“Kita amat khuatir dan bimbang janganlah berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa, kecacatan atau kecederaan kepada anak kita yang tidak berdosa. Inilah sahaja dalam pertimbangan kerajaan.
“Sebab itu kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, kita akan lancarkan misi menyelamat. Misi ini kita sifatkan sebagai misi untuk kepentingan negara, tidak ada pertimbangan politik sama sekali.
“Tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera,” katanya ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.
Seramai 459 menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), manakala 319 lagi pesawat AirAsia yang selamat mendarat selang 15 minit didahului pesawat MAS. Mereka turut disambut Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet.
Najib berkata, misi yang membabitkan pelbagai pihak seperti Kementerian Luar, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), MAS dan AirASia bukanlah sesuatu yang mudah kerana kerajaan terpaksa membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan di Jeddah dahulu sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
“Kepulangan mereka adalah satu kelegaan kepada rakyat yang berada di tanah air. Saya dan isteri juga tidak bercuti sejak dua tiga hari ini walaupun cuti umum kerana memikirkan urusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia. Kami dalam keadaan risau... ada masa jam 3 pagi dapat panggilan telefon nak uruskan bawa balik pelajar kita,” katanya.
Selain mengucapkan terima kasih kepada MAS, AirAsia, Tabung Haji, ATM dan Majlis Keselamatan Negara, Najib memberi penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi, terutama Raja Abdullah Abdul Aziz al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah yang disifatkannya sebagai satu ‘pertimbangan yang luar biasa’ dari negara berkenaan kepada Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan