Sabtu, 5 Februari 2011

sendiri mahu ingt

Hukum Menonton Wayang

Saya nak tahu, apakah hukum menonton wayang? Ada orang kata ia HARAM kerana ia merupakan tempat yang bercampur dengan maksiat. Contoh pergi menonton wayang besama isteri filem Cicak Man. Bagaimana pula jika membeli DVD Cetak Rompak, dengan alasan bahawa menonton wayang adalah HARAM. Boleh sahabat al-ahkam huraikan.
jawapan:
wa’alaikumussalam
Kami akan menjawab soalan zaliasma dengan kada yang termampu, Insyaallah.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:
“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
——–

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.
Sekian, wassalam
===========
1. Fatwa al-Qaradhawi – http://www.qaradawi.net/site/topics/printArticle.asp?cu_no=2&item_no=3589&version=1&template_id=232&parent_id=17

2. Fatwa Dr Ahmad Syarabasi – http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544786

ketahui lah..ALLAH Maha Melihat

Mengambil Jam Yang dijumpai di dalam toilet


apa hukum mengambil jam org yg tertinggal di dlm toilet yg kita pasti tiada org akan datang tuntut. apa perlu dibuat dgn jam itu, boleh kah sedekahkan sedikit wang atas nama tuan punya jam dan jam itu kita gunakan macam hak kita kerana kita dah bayar empunya jam atas nama sedekah tadi. kalau tak boleh buat macam tu, apa kita perlu buat dgn jam itu? buang atau letak di masjid ?
jawapan:
ni dibahaskan dalam hukum Luqatah (اللقطة) atau Barang Tercicir. Dalam alQur:an misalnya (maka peti itu dipungut oleh Keluarga Pharaoh) AQT alQasyasy:08
istilah fiqihnya,” luqathah=barang terhormat/bernilai yg tidak terjaga dan yg menemukannyatidak tahu siapa pemiliknya (Nihayah alRimli alSyafi’iy 5/422 (bulaq)

Hukum mengambil jam tercicir itu sunat di sisi madzhab Syafi’iy jika pemungutnya merasayakin dapat melaksanakan amanahnya. menurut Ibn Qudamah, boleh memungutnya jika ia yakin pada dirinya dan mampu menguruskan pengumumannya (alMughni 5/631)
Anda tidak boleh melakukan sedeqah dan mengggunakan jam itu kerana bercanggah dgn hukum luqathah. Jam itu hendaklah di serahkan kepada pihak berwajib yg mengurus bangunan tersebut.

laikiim mujahd

Hukum Lawat Website Blue

ada kemusykilan disini, saya ingin bertanya apa hukumnya jika seorang muslim membuka laman web lucah yang menawarkan video lucah untuk didownload, yang saya kesalkan laman tersebut telah pun dibuka beberapa harini oleh orang melayu islam di Malaysia.
2. Apa hukumnya kiranya saya mengajak beberapa rakan ‘godam’ laman lucah tersebut untuk tujuan mengelakkan maksiat berlaku. Laporan ke hosting server iaitu syarikat webhosting Telekom tiada kesan padanya maka saya ingin buat cara tersendiri.
3. Apakah dosa orang yang bersubahat lebih besar dari orang yang melakukannya, kerana ramai user dari malaysia menyokong tindakan laman itu dibuka.
wassalam.
jawapan:


1. Hukum membuka laman web lucah ni adalah ijma’ di kalangan ahli ilmu dan ahli akhlak adalah suatu hukum yang maklum dan tidak memerlukan di buka AQ dan alKitab. Hatta kerajaan Cina yg menganut komunisme pun tidak membenarkan laman web lucah dibuka oleh warga Cina. Kelucahan tidak syak lagi meruntuhkan akhlak kemanusiaan.
2. Usaha menghapuskan kemungkaran ini dilihat kepada kekuatan kita. Jika kita mampu gunakan tertib yg dianjurkan oleh nabi saw: dgn kuasa, dgn lisan dan akhir sekali dgn hati), maka gunakanlah saluran sedia ada, spt lapuran polis, lapuran kepada Suruhanjaya Komunikasi, NGO, ISP, dsbnya
3. Orang yg melakukan dosa dan yg bersyubahat ni akan dikumpulkan dalam satu geng di Akhirat:
Dalilnya:
” kumpulkan orang2 yg dzalim dan kuncu-kucu mereka” AQT 37: 22

siapa yg lebih besar dosanya akan diketahui selepas Hisab.

lantaran itu ketahui la dikau bahawa alquran sgt mulia

Berdosake Baca al-Quran Tanpa Tajwid

Soal:
Kami mendengar bahawa membaca al-Quran dgn tajwid adalah suatu kewajipan, si pembaca akan berdosa jika tidak memeliharanya. Adakah ini bermakna mereka yg tidak mahir dgn hukum ini hendaklah dia memelihara bacaannya supaya dia tidak berdosa? Ini juga bermakna lebih 3/4 dari umat ini berdosa kerana membaca al-Quran tanpa mengetahui hukum hakamnya?
Jawab:
Adapun ulama’-ulama’ tajwid yg terdahulu, mereka berpendapat bahawa kemahiran hukum-hukum tajwid adalah satu perkara yang wajib, berdosa jika meninggalkannya. Tetapi ulama’ muta’akhirin berpendapat padanya terdapat suatu kesempitan, oleh itu mereka telah menetapkan jika seseorang Muslim itu hendak membaca al-Quran atau menghafaznya, hendaklah dia mempelajari ilmu tajwid dan usulnya, kerana ia adalah wajib ke atasnya. Sesiapa yang bersikap sambil lewa terhadapnya sedangkan dia mampu utk mempelajarinya, maka dia berdosa jika dia membaca dan melakukan kesalahan yg nyata. Jika ia hanya kesalahan kecil, maka ia tidak sampai kepada batas-batas yg dilarang menurut ulama’ tajwid muta’akhirin.
Nabi Selawat telah menggalakkan umatnya utk mempelajari hukum-hakam al-Quran.
الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين
‘Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.’ [Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.ha]
Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa mempelajarinya sedang dia tidak tergagap-gagap, dia tidak akan tahu samada bacaan betul atau tidak. Adapun mereka yg tergagap-gagap, mereka mempelajarinya dari guru dan bersusah-payah utk mengikuti apa yg dipelajarinya.
Berkata Syeikh Abd Aziz bin Baz rahimahullahu ta’ala:
Org mu’min diperintahkan utk bersungguh-sungguh dalam menbaca al-Quran dan hendaklah dia membaca dgn org yg lebih tahu darinya sehingga dia mendapat faedah dan dapat memperbetulkan kesalahannya. Dia akan mendapat ganjaran padanya dan akan mendapat 2 kali ganda ganjaran sekiranya dia bersungguh-sungguh. Sebagaimana sabda Nabi Selawat:
الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين
‘Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.’ [Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.ha]
Dari Ensiklopedia Fiqh Kuwait:
Para ulama’ terdahulu berpendapat bahawa mempelajari hukum tajwid adalah wajib dan berdosa bagi mereka yg meninggalkannya. Samada ia berkaitan dgn kelancaran huruf (yg mana boleh mengubah struktur dan maknanya) atau selain dari itu seperti idgham dsb.
Berkata Muhammad bin al-Jazari: Memperbaiki bacaan adalah fardhu. Wajib ke atas pembaca utk membaca al-Quran dgn bacaan yg betul.
Ulama’ muta’akhirin telah bersepakat mengenai perincian di antara ‘wajib syar’ie’ iaitu bacaan yg ditinggalkan sehingga menukar struktur ayat dan merosakkan makna, dan ‘wajib shina’ie’ iaitu yang mewajibkan seseorg utk menyempurnakan kemahiran bacaannya. Inilah yg disebutkan oleh ulama’ dalam kitab-kitab tajwid seperti idgham, ikhfa’ dsb. Ini tidaklah berdosa jika dia meninggalkannya.
Berkata Syeikh Ali al-Qari selepas penerangannya mengani makhraj huruf dan sifat2nya, dan kaitannya dgn bahasa Arab:-
Sepatutnya hendaklah seseorang itu memelihara seluruh kaedah-kaedah yg wajib yg mana jika tidak, ia akan mengubah struktur ayat dan merosakkan makna, dan digalakkan utk memperbaiki sebutan dan mengindahkan cara bacaan . Kemudian dia berkata mengenai kesalahan kecil yang dilakukan oleh mereka yg tidak mengetahuinya kecuali org-org yg mahir dalam bacaan; ia tidak digambarkan sbg fardhu ain jika terdapat halangan pada si pembaca kerana ia termasuk dalam suatu kesempitan.
Berkata Muhammad bin al-Jazari: Membaca dgn tajwid adalah suatu kemestian dan mereka yg membaikkan bacaan adalah berdosa.
Berkata anaknya Ahmad dalam syarahnya:
Ia adalah suatu kewajipan bagi mereka yg mampu kerana Allah telah menurunkan kitab yg mulia dan disampaikan pada Nabi Selawat secara mutawatir dgn bertajwid. Ahmad bin Muhammad bin al-Jazari telah memberi penekanan ini bg mereka yg mampu.
الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين
‘Orang yg mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran.’ [Riwayat Syaikhan dari hadith Aisyah r.ha]
Wallahu A'lam

pengsan

Pengsan Ketika Puasa


Assalamualikum……
Saya ada sedikit kemusykilan. Adakah batal puasa sekiranya pitam/pengsan (kira2 10-30 minit) ketika berpuasa
Wassalam.
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr haizalutania dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menurut Imam Syafie rh dan Imam Ahmad rh, berpuasa bagi seseorang yang Pitam, tidur berpanjangan, koma dsb mempunyai 2 scenario :
1. Tidak sedar diri dari sebelum fajar sehinggalah terbenam matahari. Puasa begini tidak sah. Ini disebabkan konsep puasa adalah menahan diri didalam keadaan sedar, dengan niat melakukannya, dan dilakukan kerana Allah swt. Sabda Nabi saw :
يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي
“Meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya keranaKu” – [Hadith riwayat al-Bukhaari #1894; Muslim #1151]
2. Dia terjaga disebahagian waktu, samada pada awal, pertengahan atau hujung waktu, maka puasanya SAH. Menurut al-Hafiz Imam al-Nawawi setelah meneliti kesemua pandangan, beliau berkata bahawa :-
وأصح الأقوال : يشترط الإفاقة في جزءٍ منه
“Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari”
Alasannya adalah kerana seseorang yang bangkit pada siang hari puasa dapat akan menahan diri dari makan, minum dan syahwat didalam keadaan sedar.
Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah, jika sseorang itu tidak sedarkan diri berpanjangan (dari sebelum fajar hingga terbenam matahari), maka puasanya batal dan dikehendaki mengqada’ puasanya. Bagi seseorang yang sedarkan diri disebahagian harinya maka puasanya sah. Ini adalah pandangan Syafie dan Ahmad, dan juga disukai oleh Syeikh Utsaimin. (Lihat al-Majmu’, 6/346; al-Mughni, 4/344; al-Sharh al-Mumti’, 6/365). Bagi kes yang disebut diatas, disebabkan pengsannya hanya kira2 10-30 minit, maka puasanya masih sah. WA.

polisi

Mandi Selepas Asar di Bulan ramadhan


assalamualaikum

Adakah benar makruh hukumnya jika mandi selepas masuk waktu Asar sehinggalah sebelum masuknya waktu Maghrib ketika sedang berpuasa ?
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan sdr squid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Tidak benar kenyataan yang mengatakan makruh hukumnya mandi selepas waktu Asar semasa menjalani ibadat puasa. Malah membasahkan kepala dan berkumur-kumur pernah dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat untuk meredakan rasa hawa kepanasan (menyejukkan). Diriwayatkan dari salah seorang sahabat ra :-
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ الْمَاءَ وَهُوَ صَائِمٌ مِنْ الْعَطَشِ أَوْ مِنْ الْحَرِّ
“Aku melihat Rasulullah saw menuangkan air diatas kepalanya semasa beliau sedang berpuasa kerana kehausan atau kepanasan” -[Hadith riwayat Abu Daud #2365, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Sahih Abi Daud]
Didalam ‘Awn al-Ma’bud menyatakan bahawa ini bermakna dibenarkan oleh syara’ bagi seseorang yang sedang berpuasa melegakan dirinya dengan cara menuangkan air dikepala atau dikeseluruhan badannya. Tegasnya :
وَقَدْ ذَهَبَ إِلَى ذَلِكَ الْجُمْهُور وَلَمْ يُفَرِّقُوا بَيْن الاغْتِسَال الْوَاجِبَة وَالْمَسْنُونَة وَالْمُبَاحَة
“Ini adalah pandangan jumhur, dan mereka tidak membezakan diantara mandi yang wajib atau yang digalakkan atau dibenarkan”
Syeikh al-Qaradhawi didalam Fiqh Shiyaam memetik beberapa catatan Imam al-Bukhari didalam kitab sahihnya (Bab Mandinya orang berpuasa) dan salah satu catitan tersebut menceritakan bahawa:-
ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ثَوْبًا فَأَلْقَاهُ عَلَيْهِ وَهُوَ صَائِمٌ
“Ibn Umar pernah membasahkan pakaian dan melekapkan/menampal pada dirinya semasa dia sedang berpuasa.”
Dari hadith dan amalan para sahabat jelas menunjukkan Islam membenarkan umatnya melegakan diri dengan membasahkan kepala atau mandi bagi tujuan menyejukkan badan dan mengurangkan kehausan. Malah jika dikaji dengan teliti, banyak lagi kemudahan yang Islam berikan kepada umatnya bagi membantu mereka melakukan ibadat berpuasa dengan sebaik mungkin. WA.
wassalam
===============
Rujukan :

1. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Fiqh al-Shiyaam : taisir al-fiqh fi dhau’ al-Quran wa al-Sunnah. cetakan ke 3 : Beirut : Mua’asasah al-Risalah, 2001. ms 94.

ingtan

Sutrah: Sunnah Yang Dilupakan



1) Rasulullah SAW berdiri berhampiran dengan sutrah, dan jarak di antara Rasulullah SAW dan sutrah pembatas (sutrah) di hadapannya ialah 3 hasta (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
2)Jarak di antara tempat sujud dengan sutrah itu ialah cukup untuk dilalui seekor anak kambing (al-Bukhari dan Muslim)
3) Sabda Nabi SAW: Janganlah kamu solat tanpa memasang sutrah dan janganlah engkau membiarkan seseorang lalu di hadapan kamu. Sekiranya dia tetap mahu menlintas di hadapan kamu, maka lawanlan dia kerana dia ditemani syaitan (Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, sanadnya Jayyid)
4) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sutrah, hendaklah dia mendekati sutrahnya sehingga syaitan tidak dapat memutuskan solatnya (Abu Daud, al-Bazzar, dan al-Hakim. Al-Hakim mensahihkannya dan disetujui oleh adz-Dzahabi dan an-Nawawi)
5)Kadangkala baginda saw memilih berhampiran tiang yang ada di dalam masjidnya
6) Apabila baginda saw bersolat (di tempat terbuka yang tiada sesuatupun yang membatasinya), baginda SAW mencacakkan tombak di hadapannya, lalu solat menghadap tombak tersebut, sedang para manusia bersolat di belakangnya (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)
7) Kadangkala baginda SAW melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW solat menghadap haiwan tersebut. (al-Bukhari dan Ahmad)
8) Kadangkala baginda SAW solat menghadao ke tempat di mana Aisyah RA tidur. ( al-Bukhari, Muslim dan Abu Ya’la)
9) Satu ketika, ketika baginda SAW sedang bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda SAW, lalu baginda SAW maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding (sehingga anak kambing tersebut lalu dibelakangnya). (Ibn Khuzaimah, Thabarani, dan al-Hakim. Di sahkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh adz-Dzahabi)
10) Bila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklak kamu tolak sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya (untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan. (al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah)
Dari Nafi’, dia berkata: “Bahwasanya Ibnu ‘Umar jika tidak mendapati jalan menuju ke salah satu tiang dari tiang-tiang masjid, dia berkata kepadaku: “Palingkan punggungmu untukku.”(Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (1/ 279), dengan sanad shahih.)

Permasalahan-Permasalahan Seputar Sutrah
[a]. Sutrah ketika sholat dapat menggunakan apa-apa yang berada di arah kiblat seperti tembok, tongkat, atau tiang dan tidak ada pembatasan tentang lebar sutrah.
(b)Ukuran sutrah yang mencukupi bagi orang yang shalat, sehingga dia bisa menolak bahayanya orang yang lewat, adalah setinggi pelana
Sedangkan orang yang mencukupkan sutrah yang kurang dari ukuran itu dalam waktu yang longgar tidak diperbolehkan.
Dan dalilnya dari Thalhah, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Artinya : Jika salah seorang dari kalian telah meletakkan tiang setinggi pelana di hadapannya, maka hendaklah ia shalat dan janganlah ia memperdulikan orang yang ada di belakangnya.”(Muslim dalam Shahih-nya no. (499)
Dari ‘A`isyah -Radhiyallahu ‘anha-, dia berkata: “Pada waktu perang Tabuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam- ditanya tentang sutrahnya orang yang shalat, maka beliau menjawab: “Tiang setinggi pelana.”"(Muslim di dalam Shahih-nya no. (500).)
Dan dari Abu Dzar, dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Artinya : Jika salah seorang dari kalian berdiri melakukan shalat, maka sesungguhnya dia telah tertutupi jika di hadapannya ada tiang setinggi pelana. Jika tidak ada tiang setinggi pelana di hadapannya, maka shalatnya akan diputus oleh keledai atau perempuan atau anjing hitam.”(Muslim di dalam Shahih-nya no. (510))

Ukuran panjang pelana adalah sepanjang (satu) hasta. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Atha`, Qatadah, ats-Tsaury serta Nafi’.(Mushannaf Abdurrazzaq (2/ 9, 14, 15), Shahih Ibnu Khuzaimah no.(807), Sunan Abu Dawud no. (686))
Sehasta adalah ukuran di antara ujung siku sampai ke ujung jari tengah.(Lisanul ‘Arab (3/ 1495).)
[d]. Sesungguhnya sutrah (tabir penghalang) disyariatkan bagi imam dan orang-orang yang sholat secara munfarid (sendiri) baik sholat wajib lima waktu maupun shalat sunnat
[e]. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam, maka diperbolehkan melewati makmum apabila ada hajat (kepentingan).
utk bacaan lebih detail, boleh masuk ke page ini
http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1265&bagian=0
atau boleh juga dptkan buku yg bertajuk Al-Qawl Al-Mubin Fii Akhthaa Al-Mushalliin, Edisi Indoensia atas Kekeliruan Praktek Ibadah Shalat, Oleh Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan bin Salman,

peringatan!!!!

Seks Dalam Keadaan Berbogel

Apakah hukum berjimaa’ dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an ” Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu”?
jawapan:


1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.
Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:
” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:
” dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” AQT 23:5
mafhum alhadith:
” jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.” al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)
Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.
2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.”)
Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima’ berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

wajib baca

Adik dan abang angkat


assalamualaikum ustaz…
saya ragu2 dengan rakan2 saya yang asyik dengan adik dan abang angkat mereka… ap yang saya tahu hubungan angkat hanyalah anak angkat..boleh ustaz terangkan dengan lebih lanjut..

jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Mengambil adik angkat atau abang angkat (sesama jantina) dengan makna merapatkan ukhuwwah sesama Islam, tidak dilarang dalam Islam.
- Yang dilarang dalam Islam ialah mengambil anak angkat dengan menisbahkannya kepada ayah angkat. Maka perbuatan ini diharamkan oleh Islam sebagaimana dalam ayat:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ

Maksudnya: Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. (Al-Ahzab: 5).

Adapun, mengambil anak angkat dengan makna membelanya atau mentarbiahnya tanpa ditukar nasab asalnya, maka ia tidak mengapa. Begitu juga, mengambil adik angkat dengan makna merapatkan ukhuwwah sesama saudara Islam.
Wallahu A’lam.
tambahan daripada saya: Hubungan angkat adalah bukan mahram, maka batas-batas sama sahaja dengan rakan-rakan, janganlah ke hulu ke hilir bersama, bemanja-manja dan lain lain
.

Satu Respons kepada “Adik dan abang angkat”

assalamualaikum ustaz..
ape pndangan ust tentg hubungan adik angkat laki ngan kakak agkat, klu ada blh x bg conth para sahabt yg ada wt hubngan cmni
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Hubungan antara abang angkat, kakak angkat adalah bukan mahram. Lalu hubunganya sama sahaja dengan bukan mahram yang lain. Tiada beza kawan, abang angkat, kekasih dan lain-lain, semuanya bukan mahram

tgk la!!!

Perempuan Berambut Pendek


Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?
jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki. Kerana syarak melarang wanita menyerupai lelaki, dalam hadis:

لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat wanita yang meyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4099) dan Tirmizi (no: 2784). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Kata Syeikh Uthaimin: Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.
- Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya d hadapan orang lain, atau tidak mendedahkan rambutnya. Bagi yang mendedahkan rambutnya, dosanya lebih besar kerana membuka aurat.
- Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek, tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak.
Dalam Sahih Muslim:
وكان أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يأخذن من رؤوسهن حتى تكون كالوفرة

Maksudnya: Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’ (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga). (Sahih Muslim no: 320).

Kata Imam Nawawi: Hadis ini menunjukkan harus menipiskan rambut wanita, Wallahu A’lam. (Syarah Sahih Muslim 4/5)
Wallahu A’lam

ketemu lg

Ayat al-Quran sebagai ayat pengasih

Soalan: Assalamualaikum Ustaz,
Seorang teman blogger memberitahu tdapat ayat2 dlm Al-Quran yg blh diguna utk memudahkan kita melupakan/membenci seseorang (khususnya diapplikasi oleh golongan yg bcerai/bpisah). Benarkah ? Jika ya, apakah ayat tersebut dan bagaimana amalannya?
Jazakallah KK
Jawapan:
Al-Quran adalah kitab hidayah (petunjuk) dan rahmat, menyelesaikan permasaalahan umat, menyeru kepada persaudaraan dan kasih-sayang. Allah SWT berfirman:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (ali Imran: 103) Yang menyeru kepada kebencian, permusuhan dan perbalahan adalah perbuatan Syaitan yang dilaknat. Allah berfirman di dalam al-Quran:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Maksudnya: “Hanyasanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah (kamu semua dari mengerjakannya).” (al-Maidah:91) Bagaimana kawan saudara tergamak menisbah perkara yang sehodoh itu kepada al-Quran yang merupakan kalam Allah SWT. Ini adalah satu kesalahan yang besar. Wajib ke atas dia bertaubat dari salah fahamnya yang teramat keji dan hina itu.
Dia telah terpedaya dengan tipu daya syaitan. Ini kerana dia jahil dan dia pula tidak mahu berusaha untuk menghilangkan kejahilannya. Nasihatkan kawan saudara supaya dia rajin-rajinkan dirinya menuntut ilmu-ilmu agama yang merupakan kewajipan ke atas dirinya, sehingga dia reti untuk membezakan antara perkara yang benar dan yang batil, Sesungguhnya dia dan kita, semuanya akan ditanya diakhirat kelak,
***Bagi yang mengalami masalah rumah tangga umapamanya, sehingga ke peringkat penceraian. Nabi SAW mengajarkan supaya setiap orang meminta pertunjuk daripada Allah dengan menunaikan solat Istikharah dan membaca doa yang diajarkan oleh Nabi SAW, yang mana di dalam doa tersebut ada permintaan yang maksudnya lebih kurang:
“Ya Allah, sekiranya perkara ini buruk untuk aku, agama ku dan kehidupanku, maka jauhilah ia daripadaku dan jauhkanlah aku darinya…”
Sila rujuk soal-jawab untuk solat istikharah.

kepentingan baca bismilah

Maksud Bismillah!



…sedangkan maksud BISMILLAH tu pun kalau nak huraikan seluruh air laut yang ada kat dunia ni tak cukup…..



ade orang cakap kat saya but saye tak berapa paham boleh tak siape2 tolong terangkan…
jawapan:
wa’alaikumussalam.
Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ahli_fikir dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kemungkinan yang di maksudkan “kalau nak huraikan seluruh air laut yang ada kat dunia ni tak cukup….. ” boleh dibahagikan kepada 2 :-
a. Basamalah (Bismillah) menjelaskan 3 Nama Allah yang amat luas skopnya; Allah, al-Rahman dan al-Rahim.
b. Basmalah itu sendiri merupakan ayat tergantung. Ia disambungkan dengan perbuatan si-pembaca tersebut.

1a. Allah – dinamakan lafaz Jallaalah. Syiekh Salih al-Munajjid menyebut :-
هو الاسم الأعظم وهو أعرف المعارف الغني عن التعريف ، وهو علم على الباري جل جلاله مختص به دون سواه والصحيح أنه مشتق من أله يأله ، ألوهة وإلهة
فهو إله بمعنى مألوه أي معبود فهو : ذو الألوهية .

“(Allah) iaitu nama yang Agung dan ia amat dikenali sehingga tidak perlu kepada penjelasan, ia merupakan nama kepunyaan ekslusif kepada pembuat dan tidak ada yang menyamainya. Pendapat yang sahih ialah ia diambil dari kata dasar ALIHA; iaitu dia adalah Tuhan (ilaah), dengan makna ia di sembah dan ‘divine’.”

1b. al-Rahman -
اسم من أسماء الله الخاصة به ، ومعناه ذو الرحمة الواسعة لأن وزن فعلان : يدل على الامتلاء والكثرة وهو أخص أسماء الله بعد لفظ الجلالة ، كما أن صفة الرحمة هي أخص صفاته ولذا غالبا يأتي ترتيبها بعد لفظ الجلالة كما في قوله تعالى ( قل ادعوا الله أو ادعوا الرحمن .. الآية )
“salah satu dari nama-nama Allah yang khas untuknya. Maknanya : yang memiliki Rahmah yang meluas, kerana sesungguhnya wazan fa’laan menunjukkan sepenuhnya dan banyak. Ia merupakan nama yang sangat khusus selepas lafaz/nama Allah (Jallaalah), sebagaimana Rahmah merupakan sifatnya yang khusus. malah nama ini biasa akan muncul selepas nama Allah, sebagaimana ayat :’Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman” ‘ [al-Isra’ 17:110].

1c. al-Rahim :-
اسم من أسماء الله : معناه الموصل رحمته إلى من يشاء من عباده
“Salah satu nama dari nama2 Allah. Maknanya Dia yang menyebabkan rahmat itu sampai kepada hambanya yang dia kehendaki”

Misalan ini boleh didapati didalam 2 ayat al-Quran dibawah ini :-
وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا
“Dia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat). “[al-Ahzaab 33:43]

إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka.” [al-Tawbah 9:117]

Ibn Qayyim didalam kitabnya Badaa’i’ al-Fawaa’id (1/24) berkata :
ولم يجئ قط ( رحمن بهم ) فعلم أن رحمن هو الموصوف بالرحمة ، ورحيم هو الراحم برحمته
“dan tidak digunakan perkataan ‘Rahman’ [ddialam ayat diatas], maka kita tahu bahawa Rahman bermakna dia yang mempunyai sifat ‘rahmah’, dan al-Rahim bermaksud kepada siapa yang diberikan rahmahnya”
————-

2a. Ulama2 juga mengatakan bahawa perkataan (بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ) – “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” merupakan ayat tergantung. Misalnya, seseorang yang ingin makan akan membaca “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” dan dikuti dengan perbuatan makan tersebut. Dengan ertikata lain Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Aku Makan….. Oleh kerana itulah menjadi sunnah memulakan pekerjaan dengan basamalah. Perbuatan seseorang yang membaca Basmalah yang menjadikan ayat itu sempurna (tidak tergantung lagi). Ibn Jarir ra. meriwayatkan bahawa Alalh swt mengajar Nabi saw akan memerintahkan manusia agar sebelum memulakan apa2 pekerjaan dengan menyebut Nama2 Allah yang baik2.
Ini menjelaskan bahawa basamalah ini amat luas dari segi MAKNA dan juga PENGUNAANNYA. WA.

salam kpd Baginda

Kirim Salam kepada Rasulullah SAW

Adakah amalan mengirim ucapan salam kepada Rasullah SAW melalui orang lain yang hendak ke Baitullah/menziarahi Makam Rasullullah SAW adalah dibolehkan & jika boleh bagaimanakah sepatutnya ia dilakukan?

jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdullah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr anaksoleh dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Seseorang yang menziarahi kubur Nabi saw disunatkan mengucapkan salam kepada baginda saw dengan ucapan:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته ، وصلى الله عليك وعلى آلك وأصحابك 

“Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu ‘alaika wa ‘ala aalika wa ashaabika”
“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”
Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja. Amalan mengirim salam kepada baginda saw atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya didalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw. Sheikh Saleh Al-Munajjid mengatakan :

إرسال من عجز عن الوصول إلى المدينة سلامه لرسول الله صلى الله عليه وسلم مع بعض الزوار ، وقيام بعضهم بتبليغ هذا السلام ، وهذا فعل مُبتدع ، وأمر مخترع ، فيا مرسل السلام ، ويا مبلغه كفّا عن ذلك ، فقد كُفيتما بقوله : ( صلوا عليَّ فإن تسليمكم يبلغني أين كنتم ) .
“Ada dikalangan mereka yang tidak dapat pergi ke Madinah mengirim salam kepada Nabi saw melalui mereka yang melakukan ziarah, beberapa dari mereka berdiri sambil menyampaikan salam tersebut. Ini adalah amalan bid’ah, dan perkara yang telah dicipta. Mereka yang mengirimkan salam dan mereka yang menyampaikannya hendaklah melakukan sedemikian, dan tidak ada keperluan melakukan demikian, kerana Nabi saw bersabda ‘Selawat keatas ku kerana sesungguhnya salam anda sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada’-[hadith riwayat Abu Daud #2042]“
Sheikh Nasyiruddin Al-Albani juga didalam buku Manaasik al-Haj wa Al-Umrah, didalam bab Bid’ah ziarah di Masjid Nabawi (Bid’ah no:133) mengatakan bahawa adalah perbuatan bid’ah :

 ـ إرسال العرائض مع الحجاج والزوار إلى النبي صلى الله عليه وسلم وتحميلهم سلامهم إليه
“Mengirim salam kepada para Haji dan penziarah keatas Nabi saw dan membebankan selawat mereka keatasnya”
Apa yang dianjurkan didalam Islam kepada sesiapa yang ingin memberi salam kepada Nabi ialah memperbanyakkan selawat kepada baginda dan tidak perlu mengirimkan melalui orang lain. Nabi saw bersabda :

إن لله في الأرض ملائكة سياحين يبلِّغوني من أمتي السلام
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat diatas bumi yang mengembara keliling meyampaikan kepadaku salam dari Umatku” – [Hadith riwayat Ahmad 1/144, Al-Nasaa'i #1282, dikelaskan sahih oleh Al-Albani]
Hanya kepada mereka yang berada di kubur Nabi saw, digalakkan memberi salam kepadanya dan juga memperbanyakkan selawat dimana sahaja mereka berada. Wallahu’alam.
wassalam
================
Rujukan :

1. Sheikh Saleh Al-Munajjid. [color="#800000" size="3"]مخالفات تقع عند زيارة المسجد النبوي </font>. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=36860&dgn=4&dgn=2
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Manaasik al-Haj wa Al-Umrah. Damsyik : maktabah Al-Islamiyyah, 1976.

ALLAH dan RASUL lbh mngetahuimya

Bernikah Semasa Mengandungkan Anak Luar Nikah

Salam, saya ade kemusykilan sket…
soalan saya :
1. Boleh ke kawen dgn pompuan yg tengah mengandung?
2. Camne klu yg dah terlanjur, leh ke klu bapak budak tu nak kawen dgn pompuan tu sbelum baby tu lahir?
3. Adekah pernikahan tuk soalan 1 dan 2 tu sah?
4. Klu da nikah, nak kene wat ape? cerai serta merta ke?
5. Adekah akan dikira zina klu diorang da nikah?
6. Apekah hak2 anak luar nikah? die xleh dibintikan kepada bapak die kan? so die leh ke klu nak kawen dgn bapak die?
7. Bapak die adalah bukan mahram kepada anak die?
8. seorang lelaki dan pompuan dah tinggal sekedudukan, leh ke klu dioran g kawen serta merta? ke nak tunggu tempoh dulu nak tgk pompuan tu ngandung ke x? klu xngandung leh kawen? klu ngandung xleh kawen?
wasalam…
jawapan:
al-Jawab:
Jawapan adalah berdasarkan madzhab Syafi’iy dan tarjih Syaikhul Islam Ibn Taymiyah sebagai perbandingan.
1. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang sedang mengandung?
Jawab:
Madzhab Syafi’iy membolehkan lelaki mengahwini perempuan hamil secara mutlak berdalilkan QS anNisaa’: 24 (dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian)
Pendapat Ibn Taymiyah: tidak sah nikahnya kerana wanita hamil wajib iddah terlebih dahulu. Dalilnya: QS alMumtahinan: 10 (wahai orang beriman apabila datang berhijrah kepadamu perempuan beriman, hendaklah kamu uji mereka)
HR Abu Sa’ied alKhudri ra, sabda saw, ” perempuan hamil dilarang dinikahi sampai ia melahirkan.” HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani

2. Lelaki yang terlanjur dengan seorang gadis, apakah boleh dia berkahwin sebelum kandungannya itu lahir?
Madzhab Syafi’iy: Boleh dan sah nikahnya. Dalil: QS anNuur: 03 (lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina)
IT: Boleh berkahwin selepas taubat dan selepas bersalin. (Majmu’ Fatawa, jld 32/ 5-224)

3. sah menurut madzhab syafi’iy dan tidak sah menurut Imam Ibn Taymiyah.
4. kalau dah nikah, nak buat apa?
syafi’iyah: Kalau dah nikah dan didapati perempuan itu hamil, maka jika lelaki tertipu, maka boleh cerai serta merta. Jika lelaki itu suka, maka akad nikah itu sah (almuhadzab, 2/45)
IT: kena cerai serta merta dan mahar dipulangkan. (MF jld 32, ibid)

5. apakah dikira zina kalau nikah?
syafi’iyah: kalau dah nikah dan lelaki sudah redha dan membayar mahar, maka sahlah.
IT: Nikah dengan perempuan tidak sah dan kalau jima’boleh dianggap zina

6. Anak luar nikah
semua madzhab tidak boleh dinasabkan kepada mana-mana lelaki. Apakah dia boleh kawin dengan lelaki yang berzina dgn ibunya?

syafi’iyah kata boleh, manakala IT kata tak boleh berdasarkan hadith Bukhari, “alwalad lil firash”yakni anak itu bagi lelaki yang menggauli si ibunya”, maksudnya anak yang ada DNA lelaki itu tetap haram walapun ia terjadi hasil dari zina.
Hukum ini berubah jika anak itu lahir dalam tempoh minimum 6 bulan selepas perkahwinan menurut madzhab syafi iy (seperti yg dibahaskan di ruangan Diskusi)
7. bukan mahram kerana mahram ditentukan melalui nasab yang sah
8. sudah dibahaskan di atas. ini soalan ulangan. sekian

bertunang

Bertunang ketika Belajar

di sini, saya ada 1 persoalan, apakah hukum bertunang semasa diri kita belum terlintas utk berkahwin apatah lagi tidak termampu utk berkahwin, lebih2 lagi sekiranya kita masih belajar dan belum bekerja esp budak ipta.
Dlm masyarakat hari ini, ramai yg mengambil kesempatan atas konsep tunang ini utk bercouple. kata mereka couple ini hampir sama ertinya dg tunang krna nak berkenalan asalkan jaga batas dari sudut islam memadailah. namun, satu persoalan, kalau belum ada perancangan utk berkahwin atau tidak mampu berkahwin, mengapa harus bertunang? saya rasa alasan yg mereka berikan hanyalah untuk justified tindakan mereka sedangkan mereka bercouple/bertunang adalah kerana utk bercinta bk utk mengenal. tp, bolehkah bercinta lama2 dlm islam terutama di luar perkahwinan. cinta itu sendiri boleh membawa perasaan rindu yg teramat sgt. bila rindu sudah menguasai hati, pasti ada perasaan ingin berjumpa. malah, perasaan rindu itu juga boleh menimbulkan zina hati. jadi inilah persoalan saya kemukakan. adakah boleh dalam islam seseorang itu bertunang sedang mereka belum merancang utk berkahwin dlm masa terdekat atau tidak mampu seperti masih belajar(ibubapa tak benarkan) atau tiada wang, lebih2 lagi dm masa yg panjang seperti student ipta??

jawapan:
al-Jawab:
RasuluLlah saw telahpun memberi jawapannya 1400 tahun yang lampau. Dari Ibn Mas’ood RA: (sabda saw)
terjemahnya:
“Wahai segenap pemuda, barangsiapa yang telah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia kahwin, kerana kawin itu lebih dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu kahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya.” [HR Bukhari dan Muslim]

bacala

Cara Memberi Salam



Soalan :
ana penah dgr waktu sekolah dulu tazkirah di mana kisahnya lebih kurang begini.. Rasulullah mengajar sahabat menjawab salam. sekiranya diberi salam ‘assalamualaikum‘ dijwb ‘waalaikumsalam warahmatullah‘. jika beri salam ‘assalamualaikum warahmatullah‘ maka dijwb ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘. dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh‘ maka dijawab ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘ atau ‘waalaikumsalam’ sahaja. Maknanya memberi salam yg paling panjang adalah ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh’ sahaja. mintak penjelasan para ustaz di sini. adakah ini hadis atau adakah hadis yg hampir dgn kisah di atas. ana nk pastikan apa yg pernah ana dgr waktu sekolah dahulu (6 thn sudah) benar atau tidak .. sekian..

Jawapan :
Seringkas-ringkas ucapan salam itu ialah Assalamu’alaikum. Sepanjang-panjang ucapan salam itu pula ialah Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ini berdasarkan hadith Nabi saw :
عن عمران بن الحصين رضي الله عنهما قال‏:‏ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ السلام عليكم، فرد عليه ثم جلس، فقال النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ “عشر” ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ ‏”‏عشرون‏”‏ ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ “ثلاثون”
Daripada ‘Imran bin Husain ra. katanya : “Datang seorang lelaki kepada Nabi saw lau dia mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(untuknya) sepuluh.” Kemudian datang pula orang lain lalu mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah.”  Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) dua puluh.” Kemudian datang orang yang lain pula, dan mengucapkan “Assalau’alaikum warahmatullah wabarakatuh.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) tiga puluh.”  (Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam kitabnya Riyadh al-Solihien dan berkata : “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dan beliau berkata : Hadith ini Hasan.)

bacala

Cara Memberi Salam



Soalan :
ana penah dgr waktu sekolah dulu tazkirah di mana kisahnya lebih kurang begini.. Rasulullah mengajar sahabat menjawab salam. sekiranya diberi salam ‘assalamualaikum‘ dijwb ‘waalaikumsalam warahmatullah‘. jika beri salam ‘assalamualaikum warahmatullah‘ maka dijwb ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘. dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh‘ maka dijawab ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘ atau ‘waalaikumsalam’ sahaja. Maknanya memberi salam yg paling panjang adalah ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh’ sahaja. mintak penjelasan para ustaz di sini. adakah ini hadis atau adakah hadis yg hampir dgn kisah di atas. ana nk pastikan apa yg pernah ana dgr waktu sekolah dahulu (6 thn sudah) benar atau tidak .. sekian..

Jawapan :
Seringkas-ringkas ucapan salam itu ialah Assalamu’alaikum. Sepanjang-panjang ucapan salam itu pula ialah Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ini berdasarkan hadith Nabi saw :
عن عمران بن الحصين رضي الله عنهما قال‏:‏ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ السلام عليكم، فرد عليه ثم جلس، فقال النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ “عشر” ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ ‏”‏عشرون‏”‏ ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ “ثلاثون”
Daripada ‘Imran bin Husain ra. katanya : “Datang seorang lelaki kepada Nabi saw lau dia mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(untuknya) sepuluh.” Kemudian datang pula orang lain lalu mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah.”  Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) dua puluh.” Kemudian datang orang yang lain pula, dan mengucapkan “Assalau’alaikum warahmatullah wabarakatuh.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) tiga puluh.”  (Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam kitabnya Riyadh al-Solihien dan berkata : “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dan beliau berkata : Hadith ini Hasan.)

salam

Gambar Kekasih



Diharapkan panel di sini sudi menjawab. Apakah hukum merenung gambar kekasih dgn perasaan rindu dan sayang :love sedangkan pemakaiannya di dalam gambar adalah sopan/menutup aurat? Adakah ianya juga dilarang? Diharap panel di sini dapat memberikan jawapannya. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.

jawapan:


Jawab:
Islam tidak melarang cinta dan kasihsayang. “Dijadikan indah pada manusia kecintaan pada apa-apa yg diingininya yaitu perempuan..” Ali Imran: 14
Walaupun Islam tidak menghalangnya, tapi Islam memantau dan membuat pagar-pagar cinta agar tidak menjerumuskan pasangan itu pada kecelakaan.
perihal memandang pasangan masing2, ia disuruh oleh agama.
HR Bukhari-Muslim dari alMughirah ra, ” adakah kamu melihat (bakal tunang kamu)? jawab alMughira,” Belum.” Sabda Nabi saw,” Lihatlah perempuan itu kerana dgn melihat membuka jalan kasihsayang antara kamu.”
melihat berulang kali itu pulak ditegah: HR Abu Daud dan atTermidhi dari Ali ra,” Wahai Ali, janganlah kamu susuli pandangan pertama dgn pandangan yg seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama adalah milik kamu, tapi pandangan kali kedua bukan lagi milik kamu.” WA