Suara Salam Rasulullah Saw Selepas Kewafatan Baginda.

Tajuk : Suara Salam Rasulullah Saw Selepas Kewafatan Baginda.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Ada kelompok dari keturunan Rasulullah saw yang bergelar golongan Alawiyyin.Populasi mereka tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Mereka dikenali dengan nama Syed, Sayyid, Syarif, Habib dan Syarifah.Ada juga dikalangan mereka yang telahpun sampai ke Nusantara ini.
Pada abad ke-3 Hijrah, telah berlakunya kekacauan dan pemberontakan khususnya di negeri Iraq.Kerajaan Bani Abasiyah tidak mampu mengatasi pemberontakan dan kacau bilau dalam dunia islam waktu itu.Ahlul Bait Nabi diancam, diburu, dibunuh dan banyak berlaku fitnah dan kerosakan.Oleh itu ramai yang berpindah ketempat baru mencari dan memulakan penghidupan baru.
Salah seorang dari anak cucu keturunan Rasulullah saw ialah Al-Imam Ahmad Al-Muhajir, telah memilih untuk berhijrah ke Hadhralmaut, Yaman Selatan , iaitu sebuah negeri yang tandus dan gersang, jauh dari kesibukan kota dan keriuhan manusia demi membina semula sebuah suasana yang tenang dalam menunaikan tanggungjawab agama.Mereka berkorban meninggalkan pangkat dan kebesaran di tanah Hijaz dan Madinah, mereka pergi meninggalkan kemewahan dunia mencari sesuatu yang lebih bererti.
Cara hidup Al-Muhajir iaitu mencari kedamaian dan ketenangan diterima baik oleh anak cucu mereka dan cara hidup mereka telah dikekalkan oleh masyarakat setempat beberapa zaman selepas itu.
Generasi seterusnya ialah anak Al-Muhajir iaitu Abdullah, tetapi beliau sendiri mengubah namanya kepada nama Ubaidillah, kerana baginya dia masih tidak layak dipanggil Abdullah (hamba Allah) kerana masih lagi merasakan kekurangan dalam ilmu dan amal.Sifat-sifat mereka ini seperti sifat merendah diri dan sukakan perdamaian dalam suasana harmoni dan kasih sayang yang diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang mereka iaitu Rasulullah saw.
Selepas Ubaidillah, generasi Alawiyyin diteruskan oleh anaknya iaitu bernama Alwi.Dialah orang pertama yang digelar Alawi dari kalangan Ahlul Bait.Selepas dari itu semua keturunan mereka menisbahkan diri mereka kepada Alwi dengan nama Bani Alawi, Ba Alawi atau Alawiyyin.
Dari Alwi kepada anaknya Muhammad yang digelar Sahib Ahaumu’ah dan generasi ini diteruskan pula oleh anak Muhammad yang bergelar Alwi. Dari Alwi ini generasi Alawiyyin diteruskan lagi kepada anaknya yang bernama Ali.
Ahlul Bait yang bergelar Ali Bin Alwi Bin Muhammad ini dikenang dalam sejarah sebagai seorang yang amat istimewa dikalangan Alawiyyin.Dia digelar dengan nama Masyhurnya Imam Ali Khali’ Qasam.Dia adalah wali Allah dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan nenek moyangnya iaitu Nabi Muhammad saw.
Dalam manqib Ali khali’ Qasam disebutkan, bila beliau memberi salam kepada Rasulullah saw, baik didalam solat ataupun diluar solat, Rasulullah saw terus menjawabnya :
“Wa’alaikas salam, ya Sheikh”
Suara jawapan salam dari Rasulullah saw itu didengari dengan jelas, sehingga ada masanya , ramai orang dari jauh yang berpusu-pusu berebut untuk datang ke Kota Tarim untuk solat berjamaah dengan Imam Ali Khali’ Qasam, semata-mata hanya untuk mendengar suara Rasulullah saw menjawab salam Imam Ali Khali’ Qasam .
Imam Ali Khali’ Qasam adalah ahlul Bait pertama yang berpindah ke Kota Tarim lalu mendirikan sebuah Masjid iaitu Masjid Ba Alawi yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini[gambar diatas]. Beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Zanbal.
Alangkah bertuahnya mereka yang dapat mendengar suara Rasulullah saw secara lansung selepas kewafatan Baginda ratusan tahun sebelum zaman Imam Ali Khali’ Qasam. Betapa istimewanya Imam Ali Khali’ Qasam dihati Rasulullah Saw sehingga Baginda terus menjawab salam dari cicitnya itu!
[ Artikel ini disunting oleh Sangtawal dari Majalah Hakiki- Meniti Jalan Ilahi, Bil 0027, dari artikel asal bertajuk “Ahlul Bait Rasulullah, Siapa?” m/s 6 – 8 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan