Selasa, 8 Februari 2011

mukmin perlu mnfaat dunia scara bjksana


Orang mukmin diseru manfaat dunia dengan bijaksana


2011/02/08

DARIPADA Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.
Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun, hakikatnya larangan itu demi kebaikan dan kesejahteraan manusia supaya tidak terjebak ke lembah kebinasaan.
Berbeza bagi golongan kafir, mereka bebas melakukan apa saja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.

Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-duanya (kebahagiaan dunia dan akhirat).

Namun, jika kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah akan memberikan satu kenikmatan saja iaitu dunia semata sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.


Sumber: e-Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan