Sabtu, 5 Februari 2011

bacala

Cara Memberi Salam



Soalan :
ana penah dgr waktu sekolah dulu tazkirah di mana kisahnya lebih kurang begini.. Rasulullah mengajar sahabat menjawab salam. sekiranya diberi salam ‘assalamualaikum‘ dijwb ‘waalaikumsalam warahmatullah‘. jika beri salam ‘assalamualaikum warahmatullah‘ maka dijwb ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘. dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh‘ maka dijawab ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘ atau ‘waalaikumsalam’ sahaja. Maknanya memberi salam yg paling panjang adalah ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh’ sahaja. mintak penjelasan para ustaz di sini. adakah ini hadis atau adakah hadis yg hampir dgn kisah di atas. ana nk pastikan apa yg pernah ana dgr waktu sekolah dahulu (6 thn sudah) benar atau tidak .. sekian..

Jawapan :
Seringkas-ringkas ucapan salam itu ialah Assalamu’alaikum. Sepanjang-panjang ucapan salam itu pula ialah Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ini berdasarkan hadith Nabi saw :
عن عمران بن الحصين رضي الله عنهما قال‏:‏ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ السلام عليكم، فرد عليه ثم جلس، فقال النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ “عشر” ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ ‏”‏عشرون‏”‏ ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ “ثلاثون”
Daripada ‘Imran bin Husain ra. katanya : “Datang seorang lelaki kepada Nabi saw lau dia mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(untuknya) sepuluh.” Kemudian datang pula orang lain lalu mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah.”  Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) dua puluh.” Kemudian datang orang yang lain pula, dan mengucapkan “Assalau’alaikum warahmatullah wabarakatuh.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) tiga puluh.”  (Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam kitabnya Riyadh al-Solihien dan berkata : “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dan beliau berkata : Hadith ini Hasan.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan