedia berpuasa bagi pihak ibu-bapanya. Sebagaimana yang dinyatakan, jika dibahagi-bahagikan puasa yang terhutang sebanyak 60 hari dengan 6 orang anak, maka setiap anak bolehlah melakukan 10 hari puasa qadha’ bagi pihak ibu-bapanya.
Soalan 2 : Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, maka bolehlah membayar fidyah keatashari-hari yang ditinggalkannya. Berkata Syiekh al-Qaradawi :-
“Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari-hari yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan”. [Fiqh al-Shiyaam, ms 76].
Jawatan Kuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang wanita tua yang tida berupaya berpuasa didalam bulan Ramadhan. Wanita tersebut berkeadaan terlalu tua dan sakit selama 3 tahun. Apa yang perlu dilakukan? Jawabnya :
“Jika begitu situasi yang dijelaskan, wanita tersebut wajib memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari yang dia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan pada masa 3 tahun tersebut, dengan memberi 1/2 saa’ gandum, kurma, beras, jagung atau apa sahaka makanan ruji (asasi) yang anda memberi makan kepada keluarga.” – [al-Lajnah al-Daa'imah 10/161].
Kesimpulannya, hendaklah membayar fidyah sebanyak hari yang ditinggalkan, dan tidak perlu lagi mengqadha’kan puasa tersebut. WA.
Sekian, wassalam

AKAL itu sangat2 berguna kepada hambaNya untk berfikir tntg kebesaran Nya

Meletakkan akal pada tempatnya


Terlebih dahulu yang kita mesti fahami, setiap insan beriman hendaklah bersikap patuh dan tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu iaitu Al Qur’an dan Hadis itu berasal dari-Nya. Rasul memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan kita memiliki kewajipan untuk menerima wahyu tadi secara lahir dan batin.
Allah Ta’ala berfirman,
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. At Taghabun: 12)
Az Zuhri –rahimahullah- mengatakan,
مِنَ اللَّهِ الرِّسَالَةُ ، وَعَلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – الْبَلاَغُ ، وَعَلَيْنَا التَّسْلِيمُ
Wahyu berasal daripada Allah. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah menyampaikan kepada kita. Sedangkan kita dimestikan untuk pasrah (menerima).” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitabut Tauhid secara mu’allaq yakni tanpa sanad)
Oleh kerana itu, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu perkara, maka tidak ada pilihan bagi seorang muslim untuk berpaling kepada selainnya, kepada perkataan ulama A, kiyai B, ustaz C atau pun logik akalnya sendiri, sedangkan pendapat mereka telah nyata menyelisihi Al Qur’an dan Sunnah (ajaran) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (QS. Al Ahzab: 36)
Ibnul Qayyim –rahimahullah- mengatakan, “Ayat ini menunjukkan bahawa jika telah ada ketetapan daripada Allah dan Rasul-Nya dalam setiap masalah baik dalam permasalahan hukum atau pun berita (seperti permasalahan aqidah), maka seseorang tidak boleh memberikan pilihan selain pada ketetapan Allah dan Rasul-Nya tadi lalu dia berpendapat dengannya. Sikap berpaling daripada ketetapan selain Allah dan Rasul-Nya sama sekali bukanlah sikap seorang mukmin. Dari sini menunjukkan bahawa sikap semacam ini termasuk menafikan (meniadakan) keimanan ” (Zadul Muhajir-Ar Risalah At Tabukiah, hal. 25). Baca ertikel terkait di sini.
Perintah Menyemak dan Merenungkan Al Qur’an dengan Akal
Ketahuilah bahawa akal adalah syarat agar seseorang boleh memahami sesuatu, sehingga membuat amalan menjadi baik dan sempurna. Oleh kerana itu, akal yang baik saja yang boleh mendapatkan taklif (beban syari’at) sehingga orang gila yang tidak berakal tidak mendapat perintah solat dan puasa. Seseorang yang tidak memiliki akal adalah keadaan yang serba penuh kekurangan. Setiap perkataan yang menyelisihi akal adalah perkataan yang batil. Oleh kerana itu, Allah telah memerintahkan kita untuk memerhatikan dan merenungkan Al Qur’an dengan menggunakan akal seperti dalam beberapa ayat berikut ini,
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ
Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al Qur’an?” (QS. An Nisa’: 82 dan Muhammad: 24)
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajipan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?” (QS. Al Baqarah: 44)
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (QS. Al An’am: 32)
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَدَارُ الْآَخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Maka tidakkah mereka berpergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul) dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya?” (QS. Yusuf: 109)
وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (QS. Al Qashash: 60)
Al Qur’an Menggunakan Dalil Akal (Logik)
Hal ini sebagaimana dapat kita lihat di dalam permisalan-permisalan yang digunakan dalam Al Qur’an. Di antaranya firman Allah Ta’ala mengenai penetapan tauhid bahawa Dialah satu-satunya Pencipta,
هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ
Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah.” (QS. Luqman: 11). Lihatlah dalam ayat ini, Allah menggunakan qias atau analogi permisalan untuk menunjukkan adakah sesembahan selain Allah yang dapat mencipta.
Contoh lainnya adalah tentang ayat yang menunjukkan adanya hari berbangkit. Allah misalkan dengan menjelaskan bahawa Dia dapat menghidupkan tanah yang mati. Jika Allah mampu melakukan demikian, tentu Allah dapat pula membangkitkan makhluk-makhluk yang sudah mati. Allah Ta’ala berfirman,
وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ
Dan Kami hidupkan dengan air itu tanah yang mati (kering). Seperti itulah terjadinya kebangkitan.” (QS. Qaaf: 11)
Kepentingan Akal di dalam Syari’at Islam
Syariat Islam memberikan nilai dan kepentingan yang amat tinggi terhadap akal manusia. Hal itu dapat dilihat pada beberapa point berikut ini.
[Pertama] Allah hanya menyampaikan kalam-Nya kepada orang yang berakal kerana hanya mereka yang dapat memahami agama dan syari’at-Nya.
وَذِكْرَى لأولِي الألْبَابِ
Dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.” (QS. Shaad: 43)
[Kedua] Akal merupakan syarat yang mesti ada dalam diri manusia untuk dapat menerima taklif (beban syari’at) dari Allah Ta’ala. Hukum-hukum syari’at tidak berlaku bagi orang yang tidak menerima taklif seperti pada orang gila yang tidak memiliki akal.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الصَّبِىِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ
Pena diangkat (dibebaskan) daripada tiga golongan: [1] orang yang tidur sampai dia bangun, [2] anak kecil sampai mimpi basah (baligh) dan [3] orang gila sampai dia kembali sedar (berakal).” (HR. Abu Daud. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih)
[Ketiga] Allah Ta’ala mencela orang yang tidak menggunakan akalnya, seperti perkataan Allah kepada penduduk neraka yang tidak mahu menggunakan akal.
[Keempat] Penyebutan begitu banyak proses dan anjuran berfikir dalam Al Qur’an, iaitu untuk tadabbur dan tafakkur, seperti la’allakum tatafakkarun (mudah-mudahan kamu berfikir) atau afalaa ta’qilun (apakah kamu tidak berfikir).
Begitu pula Allah memuji ulul albab (orang-orang yang berakal/berfikir),
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.” (QS. Ali Imran: 190-191)
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Ertikel Rumaysho.com
Selesai disusun hampir setahun yang silam di Panggang, Gunung Kidul, 4 Rajab 1430 H

BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN ADIK2 DAN SAHABAT2

Ketika akal bertentangan dengan wahyu



Akal Tidak Boleh Berdiri Sendiri

Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadis) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.
Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Bahkan akal adalah syarat untuk mengetahui sesuatu dan untuk beramal dengan baik dan sempurna. Akal pun akan menyempurnakan ilmu dan amal. Akan tetapi, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Akal boleh berfungsi jika dia memiliki instinct dan kekuatan sebagaimana penglihatan mata boleh berfungsi jika ada cahaya. Apabila akal mendapati cahaya iman dan Al Qur’an barulah akal akan seperti mata yang mendapatkan cahaya matahari. Jika bersendirian tanpa cahaya, akal tidak akan boleh melihat atau mengetahui sesuatu.” (Majmu’ Al Fatawa, 3/338-339)
Isinya di sini, akal boleh berjalan dan berfungsi jika dipandu oleh dalil syar’i iaitu dalil dari Al Qur’an dan As Sunnah. Tanpa cahaya ini, akal tidak akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.
Ketika Akal dan Dalil Syar’i Bertentangan
Jika kita sudah mengetahui bahawa akal tidaklah boleh berfungsi kecuali dengan adanya penerang daripada Al Qur’an dan As Sunnah, maka tentu saja akal yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil syar’i. Jika bertentangan, maka akal yang patut dipersoalkan dan dalil syar’i lah yang patut dimenangkan. Kami dapat memberikan penerangan tentang akal dan dalil syar’i sebagai berikut.
Ada orang awam ingin bertanya suatu hal kepada seorang ulama. Akhirnya dia dibantu oleh Ahmad. Ahmad pun menunjukkan orang awam tadi pada ulama tersebut. Dalam suatu masalah, Ahmad menyelisihi pendapat ulama tadi. Lalu Ahmad mengatakan pada orang awam tadi, “Aku yang telah membawa engkau kepada ulama tersebut, semestinya engkau mengambil pendapatku bukan pendapat ulama tadi.” Tentu saja orang awam tadi akan mengatakan, “Engkau memang yang telah mmbawakan aku kepada ulama tadi. Engkau menyuruhku untuk mengikuti ulama tadi, namun bukan untuk mengikuti pendapatmu. Jika aku mengikuti petunjukmu bahawa ulama tadi adalah tempat untuk bertanya, hal ini bukan bererti aku mesti mengikuti engkau dalam setiap yang engkau katakan. Jika engkau keliru dan menyelisihi ulama tadi padahal dia lebih berilmu darimu, maka kekeliruanmu pada saat ini tidaklah membuat cacat tentang keilmuanmu bahawa dia adalah ulama.
Ini adalah permisalan dengan seorang ulama yang mungkin saja salah. Lalu bagaimanakah jika pada posisi ulama tersebut adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak mungkin keliru di dalam penyampaian berita daripada Allah?
Daripada penerangan ini, akal dimisalkan dengan si Ahmad yang menjadi petunjuk kepada ulama tadi. Sedangkan ulama tersebut adalah analogi kepada dalil syar’i. Inilah sikap yang mesti kita miliki tatkala kita menemui bahawa akal ternyata bertentangan dengan dalil syar’i. Sikap yang benar ketika itu adalah seseorang mendahulukan dalil syar’i daripada logik. Sebagaimana kita mendahulukan ulama tadi dari si Ahmad sebagai petunjuk jalan. Jika dalil syar’i bertentangan dengan akal, maka dalil lah yang mesti didahulukan. Namun hal ini tidak membuat akal itu cacat kerana dia telah menunjukkan kepada dalil syar’i.
Inilah yang diakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu jika akal bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah, maka dalil syar’i lebih mesti kita dahulukan daripada akal.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan:
“Jika seseorang mengetahui dengan akalnya bahawa ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian ada berita dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun ternyata berita tersebut menyelisihi akal. Pada saat ini, akal mesti pasrah dan patuh. Akal mesti menyelesaikan perselisihan ini dengan menyerahkan kepada orang yang lebih tahu daripadanya iaitu daripada berita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Pada saat ini, akal tidaklah boleh mendahulukan hasil pemikirannya daripada berita Rasul. Ini kerana sebagaimana diketahui bahawa akal manusia itu memiliki kekurangan dibandingkan dengan berita Rasul. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentu saja lebih mengerti mengenai Allah Ta’ala, nama dan sifat-sifat-Nya, serta lebih mengetahui tentang berita hari akhir daripada akal.” (Dar-ut Ta’arudh, 1/80)

Akal Tidak Mungkin Bertentangan dengan Dalil Al Qur’an dan As Sunnah


Inilah yang diyakini oleh Ahlus Sunnah wal Jama’ah iaitu dalil akal tidak mungkin bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah yang sahih sama sekali. Maka tidaklah tepat jika seseorang mengatakan bahawa logik (dalil akal) bertentangan dengan dalil syar’i. Jika ada yang menyatakan demikian, maka hal ini tidak terlepas daripada beberapa kemungkinan:
[Pertama] Itu sebenarnya syubhat (kekeliruan) dan bukan logik (dalil akal) yang benar.
[Kedua] Dalil syar’i yang digunakan bukanlah dalil yang boleh diterima, mungkin kerana dalilnya yang tidak sahih atau adanya salah pemahaman.
[Ketiga] Hal ini kerana tidak mampu membezakan antara sesuatu yang mustahil bagi akal dan sesuatu yang tidak difahami oleh akal dengan sempurna. Syari’at itu datang minimum dengan dalil yang tidak difahami oleh akal secara sempurna. Dan Syari’at ini tidak mungkin datang dengan dalil yang dianggap mustahil bagi akal.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan,
وَالرُّسُلُ جَاءَتْ بِمَا يَعْجِزُ الْعَقْلُ عَنْ دَرْكِهِ . لَمْ تَأْتِ بِمَا يُعْلَمُ بِالْعَقْلِ امْتِنَاعُهُ
Rasul itu datang dengan wahyu minima yang tidak digapai oleh akal dengan sempurna. Namun beliau tidaklah datang dengan wahyu yang mustahil bagi akal untuk memahaminya.” (Majmu’ Al Fatawa, 3/339). Semoga kita dapat memahami hal ini.

Sikap Ekstrim dan Pertengahan dalam Meletakkan Akal

Ada dua sikap ekstrim dalam meletakkan akal.
Sikap pertama: Yang menjadikan akal sebagai satu-satunya landasan ilmu sedangkan dalil Al Qur’an atau dalil syar’i hanya sekedar tabi’ (pengikut). Akal pun dianggap sebagai sumber pertama dan dianggap akal tidak perlu pada iman dan Al Qur’an. Inilah sikap yang dimiliki oleh Ahlul Kalam.
Sikap kedua: Yang sangat mencela dan menjelek-jelekan akal, juga menyelisihi dalil logik yang jelas-jelas tegasnya, serta mencela dalil logik secara mutlak. Inilah sikap kaum Sufiah. (Majmu’ Al Fatawa, 3/338)
Sikap yang benar dan pertengahan adalah sikap yang menjadikan akal sebagai berikut:
  1. Akal adalah petunjuk untuk mengetahui dalil syar’i (dalil Al Qur’an dan As Sunnah)
  2. Akal tidak boleh berdiri sendiri namun perlu pada cahaya dalil syar’i. Tanpa adanya cahaya dalil Al Qur’an dan As Sunnah, akal tidaklah mungkin boleh memandang atau memahami suatu perkara dengan benar.
  3. Jika akal bertentangan dengan dalil syar’i, maka dalil syar’i yang mesti didahulukan kerana akal hanya sekedar petunjuk untuk mengetahui dalil sedangkan dalil syar’i memiliki ilmu dan pemahaman yang lebih dibanding akal.
  4. Akal (logik) yang benar tidaklah mungkin bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah.
  5. Akal yang tercela adalah akal yang bertentangan dengan dalil Al Qur’an dan As Sunnah.
Meletakkan Akal dalam Beberapa Kes

Di antara penggunaan akal yang keliru adalah penggunaannya dalam memikirkan perkara-perkara ghaib seperti memikirkan sifat-sifat Allah dan keadaan hari kiamat.
[Contoh pertama]
Hadis tentang nuzul iaitu turunnya Allah ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ
Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malamnya turun ke langit dunia hingga tinggal sepertiga malam terakhir. Rabb mengatakan, “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu, maka akan Aku kabulkan. Barangsiapa meminta padaKu, maka akan Aku berikan. Barangsiapa meminta ampun padaKu, Aku akan mengampuninya”.” (HR. Al-Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 758)
Sebahagian orang menanyakan, “Bagaimana mungkin Allah turun ke langit dunia? Ini bererti ‘Arsy-Nya kosong. ” Atau mungkin ada yang menyatakan, “Kalau begitu Allah akan terus turun ke langit dunia kerana jika di daerah A adalah sepertiga malam terakhir, bahagian bumi yang lain beberapa saat akan mengalami sepertiga malam juga. Ini akan berlangsung terus menerus.”
Inilah akal-akal yang muncul daripada sebahagian orang. Jawapannya sebenarnya cukup mudah. Ingatlah dalam masalah ini, kita mesti bersikap pasrah, tunduk dan menerima dalil. Tugas Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah menyampaikan wahyu, sedangkan tugas kita adalah menerima secara lahir dan batin. Kalau kita tidak memahami hal ini, itu mungkin saja logik atau akal kita yang tidak memahaminya dengan sempurna. Jadi, sama sekali logik kita tidak bertentangan dengan dalil tersebut. Hanya saja kita kurang sempurna dalam memahaminya.
Lalu jika ada yang mengemukakan kekeliruan di atas, cukup kita katakan, “Hal semacam ini tidaklah pernah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu pula para sahabat radhiallahu ‘anhum tidak pernah mendapatkan tafsiran mengenai hal ini. Jadi, dalam masalah menanyakan hakikat (kaifiah) turunnya Allah, kita hendaknya berhenti dan tidak berbicara tentangnya. Kita meyakini dan memahami adanya sifat nuzul (turunnya Allah ke langit dunia), namun mengenai hakikatnya kita katakan wallahu a’lam (Allah yang lebih mengetahui).”
Jadi pertanyaan semacam di atas tidak pernah dicontohkan oleh para sahabat, sehingga dalam hal ini kita semestinya tidak menanyakannya pula.
Mungkin yang kita bayangkan tadi: “Bagaimana Allah boleh turun ke langit dunia? Bererti ‘Arsy-Nya kosong”; yang kita bayangkan sebenarnya adalah keadaan yang ada pada makhluk. Dan ingatlah bahawa Allah itu jauh berbeza dengan keadaan makhluk, janganlah kita samakan. Allah Ta’ala berfirman,
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Asy Syuraa: 11). Jika sesuatu tidak mungkin terjadi pada makhluk, maka ini belum tentu tidak boleh terjadi pada Allah yang Maha Besar.
[Contoh kedua]
Disebutkan dalam suatu hadis bahawa pada hari kiamat nanti posisi matahari akan begitu dekat dengan manusia.
Dari Al Miqdad bin Al Aswad, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ
Matahari akan didekatkan pada makhluk pada hari kiamat nanti hingga mencapai jarak sekitar satu mil.” Sulaiman bin ‘Amir, salah seorang perawi hadis ini mengatakan bahawa dia belum jelas mengenai apa yang dimaksud dengan satu mil di sini. Boleh jadi satu mil tersebut adalah seperti jarak satu mil di dunia dan boleh jadi jaraknya adalah satu celak mata. (HR. Muslim no. 7385)
Jadi, isi pentingnya matahari ketika itu akan didekatkan dengan jarak yang begitu dekat.
Ada mungkin yang mengatakan, “Saat ini jika matahari didekatkan ke bumi dengan jarak satu mil –padahal suhu matahari begitu tinggi (suhu permukaannya sekitar 6000oC)-, tentu saja bumi akan hangus terbakar. Lalu apa yang terjadi jika matahari didekatkan ke kepala dengan jarak yang begitu dekatnya?!”
Dalam hadis riwayat muslim di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِى الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا
Peluh manusia ketika itu sesuai dengan keadaan amalannya. Ada di antara mereka yang peluhnya sampai di tumit. Ada pula yang peluhnya sampai di paha. Ada yang lain sampai di pinggang. Bahkan ada yang tenggelam dengan peluhnya.
Jika kita memerhatikan, hadis ini terasa bertentangan dengan logik kita. Namun sebenarnya dapat kita katakan, “Kekuatan manusia ketika hari kiamat berbeza dengan kekuatannya ketika sekarang di dunia. Namun manusia ketika hari kiamat memiliki kekuatann yang luar biasa. Mungkin saja jika manusia saat ini berdiam selama 50 hari di bawah terik matahari, tanpa adanya naungan, tanpa makan dan minum, pasti dia akan mati. Akan tetapi, sangat jauh berbeza dengan keadaan di dunia. Bahkan di hari kiamat, mereka akan berdiam selama 50 ribu tahun, tanpa ada naungan, tanpa makan dan minuman.” (Syarh Al ‘Aqidah Al Wasithiah, hal. 370)
Isi pentingnya, logik kita tidaklah mungkin bertentangan dengan akal. Jika bertentangan, maka logik kitalah yang patut dipersoalkan.
Demikian beberapa penjelasan dari kami mengenai cara meletakkan akal. Semoga Allah selalu memberi taufik dan hidayah kepada kita untuk memahami ajaran Al Qur’an dan As Sunnah, juga semoga kita dapat meletakkan akal sesuai tempatnya.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Allahumma sholli ‘ala Nabiyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.
Rujukan:
Dar-ut Ta’aarudh Al ‘Aqli wan Naqli, Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni, Darul Kanuz Al Adabiah Riadh
Ma’alim Ushul Fiqh ‘Inda Ahlis Sunnah wal Jama’ah, Muhammad bin Husain bin Hasan Al Jaizani, Dar Ibnul Jauzi
Majmu’ Al Fatawa, Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni, Darul Wafa’
Sahih Al Al-Bukhari, Muhammad bin Isma’il Al Al-Bukhari, Mawqi’ Wizarotil Awqof
Syarh Al ‘Aqidah Al Wasithiah, Muhammad bin Sholeh Al Uthaimin, Daarul ‘Aqidah
Zaadul Muhajir – Ar Risalah At Tabukiah, Ibnu Qayyim Al Jauziah, Darul Hadis
***
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Selesai disusun di Panggang, Gunung Kidul, 4 Rajab 1430 H

WAJIB BG SEORANG MUKMIN UNTK BERIMAN KPD RASUL

Kewajipan Menerima Apa Yang Dibawa Nabi


Terimalah Apa Yang Disampaikan Oleh Nabi saw dan Tinggalkanlah Segala Yang Dilarang Oleh Nabi saw,Kerana Baginda Lebih Mengetahui Baik dan Buruk Sesuatu Urusan

 
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ



Allah berfirman:”Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” (Al-Hasyr 59:7)
Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini, “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”, dengan berkata, yakni walau bagaimanapun perintah baginda saw maka laksanakanlah dan walau bagaimanapun larangan baginda saw maka jauhkanlah,kerana baginda pasti memerintahkan yang baik dan melarang yang buruk”
Diriwayatkan oleh Ahmad,dari Abdullah bin Mas’ud,ia berkata, “Allah telah melaknat perempuan yang mengukir tatoo dan yang meminta tatoo, yang mencabut bulu wajahnya (alisnya), yang membelah (giginya) untuk kecantikan,yang mengubah ciptaan Allah swt”, hal tersebut didengar oleh oleh seorang perempuan dari Bani Asad yang ada didalam rumah, yang biasa dipanggil dengan Ummu Ya’qub,maka dia mendatangi Ibnu Mas’ud dan kemudian berkata, “Apakah benar kamu yang mengatakan begini dan begini?” Dia menjawab, “Mengapa saya tidak melaknak orang yang dilaknat oleh Rasulullah saw,sedangkan hal itu tertera didalam Al-Quran”, perempuan itu berkata, “Saya telah membaca seluruh isi Al-Quran tetapi saya tidak menemukannya”, Dia berkata, “Kalau kamu membacanya, maka kamu akan mendapatkannya.Tidakkah kamu membaca firman Allah swt, “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”, Perempuan itu menjawab, “Tentu”, Dia berkata, “Sesungguhnya rasulullah saw telah melarangnya”, Perempuan itu berkata, “Saya kira keluarga mu juga melakukannya”, Dia berkata, “Pergilah dan lihatlah”, maka perempuan itu pergi dan tidak menemukannya, perempuan itu datang kembali dan berkata, “Saya tidak melihat apa-apa”, Dia berkata, “Kalau saja hal tersebut terjadi,nescaya kami tidak akan bersatu lagi (yakni aku akan menceraikannya” (HR Bukhari no 4887 dalam Fathul Bari (VIII/498), dan Muslim no 2125)
Juga tercantum dalam Ash-Shahihain, dari Abu Hurairah ra,bahawa Rasulullah saw bersabda,”
إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم وما نهيتكم عنه فاجتنبوه
Rasulullah saw bersabda,”Apabila saya telah memerintahkan sesuatu kepada kalian,maka lakukanlah semampu kalian,dan apa yang saya larang,maka hindarilah” (HR Bukhari dan Muslim)
Ibnu Kathir menafsirkan, “Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” dengan berkata, yakni bertaqwalah dalam melaksanakan perintah-perintahNya dan dalam menghindari larangan-laranganNya kerana hukumanNya sangat keras bagi orang yang melanggar larangan-Nya.
Hadis-Hadis Nabi saw berkenaan pentingnya untuk ittiba’ kepada perintah Nabi saw dan meninggalkan larangan-larangan baginda

صلى الله عليه وسلم قال : دعوني ما تركتكم إنما أهلك من كان قبلكم سؤالهم واختلافهم على أنبيائهم فإذا نهيتكم عن شئ فاجتنبوه وإذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم

Rasulullah saw bersabda,”Biarkanlah aku,apa-apa yang telah aku tinggalkan untukmu,sesungguhnya yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan mereka dan sikap mereka yang selalui menyalahi nabi-nabi mereka.Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhilah dan apabila aku memerintahmu dengan sesuatu, maka lakukanlah sekuat tenagamu (semampumu)” (HR Bukhari dan Muslim)

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى من أطاعني دخل الجنة و من عصاني فقد أبى
 
Rasulullah saw bersabda,”Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang menolak”, dikatakan: “Siapakah yang menolak ya Rasulullah?” Beliau bersabda,”Barangsiapa taat (setia) kepadaku dia pasti masuk syurga dan barangsiapa mendurhakai maka bererti dia menolak” (HR Bukhari)